Kos Murah Dan Paling Senang Nak Buat, Rupanya Begini Cara Sediakan Makanan Basah Kucing (Wetfood) Buat Si Bulus!

Share

Bagi yang memelihara kucing, kos menyediakan makanan basah atau wetfood sebenarnya boleh tahan mahal juga.

Lagi pula kalau si bulus kesayangan anda ni tak makan jenis wetfood biasa dan memilih yang mahal.

Setin kecil anggaran RM3 ke atas dan hitungkanlah sendiri jika kucing kita makan setiap hari. Agak banyak kosnya.

Perkongsian beberapa pengguna facebook mengenai cara membuat makanan basah sendiri ini cukup menarik perhatian.

Paling penting cara nak sediakannya cukuplah mudah. Kos pun murah! Jom kita cuba sediakan seperti yang diajar oleh Dino Morissette di facebooknya. Jom cuba!

Bahan-bahan:
1 kg ikan sardin
2 biji lobak merah
1 cekap bayam
1 peket kecil agar-agar

Caranya:

1. Rebus ikan dan ambil isinya.

2. Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan ke dalam periuk.

3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masukkan agar-agar.

4. Kacau sampai agar-agar hancur dan tutup api.

5. Apabila dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan mengeras.

6. Biar sejuk seketika kemudian barulah diletakkan dalam peti ais.

Siap! Selamat Mencuba

Info Ekstra!

Selepas siap disediakan masukkan dalam bekas, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. Agar-agar berfungsi bagi memekatkan bancuhan serta

memudahkan kucing untuk makan. Selain sayur bayam, boleh juga gunakan buah labu. Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam (hati, pedal, jantung dan hempedu ). Gunakan sudu plastik bila menceduk, bagi memastikan wetfood ini tidak mudah basi.

Sumber Facebook: Dino Morissette

IKLAN