Kudapan Conflakes Pedas Rangup, Mudah Aje Nak Buat! Patutlah Ramai Share.

Share

Bagi yang sedang mencari resipi kudapan yang mudah dan simple, boleh ikuti resipi yang dikongsi oleh puan Umie Nurhayati.

Memang krup krap dan rangup. Boleh jadi kudapan buat anak-anak dan seisi keluaerga.

Resepi Cornflakes Pedas Rangup.

Bahan-bahan

* 1 cawan cili kisar/serbuk cili
* 1/2 cawan gula perang (hakak kurangkan sikit)
* 5 tbsp madu
* sedikit garam (ikut selera masing2)
* 500 gm cornflakes

Cara penyediaan 

1. Panaskan minyak masak dan masakkan cili kisar hingga betul2 garing yer.
2. Masukkan gula perang,madu dan garam kacau hingga sebati.


3. Bila dah berbuih tu boleh masukkan pula cornflakes dan gaul rata.


4. Letakkan cornflakes tadi ke dalam dulang pembakar dan lerai2kan nyer supaya masak sekata bila dibakar.
5. Bakar selama 15-20.


6. Bila dah sejuk nak letak kacang ke ikan bilis terpulang pada selera masing2.
7.Bolehlah disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba.

Sumber: Umie Nurhayati

IKLAN