Setelah kejadian banjir besar yang melanda beberapa lokaliti di Lembah Klang baru-baru ini sangat menyayat hati ramai pihak.
Kini air bah yang ‘menggunung’ sudah surut. Ramai sukarelawan menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah mangsa banjir.
Dalam tempoh itu, sudah tentu ada mangsa banjir berkongsi cerita detik cemas yang dilalui ketika bah datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Khairul Hakimin Muhammad yang kini menjadi salah seorang sukarelawan yang membantu mereka yang terkesan akibat banjir.
Ads
Menurutnya, salah seorang mangsa menceritakan kembali kepadanya detik cemas bagaimana dia dan jiran dapat menyelamatkan diri setelah mendengar suara nyaring si bulus.
Suara yang kuat itu membuatkan wanita berkenaan meninjau bahagian luar rumah, alangkah terkejutnya apabila mendapati air naik dengan pantas. Melahirkan rasa syukur dengan suara kucing itu telah menyelamatkan nyawanya.
Ads
Tadi masa bantu punggah-punggah barang mangsa banjir. Ada seekor kucing cantik ja mai meleset kat kaki.
Saya pun cakap ke Makcik tuan rumah, “cantiknya kucing ni, acik bawa dia sekali ke time banjir itu hari?” Makcik tu cakap “kucing ni la selamatkan aku.
Dia mengiau ngiau ngiau, aku tengok luar, air dah ada. Aku dukung dia, ikat siap kain batik baga. Lari terus ke jalan depan panggil jiran, jiran pun takut.
Kami semua pakat lari sebab nampak air masuk bergulung-gulung laju. Satu apa tak sempat ambil. Lari ja. Dalam sejam air naik sampai separuh pintu. Kami semua lari ja.
Malam tu kami dengar rumah kami semua dah paras bumbung airnya. Siren tak ada, apapun tak ada, inilah dia yang menjerit-jerit kat aku.”
Ya Rabb. Alhamdulillah.
Syukurnya. Macam-macam kisah banjir saya dapat. Saya sendiri dapat banyak belajar.
Anak sudah mula tanya siapa ibu kandungnya, Hafiz Hamidun akui sukar nak jawab. “Dia sudah mula bertanya siapa ibu kandungnya, jadi, saya perlu perlahan-lahan memberikan penerangan supaya dia faham dengan keadaan sebenar,” kata penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun ketika ditanya perkembangan anak angkatnya, Hamdee, 5.
Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Hamidun, 40, berkata, buat masa ini dia juga belum merancang untuk mencari jodoh kerana mahu memberi fokus kepada Hamdee yang sedang membesar ketika ini.
Kata, bukan mudah untuk memberitahu status sebenar kepada anak angkatnya itu.
“Budak-budak zaman sekarang pandai dan boleh berfikir. Dia juga pernah bertanya kepada saya, siapa yang mengandungkannya dan ia sangat sukar untuk saya jawab.
“Jadi agak sukar untuk saya memperkenalkan seseorang kepadanya ketika ini,” katanya.
Justeru, Hafiz mengakui tidak mudah baginya untuk kembali berumah tangga kerana perlu menumpukan perhatian terhadap anaknya itu.
“Saya belum sempat nak cari pengganti kerana anak saya sedang membesar. Dia pun sudah mula bersekolah.
“Untuk berkahwin lagi, ia bukanlah satu keputusan yang mudah. Saya tidak boleh memikirkan mengenai diri saya saja.
“Saya perlu memikirkan Hamdee dan mendapatkan persetujuannya jika mahu berkahwin nanti,” katanya.
Terdahulu pada 10 Mac 2020 Hafiz mengumumkan dirinya mengambil seorang anak angkat lelaki sebagai penyeri hidupnya.
Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Joy Revfa pada 2017, namun bercerai selepas lima bulan.
Hati-hati bila anak terlalu BEREMOSI dengan benda!
Itu petanda bahawa anak dah tersalah tafsir tentang emosi dan benda. Benda tak boleh buat kita gembira. Benda juga tak boleh buat kita sedih.
Terutama emosi kepada mainan!
Gara-gara mainan dia boleh berbaring tengah tengah mall, meraung nak beli mainan kegemarannya.
Kerana mainan juga dia sanggup bergaduh dengan adik beradik dan kawan-kawan.
Kerana mainan juga anak boleh menjerit pada mak ayah. Ini bahaya!
Terlalu beremosi dengan benda buat tempoh yang lama boleh merosakkan sistem Limbic ( otak emosi ) anak dan menolak segala hubungan emosi dengan manusia.
Akibatnya ;
1 – Cakap mak ayah langsung tak di dengari kerana tak ada kesan emosi
2 – Malah bersikap kurang ajar pada mak ayah seperti jerit, marah dan tantrum
3 – Tidak rasa gembira bila bermain dengan kawan-kawan kerana tiada emosi
4 – Suka habiskan masa sendirian dengan benda yang dia suka
5 – Tak peduli apa pun yang berlaku di sekeliling, dia dengan dunia dia.
6 – Kemahiran sosial sangat lemah dan susah nak berkawan.
7 – Dengan adik beradik pun dia boleh bermusuhan dan dengki.
Membeli anak mainan tak salah tapi biar la berpada-pada. Jangan gunakan mainan tu sebagai pengubat emosi.
Nak gembirakan anak tak semestinya kena “Spent Money”, anak lebih gembira jika kita dapat “Spent Time” dengan mereka.
Time is more expensive than money..
Mohd Fhais
Sesungguhnya duit segunung pun belum tentu boleh beli semula 1 saat yang dah berlalu.
p/s : Sekiranya penulisan ini bermanfaat sila kongsikan pada mak ayah lain ye supaya mereka pun dapat tempias manfaatnya.
Sumber: FB Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon, pengarah dan penulis skrip Erma Fatima menzahirkan bahawa drama ‘Lelaki Itu’ bukan sekadar drama tetapi menyentuh kehidupan masyarakat.
Biarpun drama ini bergenre berat ia telah meraih tonton lebih 8 juta sejak 12 episod.
Nyata naskah yang dihasilkan oleh Erma mempunyai mesej yang sarat dengan pengajaran.
Perkara itu dikongsikan oleh Erma menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA
“Aku tak berminat untuk bercerita hanya tentang penyondol suci. Tidak juga tentang keganasan rumah tangga atau tanggungjawab sang manusia semata mata.
“Tidak juga tentang cinta kerana aku yakin semua manusia percaya pada cinta suci. Kita semua sanggup lakukan apa saja kerana cinta.
“Sebab tulah wujudnya Laila Majnun. Uda dan dara. Aku sendiri pernah menjadi buta kerana cinta. Tu biasa.”
“Aku juga tidak mahu mengambil kerja Tuhan. Hukum dan melaknat watak-watak ciptaan aku. Mereka semua adalah warna karya aku dan warna kehidupan kita semua.
“Siapa diantara kalian yang pernah menjadi Qaida, Imani, Sarina, Batrisha, Khairullah dan Syed Mirza? Pasti ada! Aku sangat yakin! Cuma, beranikah kita melihat diri kita dan siapa kita?
“Mampukah kalian mengakui yang kalian juga pernah menjadi manusia yang tamak harta dunia, mementingkan diri sendiri, tak bertanggungjawab, buta kerana cinta dan tak kenal tuhan.”
TEKANAN PERASAAN
Dalam pada itu, Erma menjelaskan drama ini menyentuh isu kesihatan mental yang ramai menghadapinya tanpa sedar.
“Aku hanya seorang penulis skrip yang berusaha menghadam liku-liku kehidupan bangsa aku. Kerana itu semua adalah manusia.
“Tak kira sama ada kau kenal Tuhan atau tidak, kau akan sakit menghadapi situasi ini. Bagaimana kau menghadapi dugaan Allah? Di situ akan terserlah tahao iman kau.
“Depressi inilah penyakit yang melanda kita tanpa kita sedar. Mental illness tak nampak. Tak sakit di luar tapi sakitnya di dalam. Apakah ubatnya? Kembalilah pada Tuhan.”
Untuk rekod drama Lelaki Itu menemui penonton sejak 19 Mac lalu dibarisi pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha, Nadia Brian, Sophia AlBarakbah dan ramai lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.