Khidmat hantar makanan ala ‘drive thru’ (pandu lalu) kepada pelanggan tanpa perlu menaiki tingkat 4 memang luar kreatif caranya. Inilah yang dinamakan berfikir di luar kotak.
Kisah seorang ibu yang menggunakan cara tersebut telah tular setelah anaknya muat naik video berdurasi 28 saat di twitternya yang memaparkan ibunya sedang menurunkan makanan menggunakan tali kepada pelanggan. Pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk naik ke tingkat 4 untuk membeli makanan yang dijualnya.
ibu saya fully house-mother, jaga 6 orang anak kwan2 dia. bila ada masa, ibu jual cheezy wedges and macaroni cheese. tapi lain mcm sikit ibu punya delivery ? buyer tak perlu naik atas tingkat4 sbb kita boleh drive thru mcm ni! doakan semoga ibu murah rezeki selalu yaa ♥️?? pic.twitter.com/7uKatbhMMP
Bekerja lah sebaiknya. Seikhlasnya dan sejujurnya. Rezeki dari Allah. Dia tahu siapa ikhlas dan siapa tidak. Jika mahu rezeki dan peluang lebih baik, berusahalah tanpa komplen.
Demikian titipan nasihat yang dikongsikan oleh penyanyi Nourul Depp menerusi instagramnya baru-baru ini.
Bercerita lanjut mengenai arwah ibunya yang bekerja sebagai jururawat, akui Nourul biarpun gaji yang diperoleh tidak seberapa, namun keberkatan dek keikhlasan ibunya melakukan kerja membolehkan dia membesarkan 13 anak dengan baik.
“Gaji mak lepas potong itu ini bukan banyak pun. Tinggai lah RM900. Tapi cukup menyara kami 13 orang! Pasaipa? Pasai berkatnya pekerjaan dan rezekinya. .
“Kalau kita mahu rezeki lebih berkat. Lebih baik, buatlah sebaiknya, seikhlsnya , sejujurnya.” kongsi Nourul lagi.
Tambah Nourul lagi, biarpun kerjaya sebagai jururawat cukup sibuk, namun adik dan arawh ibunya masih mampu melaksanakan tanggung jawab pada keluarga.
Ini dari pengalaman adik saya dan juga arwah mak yang bekerja seikhlasnya. Semoga arwah mak berada di syurga teratas kerana budi dan tanggungjawabnya sebagai jururawat dibuat seikhlas dan sejujurnya dahulu. Aminnnn? .
Langsung tak complain walaupun dah penat. Wanita bersalin back to back dalam sesuatu bulan tu. Tidoq pun tak cukup. Dengan anak anak lagi! Arwah mak the real captain marvel, the real wonder woman, the real superwoman.
Semalam, 31 Ogos negara Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan buat negara yang ke 64 tahun. Sejarah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan akan dikenang sampai bila-bila buat rakyat Malaysia.
Turut menjadi kenangan adalah sebuah surat khabar lama yang mengeluarkan berita bahagian muka hadapan pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957. Ia dimiliki oleh seorang lelaki yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal, Pasir Mas Kelantan.
Lebih menarik, surat khabar lama itu telah ditawarkan pada harga RM20,000 oleh seorang lelaki yang berminat untuk memiliki khazanah yang amat bernilai ini.
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki naskhah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.
Dia menjelaskan, akhbar yang dimilikinya itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang bertajuk “THIS IS IT!”.
Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarkan oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.
“Saya sebenarnya menemui naskhah akhbar ini ketika merombak rumah pusaka milik arwah kedua ibu bapa, selepas banjir besar 2014 lalu.
“Akhbar ini ditemui bersama sebilah keris pusaka dalam keadaan baik. Selepas meneliti saya dapati ia adalah akhbar lama yang menyiarkan mengenai kemerdekaan negara, iaitu sehari selepas negara mencapai kemerdekaan.”
Arwah bapanya Ismail Salleh yang meninggal dunia pada 1998 adalah peniaga kedai runcit, manakala ibunya Saodah Omar pula meninggal dunia tahun lalu.
Ditawar RM20,000
Siapa sangka, surat khabar ini mempunyai nilai yang tinggi. Melahirkan rasa syukur memiliki khazanah yang diangapnya sebagai satu ‘anugerah’ tidak ternilai berharap dapat dijaga dengan sempurna.
Pernah didatangi seorang lelaki datang melihat naskhah terbabit dan mengatakan ia adalah palsu, tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya.
“Bagi saya nilai khazanah ini jauh lebih tinggi, dan sekiranya ada pengumpul barangan antik atau pakar yang mahu melihatnya, boleh hadir melihat sendiri di rumah saya.
“Saya kini sedang mencari tempat yang sesuai untuk menyimpannya, bagi mengelakkan ia mengalami kerosakan.”
Bahagia itu mahal harganya dan tidak ternilai. Jika diam itu memberi kebahagiaan buat hubungan anda dan pasangan, pilih lah yang itu. Hakikatnya dalam sebuah perkahwinan, setiap pasangan harus berlapang dada. Hormat pasangan, berilah ruang apabila diperlukan. Tetapi beritahu segalanya yang mereka perlu tahu. Inilah kunci kebahagiaan hubungan suami isteri. Ikuti perkongsian oleh lelaki Akhtar Syamir ini mengenai makna sebenar sebuah privasi dan rahsia perkahwinan.
Merungkai Makna Sebenar Privasi dan Rahsia Selepas Berkahwin.
Selepas lafaz “aku terima nikah …” segala-galanya berubah. Ikatan perkahwinan ialah gabungan antara dua orang, dua hati, dua entiti, dua jiwa dan dua kehidupan menjadi satu.
Ini termasuklah privasi. Namun, terlalu ramai yang keliru dengan maksud privasi dan mentafsirkannya sebagai rahsia peribadi. Privasi bukan bermaksud rahsia peribadi. Kita bukan sedang berbincang mengenai data peribadi seperti nombor kad pengenalan, nama email dan maklumat peribadi lain. Kita sedang berbicara mengenai privasi antara suami dan isteri.
Privasi adalah satu keadaan di mana seseorang itu tidak diganggu.
Bukankah itu lebih kurang sama dengan rahsia peribadi? Tidak sama sekali. Contoh privasi yang terbaik ialah sewaktu di dalam tandas. Anda perlukan privasi. Anda mahu bersendirian. Anda tidak mahu diganggu.
Sama juga dengan keadaan apabila anda dalam situasi yang sangat kecewa dengan sesuatu perkara. Anda perlukan masa bersendirian untuk tenangkan jiwa. Walaupun telah berkahwin, kadang-kala apabila di dalam situasi ini, pada mulanya memang anda perlukan privasi. Apabila jiwa sudah tenang, barulah pasangan boleh masuk kembali ke jiwa untuk membantu menaikkan semula semangat anda.
Jadi, kalau rahsia peribadi itu bukan privasi, apakah yang dimaksudkan dengan rahsia peribadi itu sendiri?
Rahsia peribadi bermaksud dengan sengaja menyembunyikan sesuatu maklumat dari pasangan. Namun, di sini ada 2 pengecualian sebenarnya. Pengecualian, iaitu perkara yang boleh dirahsiakan.
2 perkara rahsia peribadi tersebut adalah :
1. Perhubungan masa lampau.
Perlu saya tekankan di sini, apa sahaja yang berlaku SEBELUM seseorang suami atau isteri bertemu dan bercinta dengan pasangannya, segala perhubungan masa lampau dan maklumat berkenaan perhubungan lalu itu adalah hak orang itu dan bukannya hak pasangannya. Pasangan tidak mempunyai hak untuk memaksa suami atau isteri mendedahkan apa yang berlaku dahulu, SEBELUM mereka bertemu.
Satu lagi perkara yang paling tidak patut dilakukan ialah “menghukum” pasangan di atas perhubungan masa lalunya. Mengungkit dan memerli pasangan juga sepatutnya dielakkan sepenuhnya. Saya yakin ramai yang buat begini terutakanya semasa bergaduh. Tolong berhenti dan elakkan.
2. Pendapat peribadi yang sensitif contohnya mengenai keluarga pasangan.
Walaupun sudah berkahwin, jika ada pendapat yang tidak baik dan terlalu sensitif terhadap ahli keluarga, simpanlah di dalam hati.
Tidak perlu luahkan melainkan pasangan sendiri yang mahu.
Cara yang paling mudah ialah dengan bersetuju sahaja apabila pasangan sendiri yang berkata perkara yang sama. Kadang-kala, kebenaran itu terlalu pahit untuk ditelan meskipun ianya benar. Terutamanya jika ianya perkara yang tidak elok.
Rahsia peribadi yang sepatutnya tidak dirahsiakan lagi dari pasangan adalah :
1. Password telefon, email dan komputer.
Jika pasangan tidak membenarkan anda memeriksa telefon, email dan komputer, pasti ada perkara yang ingin dirahsiakan. Tiada alasan berkenaan hal ini sebenarnya. Berhentilah mengelak dan menyatakan pasangan tiada hak untuk periksa telefon anda.
Nak Privasi Lepas Kahwin, Kena Tengok Pada Situasinya. Pasangan akan Menjaga Bila Kita Sakit Dan Mengiringi
Mereka adalah pasangan hidup anda. Mereka yang akan menjaga anda bila anda sakit. Mereka yang akan menyuapkan makanan bila anda tak mampu. Mereka jugalah yang akan membersihkan najis kamu apabila kamu terlantar nanti. Dan akhirnya, mereka yang akan mengiringi anda sehingga ke liang lahad. Masih mahu berahsia?
Orang yang dengan rela hati membenarkan pasangan memeriksa telefon dan lain-lain adalah orang yang berterus-terang, terbuka dan tiada rahsia. Di sini akan datangnya kepercayaan dan ikatan yang lebih erat dengan pasangan.
2. Kegiatan harian.
Pasangan sememangnya wajib tahu apa yang anda lakukan seharian. Ini adalah untuk keselamatan anda dan keluarga. Jangan gunakan perkataan mengongkong kerana ianya amat jauh berbeza. Memberitahu ke mana,di mana dan apa yang anda lakukan bakal menenangkan jiwa pasangan dan membuatkannya rasa selamat. Ianya juga bagus jika terjadi apa-apa pada diri anda dan pasangan.
3. Keadaan kewangan.
Pasangan perlu sedia maklum. Selepas berkahwin, kehidupan suami atau isteri kadang-kala bergantung sepenuhnya kepada pasangannya. Jadi, sangat adil bagi pasangan untuk tahu keadaan kewangan keluarga. Mereka perlu tahu, mereka ada hak untuk tahu apa yang dibelanjakan dan apa keadaan semasa kewangan keluarga. Perlu terima pandangan pasangan mengenai hal ini. Kadang-kala mereka ada cadangan dan jalan penyelesaian supaya tidak membazir. 2 kepala pasti lebih baik dari 1.
Pokok pangkalnya adalah hormat menghormati. Jika anda hormat pasangan anda, jangan ungkit perkara yang lalu dan jangan berahsia dengan pasangan tentang perkara sekarang. Jika anda hormat pasangan anda, berilah mereka ruang apabila diperlukan tetapi beritahu segalanya yang mereka perlu tahu.
Anda bukan lagi hidup bujang, sila sedar diri yang pasangan anda adalah tanggungjawab anda. Peribadi anda adalah peribadi pasangan anda. Privasi ini penting, rahsia itu bahaya. Jika disimpan terlalu lama, ia akan membinasa.
Semoga ramai yang membuka mata dan menolak tepi ego berkenaan hal ini. Sayangi pasangan anda. Elakkan akar-akar kecurangan ini dari bertumbuh.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.