Selain menu utama raya, makanan yang menjadi kegilaan kita anak beranak pastinya kudapan jenis kekacang, kerepek atau rempeyek yang laris bak pisang panas.
Letak sahaja sebalang kerepek di hadapan televisyen, pasti boleh habis dalam masa 30 minit. Itulah penangan aneka kudapan di hari raya.
Selain kekacang seperti kacang botak, kacang salut tepung dan pelbagai jenis kacang, rempeyek, tumpi dan sebagainya, menu yang satu ini iaitu Kuih Gunting jangan pula dilupa.
Kuih gunting jenis pedas atau manis mungkin sudah terbiasa bagi semua, berbeza dengan kuih gunting yang satu ni. Nampak sedap.
Istimewanya kuih gunting yang disediakan oleh Shaeyka Eika ini lain daripada yang lain. Wajib cuba, sebab dikatakan cukup laris ketika waktu raya. Confirm sedap lain macam.
Kuih paling laris kat rumah time raya.
Ads
Kuih Gunting
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1/2 biji kelapa ( ambik santannya)
2 biji telur
Daun sup
Daun bawang
Daun kari
1 paket jintan manis (RM1.00)
4 sudu marjerin
Sedikit garam (campur dalam santan)
Caranya:
1. Daun-daun tu ikut masing-masing, nak letak sikit atau banyak. Tapi kami suka letak banyak-banyak.
Ads
2. Jintan tu kisar halus.
3. Daun-daun tu hiris halus, kemudian masukkan tepung, telur, marjerin dan santan.
Ads
4. Kemudian gaul hingga sebati.
5. Dah jadi doh, gunting lepas tu goreng.
Kredit Resepi: Shaeyka Eika
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi, Tasha Manshahar yang kini sedang sarat hamil anak kedua berkongsi situasi kandungannya.
Menurut Tasha saiz bayi keduanya Itu sedikit kecil jika ingin dibandingkan ketika kandungan sulung sebelum ini.
Alhamdulillah settle monthly checkup. Alhamdulillah kalini saiz baby tak sebesar masa scan Muammar dulu. Air ketuban pun normal (dulu terlebih. berenang2 kawan dkt dalam perut 😂).
Walau bagaimanapun, dia bersyukur dan gembira kandungannya dilaporkan berada dalam keadaan baik.
Gula pun okay. HB pun cantik. Syukur Alhamdulillah. Cuma tu lah, baby breech lagi 😅 Doktor kata jumpa lg 3 minggu. Hopefully by that time baby dah pusing.
Justeru, doktor meminta dia memperbanyakkan melakukan aktiviti regangan memandangkan keadaan bayi di dalam kandungannya itu difahamkan masih lagi berasa di posisi songsang.
Doktor kata banyakkan buat position sujud tu and doa. Siapa ada tips pusingkan baby yang breech (songsang) lagi please share tauuu.
Perkembangan terbaru Tasha tersebut mendapat respond ramai termasuklah rakan selebriti.
ikanabella I pun position Noah tak betul sampai dah nak bersalin! hujung tu miracle betul. Doctor pesan time sujud last tu baca doa sekali panjang2 dgn Noah sebesar besar tidak kt dalam sanggup mak ni pun karang doa sujud lama2 😂 tryyyy @tashamanshahar I buat menjadi walaupun waktu labor kedudukan dia masih tak betul2 engage dia mendongak sikit so lamaaa la labor nya 22jam tapiii managed Alhamdulillah.
denabahrindena pun 2-3 weeks before beranak position baby still tak betul. Tapi lepastu selain sujud, dena busy mengemas bagai lepastu 1 week tak silap before beranak dah ready engage dah. moga dipermudahkan tasha, doa banyak banyak ❤️ dena pun doakan tasha. tak sabarrr
ummu_humayraaMasa Muammar dlu air ketuban lebih tu doc pantau tiap minggu x? Bahaya jugak eh air ketuban lebih ni. Kurang pn xboleh.
piqaramlyBtol kata doktor tu.anak yg sulung dulu sonsang masa 32 minggu.saya ikhtiar dgn sujud lama2..masa sujud terakhir tu baca doa nabi yunus.kita niatlah supaya baby berpusing.next check up alhamdulillah x sonsang dah..bila masa tah pusing sbb x rasa 😅
adawiyahwahidBanyakan bercakap dgn baby insyaAllah boleh pusing lg tu.. sbb hr tu sy pon mcm tu😅 sebelum tido pujuk dia ckp dgn baby☺️
myajames31Tips sama dgn doktor tu. Position sujud tu mmg membantu. InsyaAllah. Semoga d permudahkan ❤️
Bercerita tentang juadah Hari Raya selain begitu sinonim dengan hidangan rendang, lemang dan ketupat, biskut juga tidak sah kalau tidak dihidang di hari lebaran. Bahkan tidak dinafikan, biskut amat digemari ramai tidak mengira tua mahu pun muda. Boleh dikatakan setiap menu raya yang disajikan cukup istimewa dan menyelerakan untuk dinikmati. Kalau boleh semuanya ingin dijamah.
Pun begitu, bagi yang berdiet kenalah ‘memilih’ biskut yang sihat, contohnya seperti Biskut Nestum Oat yang dikongsikan oleh Rita Kay ini. Memberi lebih rasa yang digemari ramai, resipi Biskut Oat Nestum ini turut ditambah dengan almond dan choc chips untuk memberi rasa yang lebih crunchy.
Jadi bolehlah dicuba untuk menyediakan biskut sihat untuk keluarga.
Biskut Oat Nestum
250 g butter
1 cwn gula perang ATAU (1/2 cwn gula + 1/2 cwn gula perang )
1 biji kuning telur
1 sdk esen vanilla
>>> mix semua bahan biar sebati sahaja….
2 cwn tepung gandum*
1/4 cwn tepung jagung*
1 sdt soda bikarbonat*
3 sdb serbuk coklat susu / milo*
1/2 cwn oat segera
1/2 cwn nestum
1 cwn badam ( almond nib dibakar dulu.. atau kekacang lain )
1/2 cwn choc chips .. ikut suka
– campur adunan tadi & bahan-bahan kering yang diayak *, gaul rata biar sebati jadi doh yang lembut…
– biarkan doh skjp, boleh la scoop / sudukan adunan ke loyang.
– bakar 170 c 20 min atau sehingga perang .. ikut oven masing-masing.
– alihkan biskut ke atas wire rack biar sejuk , baru simpan dalam balang.
Setelah sebulan berpuasa, tentu kita tidak sabar menyambut Syawal bersama ahli keluarga. Ketika pagi Syawal tentu pelbagai menu menjadi hidangan di pagi raya. Antara menu adalah lemang, lontong, kuih kacang, rendang dan kuih muih dan minuman.
Memang satu hari tu, pastinya akan makanan berulang kali. Namun, tahukah kita bahawa setiap menu itu mengandungi jumlah kalori yang agak menakutkan.
Namun, tentu ada yang berkata, ketika ini diet dan jumlah kalori kena tolak ke tepi demi kemeriahan Raya.
Bagaimana pun, harus diingat setiap hidangan harus diambil secara sederhana. Supaya tidak menjejaskan kesihatan. Malah sebagai langkah pencegahan, apa kata selepas makanan, lakukan aktiviti bersenam sebagaimana yang disarankan oleh Universiti Putra Malaysia.
14 Kalori Menu Juadah Raya
Sumber: Universiti Putra Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di