Siapa selalu kalau pergi mall ke, atau pasaraya yang ada foodcourt, suka order Sizzling Yee Mee? kepekatan kuahnya, mee dan isi ayam tu memang terliur lah kalau tengok! Apatah lagi kalau letak telur separuh masak atasnya, lagi mengancam!
Apa kata dari selalu makan kat luar je, try buat sendiri pula di rumah. Tak susah pun caranya, mudah sangat kalau ikut cara Noor Atika Mahamood ni. Tak percaya? Jom tengok resipinya!
~~ Teringin nak mkn Yee Mee Sizzling,,, tp takde hot plate??? Hokey jom sy tunjuk cara senang. Takde hot plate bukan penghalang, kita cuba guna kuali. Kita yg bt dia.. Benda blh adjust kenapa tak nak try?? 💃
YEE MEE SIZZLING CARA SAYA
Bahan-bahannya :-
– 1 keping yee mee
– 2 sudu makan sos tiram
– 2 sudu makan kicap pekat
– 2 sudu makan kicap manis
– 1 sudu kecil blackpepper (tumbuk)
– ½ kiub ayam
– ayam (potong2)
– 2 ketul cendawan shitake (hiris2)
– 2 biji bwg putih (ketuk & cincang)
– 3 biji lada kering (cuci & potong)
– 1 biji telur
– 1 pokok sawi kecil
– sedikit air bancuhan tepung jagung
Cara-caranya :-
1) Tumiskan bwg putih sampai naik bau, kemudian masukkan lada kering.
2) Masukkan ayam, masak sampai pucat.
3) Masukkan sos tiram, kicap pekat & kicap manis.
4) Masukkan air.
5) Masukkan kiub ayam & blackpepper.
6)Masukkan air bancuhan tepung jagung (utk memekatkan kuah sizzling)
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Cara buat:
Cara guna:
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Cantiknya hidangan puding marble ini terletak pada lorekan yang terhasil. Sekali gus menampakkan keenakan rasanya.
Di sini dikongsikan dua jenis puding marble dengan resipi berbeza. Semoga menepati selera untuk anda sekeluarga.
“3 am dok buat puding marble coklat lagi. Ada tak tido lagi ko awok-awok terr”-Tuan Adriana Arissa via MAHN
Resepi kat bawah ye
PUDING MARBLE BAHAN-BAHAN
37 gm agar-agar tali (1 tahil)
6 gelas air (1300 ml)
2 cawan gula pasir (ikut kemanisan)
2 biji telur
1/2 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
CARA-CARA:
1. Masak agar-agar dengan air. Setelah agar hancur baru masukkan gula dan secubit garam.
2. Masukkan telur, kastard ke dalam susu cair. Pukul sebati.
5. Masukkan adunan telur susu cair tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dalam agar-agar)
6. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
7. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
8. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
9. Boleh disimpan sejuk dalam peti sejuk.
Ekstra Tip
*tips tak nak agar-agar melekat. Sapu air dulu di dalam loyang@bekas.
*nak buat kaler-kaler awak letak la pewarna ye
Ini pula resipi yang dikongsikan oleh Zura Zul di mana puding yang dihasilkan penuh warna warni.
Pastinya bukan sahaja anak-anak teruja untuk menikmatinya malah kita orang dewasa juga tidak mahu ketinggalan menjamah hidangan ini. Apatah lagi jika dihidang sejuk.
Jom semak resipi yang dikongsikan olehnya.
Bahan (loyang 8×8)
4 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar esen vanilla
(semua blender hancur/halus)
20gm agar agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula
Cara-caranya :
1) Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar..masukkan gula..kacau-kacau serata
2) Kemudian masukkan bahan blend..sentiasa kacau sehingga agak-agak pekat..tutup api
3) Bahagi kan adunan agar-agar 3-4 bekas..warnakan ikut suka
4) Sudukan setiap warna berselang seli dalam loyang dan bertindan-tindan sehingga habis adunan..kemudian lorek dengan lidi..bekukan..masuk dalam peti sejuk
5) Kemudian potong..hidang sejuk-sejuk. Sedap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...