Bagi yang memelihara kucing, kos menyediakan makanan basah atau wetfood sebenarnya boleh tahan mahal juga.
Lagi pula kalau si bulus kesayangan anda ni tak makan jenis wetfood biasa dan memilih yang mahal.
Setin kecil anggaran RM3 ke atas dan hitungkanlah sendiri jika kucing kita makan setiap hari. Agak banyak kosnya.
Perkongsian beberapa pengguna facebook mengenai cara membuat makanan basah sendiri ini cukup menarik perhatian.
Paling penting cara nak sediakannya cukuplah mudah. Kos pun murah! Jom kita cuba sediakan seperti yang diajar oleh Dino Morissette di facebooknya. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1 kg ikan sardin
2 biji lobak merah
1 cekap bayam
1 peket kecil agar-agar
Caranya:
Ads
1. Rebus ikan dan ambil isinya.
2. Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan ke dalam periuk.
Ads
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masukkan agar-agar.
4. Kacau sampai agar-agar hancur dan tutup api.
5. Apabila dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan mengeras.
6. Biar sejuk seketika kemudian barulah diletakkan dalam peti ais.
Siap! Selamat Mencuba
Info Ekstra!
Selepas siap disediakan masukkan dalam bekas, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. Agar-agar berfungsi bagi memekatkan bancuhan serta
memudahkan kucing untuk makan. Selain sayur bayam, boleh juga gunakan buah labu. Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam (hati, pedal, jantung dan hempedu ). Gunakan sudu plastik bila menceduk, bagi memastikan wetfood ini tidak mudah basi.
Sumber Facebook: Dino Morissette
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahukah anda bahawa pokok ketumpang air atau sireh cina mempunyai tinggi khasiat dalam perubatan.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini mengenai khasiat pokok ini.
Malam ni masih tak sihat. Lepas balik tengok Iman dr hospital terus kerumah kakak amik pokok ni. Rumah kakak byk pokok ni dalam pasu bunga.. biasanya org cabut dan buang jer pokok ni tapi dia sengaja biakan pokok ni tumbuh subur dlm pasu sbb pokok ni tinggi khasiatnya.. especially bila ada anak2 demam dan suhu bdn tinggi.. camna nak buat just ramas dalam air dan sapu kat kepala, leher dan badan. Insya’Allah suhu bdn akan cepat turun.
Selain tu, kita bleh gak buat salad dgn daun ni.. nak buat salad amik pucuknya.. tengok mcm abe buat ni. Rasanya?.. mcm iceberg lettuce. Sedap.. Kat bawah abe ada copy info pasal khasiat ni. Harap baca sampai habis.. dan confirm pasni sayang nak buang pokok ni yg tumbuh melata di laman kita.
Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina
Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.
Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.
Kandungan Kimia
Daun mengandungi kuantiti besar asid amino penting , lysine, leucine dan isoleucine, jumlah valine yang sederhana , threonine dan phenylalanine dan juga banyak lain-lain asid amino penting dan tidak penting. Apiol, 2,4,5-trimethoxy styrene dan 3 phytosterols, campesterol, stigmasterol dan β-sitosterol juga telah didapati dari tumbuhan ini (Ghani, 2003).
Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya. 1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis
Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.
Semua orang pernah mengalami sakit kepala terutama dikalangan pengidap migraine dan darah tinggi yang mana kedua-dua penyakit itu lazimnya mengakibatkan komplikasi tersebut. Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh memberi kesan buruk terhadap penghidapnya. Ini termasuklah kecenderungan bertindak di luar jangkaan seperti menghantuk kepala ke dinding, menjerit sekuat hati, membaling objek dan lain-lain perbuatan yang menggambarkan perasaan yang kurang selesa terhadap persekitarannya.
Kebiasaannya, mereka yang menghidap sakit kepala atau pening Cuma memakan pil paracetamol atau ubat-ubatan yang dibeli difarmasi untuk melegakan kesakitan. Bagaimanapun, pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya.
Pokok ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya. Untuk mengetahui kelebihannya, anda cuma perlu memakan satu atau dua keping daunnya pada setiap hari sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam ketika makan.
Pengambilan pucuk daun ini adalah lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Anda boleh makan pucuk daun sirih Cina ini begitu sahaja dan diamalkan terutamanya di kalangan pesakit migraine pada setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.
Berdasarkan pengalaman beberapa orang pengamal kaedah ini, kandungan daun tersebut dipercayai mampu menghilangkan sakit kepala atau pun mencegahnya daripada menyerang. Selain itu, bagi pesakit darah tinggi, pemakanan daun ini mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan sekaligus mengatasi komplikasi sakit kepala.
Pokok Sirih Cina mudah hidup jika ditanam, malah boleh dijadikan hiasan untuk menambahkan lagi keindahan landskap di hadapan rumah. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok hiasan yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan ia mati. Pokok Sirih Cina ini lebih baik ditanam sendiri bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan daun yang mencukupi untuk dimakan pada setiap hari.
Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memulakan langkah awal dalam bidang seni, Ben atau nama penuhnya, Nur Ali Nadzwan kini tidak lagi berlakon. Begitu juga Nadiyah Shahab, yang tampak selektif dalam mempertimbangkan tawaran lakonan.
Mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018, pasangan sama cantik sama padan ini dilihat begitu aktif dalam dunia perniagaaan diusahakan mereka.
Selepas tiga tahun bekerja keras mengukuhkan jenama Absolut Chocolat termasuk memiliki kios fizikal pertama di Mid Valley, pasangan suami isteri ini terus diaju persoalan mengenai cahaya mata.
Begitu pun, baik Nadiyah mahupun Ben tak pernah putus berharap dan berusaha untuk dikurniakan anak sebagai pelengkap bahagia.“Siapa yang tak mahu anak?. Bayangkan dalam perniagaan kami usahakan pun, sudah ‘lahir’ kios fizikal pertama di Mid Valley Megamall. Mestilah kalau boleh dan diizinkan, kami nak baby juga.
“Malah ada teman berseloroh, kios fizikal boleh diadakan, takkan anak sendiri tidak boleh diusahakan.
“Jujur, ikutkan baik saya dan Ben memang nak anak. Kalau boleh sekarang pun memang nak jadikan ia kenyataan. Tapi kita hanya, merancang dan berusaha. Selebihnya, kuasa Tuhan,” kata pelakon drama Korban Kasih itu.
Pelakon jelita kelahiran Singapura yang menempa nama di Malaysia itu turut menepis cerita kononnya dia tidak mahu hamil.
Sebaliknya, Nadiyah atau nama penuhnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab percaya tempoh waktu sekarang dilihat tepat untuk hamil.
“Tak ada istilah saya tak nak hamil. Semestinya kahwin itu sebagai isyarat untuk kita terus menambah zuriat dan keturunan.
“Cuma baik saya dan suami memang terlalu fokus bekerja. Masing masing mempunyai peranan penting dalam syarikat.
“Saya sendiri lebih kepada penjenamaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerja sumber manusia. Suami saya pula terarah kepada kerja pemasaran, kewangan, pembangunan perniagaan serta operasi syarikat.
“Dalam hal berniaga ini, kami tidak boleh ambil mudah. Untuk mengukuhkan jenama Absolut Chocolat bukan perkara yang dibuat dalam masa singkat. Apatah lagi dalam keadaan dunia diuji dengan pandemik COVID-19,” katanya.Dalam pada itu, Nadiyah yang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, Absolut Brands Sdn Bhd teruja kerana impian mempunyai kios pertama akhirnya menjadi kenyataan. Lebih manis lagi, perniagaan diusahakan baru baru ini turut diiktiraf Superbrands International dan dianugerahkan Superbrands Malaysia’s choice 2020.
Sementara itu, Ben dalam perkongsiannya memuat naik kegembiraan kerana membawa ibu dan ayahnya melawat kiosk pertama mereka.
“Harini baru dapat bawak Ayah & Ibu tengok first kiosk Absolut Chocolat di MidValley 🥺. Nak bawak datang masa buka 2 bulan lepas tapi tak boleh rentas negeri.
“Sewaktu menetap di KL dulu. Ayah akan selalu bawa keluar pergi ke mall sekali sebulan. Antaranya seperti, suria klcc, midvalley & one utama. Menjadi angan-angan untuk membuka outlet absolut di mall2 utama ini.
“Nasihat dan didikan dari segi perniagaan tak ada. Tapi selalu tengok ayah struggle untuk cuba buat macam-macam jenis business tapi tak berjaya. Sampaikan rasa nak mencabar diri bila dah besar nanti nak cuba buat business yang berjaya sebab nak bagi ayah dan ibu bangga.” kongsi ben lagi.
Nak cantik dengan menggunakan bahan semujaladi memang mengambil sedikit masa. Pun begitu kalau kita rajin mengamalkannya setiap hari wajah pasti nampak hasilnya.
Muka flawless je.
Selain tidak perlu gunakan kos, ia juga lebih cepat, pantas dan menjimatkan. Perkongsian Ika Mat Bakhir di facebooknya menggunakan tiga bahan yang terdapat di dapur ini patut anda cuba.
Menurutnya, penggunaan tiga bahan ini iaitu beras pulut, garam dan gula bukan hanya buat kulit cerah bahkan juga memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Paling menariknya katanya wajah jadi cerah dalam masa 24 jam!
1..toksah nak cari mahai2..bawak bontot pergi dapur carik tiga bahan ni je iaitu beras pulut,garam sesudu dan gula sesudu..ok case takde beras pulut pakai jelaa beras makan yg ada cap jasmine ke jati ke jgn korang bantai biskut beras sudah laaa ye..muka buruk akak tak tanggung..kalau korang cakap xdok smua bahan ni kat dapur sila post kat group bersamamu tv3..insyalah ada bantuan ye. Heheheheheh..gurau je
2..masukkan semua bahan td dalam kuali dan goreng tanpa minyak dalam agak2 5 min gitu biar gula garam sebati dgn beras..smp beras kuning2 sikit terus masuk dalam blender campur ayak panas sikit..jgn bnyk2 tau kang cair xbest sgt nak tepek n skrub kat kulit. Guna air panas sbb nak bg jd macam paste ala2 paste tomyam lembik2 gitu..hahaah
3..nilah hasil nyaaa..agak2 macam muntah kuceng je korang rasa kan? hahahahaha..gurau sajoooo..ni haaa laa jadiknya..senang sgt kan? Ckap susah meh bagi pipi aku lempang lelaju..
4.maka bermulalah sesi menyental dan menempek kat muka ni haaa..korang tggu biar sejuk skit paste tadi then baru sapu/skrub/buat mask kat muka tau..sapu tgh panas muka kau melecur aku cakap padan muka je..haahaa.
a)Mula2 amek secolet then skrub satu muka.
Satu muka tau skrub sapu tonyoh genyeh tapi jgn sental guna berus besi lak!sapu kat hidung skrub sikit2 bia rata..
b)And then korang basuh muka tau..Basuh guna air bersih bukan ribena atau teh o okay..
c) Ambil lagi paste and tempek kat muka macam mask..sapu rata2 kat satu muka macam mask yg korang duk beli kat watsons tu haaaa..senang je tepek..xtau tepek meh akak pijak!
d) Biarkan je kat muka sampai kering betul2 kering tggu sampai sejam tau..and then jgn trus basuh. Dah kering slow2 skrub n peel off smua yg kering2 kat muka tu.
e) Dah peel off n skrub smua paste yg kering tu barulah basuh sisa2 tertinggal guna air yg bersih and then lap kering2.
P/s :kalau muka anda berjerawat bermasalah akan rasa sedikit pedih2 manja je tak sakit pn mcm akak kulit kering sikit so rasa gak la pedih manja tapi tak membhayakan.
Ni haaaaaa muka selebet takdok make up tak dok bedak takdok pondesen takdok edit pape..mmg uduh tapi somi cakap cun lecung lagi..hahahah..alahan jadikan kulit akak memang kusam,kering,menggelupas,naek jerawat pasir kecik2 gituuuuu..sng citer uduhh laaa..
TARAAAAAAAAAAAA!!!!! Lepas sejam je uolszz!! Lepas sejam bertungkusss lumussss!!! Mmg lah tak felawlesssss tapi napak laa kurengg kan parut dan kekusaman?? And cerah sikit..buat hari2 buat selalu rasa akak akn lg felawlessssss dr hok cucuk vit c tuhh..hahaha..jgn mareeee..so nak putih n kurangkan parut serta jerawat boleh la amal selalu..insyalah selamat..xde bahan kimia..xde cucuk2..xde telan2..akak baru buat sekali kesan dah gini..engkorang try tiap hari buat..konpom letupppppp..
Try jugak skrub kat tgn n celahan yg adoooo..semua aku bahan skrub n tepek sbb aku mmg gila nak cantekkk..hahahahahahah..so ni gmba bfore skrub..ta edit n no 360 tau..kulit x brapa nk putehh jgn kau kutuk.
Sejam je..lpas puas2 skrub puas2 sental n mask tepek kat tgn,tengok lahhhh uolssssss..nampak tak urat2 tuuu?? Haaaaaaa..sumpah tak tipuu..akak pon macam omaigosghhhhh hmmmmmm sgt takjubbbb..so korang boleh laaaa try yekk..tak cuba tak rugi pon selamat barang dapur umah anda..hahahaha..dari duk telan2 pil nk puteh bagai try laaa jugak elemen semulajadi a.k.a elemen masakan niii..lau tertelan pon konpom tak termeninggal okayyyy..nak puteh nak lagi puteh kau tamak nak puteh gila buat lah hari2 smp dpt hasil yg diingini.jgn malasssssss..selamat mencubaaaa.
Bahan-bahan:
2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2. Apabila bertukar keperangan, angkatlah dan kisar bersama sedikit air.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Apabila bancuhan telah sejuk, ratakanlah ke seluruh wajah.
4. Biarkan seketika hingga kering, kemudian gosoklah lembut ke seluruh wajah.
Sumber dari Facebook Ika Mat Bakhir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.