Kopi Ais Kaw Kaw, Rasa Terbaik & Boleh Buat Orang Telan Air Liur Melihatnya!

Share

Pada waktu panas-panas dapat pula minum air  kopi ais kaw yang pekat manis tentunya cukup enak dirasakan.

Jika sebelum ini hanya dibeli sebungkus dua, jadi kali ini jom pekena air kopi ais buatan sendiri pula dengan rasa yang dijamin padu.

Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan.

Kopi Ais Kaw Kaw untuk berbuka hari ini.
Nampaknya banyak jasa jug Ben tu.Hee
Serbuk kopi premium Ben guna tu warna hitam dia tak terlalu terang. Sebab pilih yang roasted sederhana.

Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.

Isi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat.

Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh.

Simpan dalam freezer.
Sukatan untuk 1.6 liter.

Sedap kaw kaw.

Sumber : Ben Safwan 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN