Kuah Mee Kari Ni Cukup Sedap & Special, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Mudah Nak buat, Ini Resipinya!

Share

Mungkin bagi sesetengah orang, penyediaan mi kari ni agak leceh kerana banyak bahan yang digunakan. Termasuklah bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, namun kepelbagaian bahan  itulah yang menariknya tentang menu yang satu ini.

Selalu orang hidangkan mi kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Bagi ibu-ibu yang nak cuba sendiri, bolehlah tiru resipi ini. Rahsia kuah sedap dan pekat adalah dengan kisar udang kering. Kuahnya lebih enak dan harum.

Mee Kari Special
Bahan:
Mee kuning (celur sekejap)
Fishball (goreng dan hiris)
Fishcake (goreng dan hiris)
Tauge
Daun sup (hiris)
Lada merah/hijau (hiris)
bawang goreng
Limau kasturi
Telur rebus belah dua
Nak tambah kerang/udang pun boleh

Bahan kuah:
Ayam @ daging
Tauhu pelampung (goreng sekejap)
2 biji bawang merah besar *
3 biji bawang putih*
2 sudu besar udang kering*
10 tangkai cili kering*
1 batang serai (ketuk)
4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 kotak kecil santan
1 cawan air
1 kiub pati ayam

Cara:
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.

Kredit resepi: Bunga Jua

IKLAN