Kulit Kerang Putih Bersih, Jadikan Hidangan Famili Nampak Lebih Menyelerakan!

Share

Siapa suka makan kerang mesti sudah tahu begaimana petua atau tip cuci kerang sampai putih bersih

Maklumlah, kalau kita lihat kulit kerang yang dimasak kotor dan masih berlumpur boleh hilang selera dibuatnya.

Namun bagi yang belum tahu, kami kongsikan petua dan caranya. Jom semak.


Bahan-bahan: 

1 kg kerang,

5 ulas bawang putih,

5 keping asam

1 sudu garam

Cara penyediaan:

1. Satukan kerang, asam keping, garam dan bawang putih yang  ditumbuk kasar.

2. Isikan air dan biarkan kerang terendam 20 minit.

3. Sisa kotoran kerang akan keluar dengan sendirinya dan sedia untuk dimasak mengikut citarasa keluarga.

Petua ini telah dikongsikan oleh Puan Nour Hueda Adzhar Via MAHN.

Selain itu, ibu-ibu boleh juga amalkan cara lain dan terbukti juga mampu membersihkan kulit kerang menjadi putih.

Ini sebagaimana pengalaman Shidah Rahman sebelum mengetahui ada 10 petua mencuci kerang,  menurutnya “Sebelum ni saya gaul-gaul dan ramas-ramas gitu banyak kali, buang airnya. Kemudian ramas lagi dan lagi pastu terus rebus.Rupa-rupanya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang .” 

PETUA BERSIHKAN KERANG

Cara 1:
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.Kalo ada serai la kan.

Cara 2:
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.

 

Cara 3:
Gaul dengan daun ubi. ramas-ramaskan hingga bersih.

Cara 4:
Guna daun betik pun boleh putih bersih.

Cara 5:
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih.Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan je utk memasak.

Cara 6:
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7: Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8:
Rendam asam keping pon boleh. Dalam setengah jam gitu… putih bersih kerang.

Cara 9:
Rendam kerang guna garam.

Cara 10:
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16minit. Cara ni paling best. Saya guna cara ni je.

EKSTRA TIPS

1. Rendam dengan air limau nipis.

2. Basuh bersama hampas kelapa.

sumber :Shida Rahman

 

IKLAN