Kuih Ketayap Bunga Telang, Resipi Tradisi Sentuhan Moden. Lembut, Sedap & Mudah. Ini Caranya!

Share

Kuih Ketayap merupakan kuih tradisional kegemaran ramai. Sesuai untuk dimakan sewaktu sarapan mahupun minum petang, cara buatnya tak susah pun.

Seolah-olah lempeng, diletakkan inti dan kemudian digulung. Inilah antara juadah yang menjadi kegemaran ramai.

Kali ini admin sajikan resipi Dadar gulung/kuih ketayap bunga telang. Nampak menarik bukan?

Kuih tradisi dengan sedikit sentuhan moden ini sanagt ringkas dan mudah je nak buat. Nak tahu cara buatnya, jom ikut perkongsian dari Lily Azhary.

Selamat mencuba!


DADAR GULUNG BUNGA TELANG

Adunan lempeng dadar :

Adunan 1 (warna terang)

125ml air bunga telang

75ml air kosong

125gm tepung gandum

1 sdt minyak

Secubit garam

Cara membuat:

Kesemua bahan di atas dikisar halus kenudian di tapis

Adunan 2 (warna lembut)

60ml air bunga telang

340ml air kosong

250gm tepung

1 sdt minyak

Secubit garam

Cara membuat:

Kesemua bahan di atas dikisar halus kemudian di tapis

Bahan

Inti : 60gm gula merah/gula melaka

20gm gula pasir

60ml air

150gm kelapa parut putih

Cara membuat:

Masak semua bahan di atas menggunakan api perlahan sehingga agak kering.

Jangan lupa kaup balik untuk mengelakkan inti hangus.

Biarkan sejuk.

Cara mendadar lempeng (crepe) :

Lengser kuali leper, lukis adunan (warna yang lebih gelap) seperti dalam gambar.

Kemudian tuangkan sedikit adunan berwarna lembut dan layangkan kuali leper supaya menjadi dadar nipis.

Tunggu hingga masak kemudian angkat dan letakkan ke dalam piring.

Sudukan inti kelapa ke atasnya dan gulung kemas.

IKLAN