Menghadapi tempoh akhir zaman, kita sebenarnya kena buka mata dan muhasabah diri kita sendiri untuk jadi insan yang lebih baik. Sebagai mak ayah lagilah kita kena berperanan lebih kuat untuk pastikan anak-anak jadi insan berguna.
Bekalkan anak-anak dengan Al Quran. Itu dah jadi satu kewajipan buat kita sebagai mak ayah. Bagi diri kita sendiri, kita kena cari masa untuk cuba bertafakur setiap hari. Rasa tak tenang, tak bahagia dan celaru dengan pelbagai perkara, kita kena periksa diri kita sendiri. Lima perkara yang dinyatakan Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv ini patut kita amalkan.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Ads
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apabila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri, kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang.
Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab. Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.
Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan. Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah.
Ads
Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
3. Surah At Dhuhan -Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
Ads
4. Surah Al-Waqi’ah -Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar -Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas -Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq -Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Eh,comel je aku tengok anak kau. Dahla putih, berisi pula tu”
Ramai mak ayah tak merasa bimbang dan ambil mudah dengan ‘kegemukkan’ anak.
“Ala, biarlah dia makan. Seronok tengok dia berselera. Nanti besar pandailah dia diet,jaga badan”
Jangan begitu. Tak pelik jika anak-anak akan mengalami obesiti sehingga dewasa kerana sudah terbiasa dengan tabiat makan sebegitu dari kecil.
Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini dan seseorang kanak-kanak itu dianggap obes apabila Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) adalah tinggi bagi umur dan jantinanya.
Jika ibu bapa perasan setiap kanak-kanak mempunyai buku rekod kesihatan ‘baby book pink or blue’, graf berat serta tinggi boleh dilihat di ruangan belakang buku tersebut.
Sekiranya berat sentiasa di bahagian atas sehingga melepasi graf teratas, bermakna anak itu mempunyai berat yang berlebihan.
Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Asia Tenggara dengan nisbah 1:5 kanak-kanak mempunyai berat berlebihan atau obes dan hal ini sangat membimbangkan.
Obesiti cenderung penyakit lain
Kajian NHMS pada 2015 mendapati sebanyak 11.8 peratus kanak-kanak berusia bawah 18 tahun mengalami obesiti.
Berdasarkan data ini, seramai 1.65 juta kanak-kanak Malaysia yang bersekolah dijangka mengalami obesiti menjelang 2025 sekiranya kita tidak mengambil sebarang tindakan.
Daripada jumlah itu, seramai 88,000 kanak-kanak Malaysia akan mengalami masalah dalam toleransi glukos, seramai 28,000 orang akan menghidap diabetes Jenis 2, seramai 191,000 kanak-kanak bakal mengalami tekanan darah tinggi dan 264,000 akan menghidap penyakit hati berlemak tahap satu.
Selain penyakit-penyakit serius, obesiti juga merupakan penyebab gangguan tidur serius atau ‘obstructive sleep apnea’(OSA) dan sindrom hipoventilasi dalam kalangan kanak-kanak.
Dalam kalangan kanak-kanak obes, salur udara menjadi sempit disebabkan jumlah lemak yang banyak pada bahagian leher. Ini menyebabkan penurunan dalam pernafasan dan mengganggu tidur.
Apabila mempunyai terlalu banyak lemak di sekitar abdomen dan dada, pernafasan menjadi sukar dan berlakunya hipoventilasi.
Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil.
Anak tidak tahu bahawa makanan diproses atau makanan sejuk beku tidak mempunyai khasiat yang sama dengan makanan sebenar.
Jadi, ibu bapa perlu mendidik anak-anak tentang kesan buruk terhadap kesihatan jika makanan diproses itu dimakan setiap hari.
Tarik perhatian mereka dengan warna-warna makanan sebenar seperti betik, oren, epal, lobak merah, tomato dan didik mereka tentang nutrisi dan khasiat makanan-makanan ini.
Jika mak ayah pun tak amalkan makanan yang berkhasiat dan sihat, bagaimana anak ingin mencontohi.
Otak Jahidah rosak teruk akibat dibelasah suami, sudah empat tahun terlantar. Sudah genap empat tahun sejak insiden tragis menimpa Jahidah Nordin, 47, namun penderitaan wanita ini masih belum menemukan noktah.
Otak Jahidah Rosak Teruk Akibat Dibelasah Suami, Sudah Empat Tahun Terlantar
Akibat dipukul suami sendiri sehingga menyebabkan koma, Jahidah kini hanya mampu terbaring tanpa daya. Tidak boleh berkata-kata, bergerak atau menjalani kehidupan seperti insan lain.
Hari-hari yang dilaluinya seakan hanya disaksikan oleh sepasang mata yang sesekali berkelip. Satu-satunya reaksi kecil yang menandakan dia masih bernyawa, meskipun tersepit dalam tubuh yang tidak lagi mampu berfungsi seperti dahulu.
Bagi adiknya, Fauziah Nordin, 44, yang kini memikul tanggungjawab sebagai penjaga utama, setiap hari adalah perjuangan yang sarat dengan kesabaran, keikhlasan dan air mata.
“DOKTOR MAKLUMKAN, KEROSAKAN OTAKNYA SANGAT TERUK. KINI SUDAH MASUK TAHUN KEEMPAT DIA KOMA… KAMI HANYA MAMPU BERSERAH,” KATANYA DALAM NADA SEBAK KETIKA DITEMUI DI RUMAH MEREKA.
Fauziah tidak mahu terlalu menggantungkan harapan. Baginya, menerima kenyataan ini dengan hati yang redha adalah cara terbaik untuk terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
“Bukan kami tidak berdoa atau tidak mahu berharap. Tapi kalau terlalu meletakkan harapan, kami akan lebih terluka. Hanya keajaiban yang mampu mengubahnya,” katanya.
Setiap hari, Fauziah melaksanakan tanggungjawab menjaga kakaknya sepenuh masa. Dari urusan memandikan, menyuap makanan, menukar lampin sehinggalah menjaga anak kecil milik kakaknya, semuanya digalas dengan tabah.
“Awalnya memang sukar… untuk bersihkan Kak Jahidah saya perlu angkat badannya, sedangkan kudrat saya sebagai wanita terbatas. Tapi lama-kelamaan saya belajar. Sekarang saya dah biasa, dan anggap ini semua sebagai saham akhirat,” katanya perlahan.
Walau sudah terbiasa, Fauziah mengakui bukan mudah menyimpan semua rasa. Ada waktunya dia penat, emosi terganggu dan berasa sunyi. Namun, setiap kali memandang wajah kakaknya yang tidak berdosa itu, dia mengumpul kembali kekuatan.
Dalam masa sama, anak tunggal Jahidah, Eshan Nufail yang kini berusia empat tahun juga turut berdepan cabaran tersendiri.
Disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) dari segi perkembangan, Eshan masih belum mampu bertutur dengan jelas seperti kanak-kanak seusianya.
“Dia sihat, aktif dan sudah boleh berjalan tegap, cuma belum bercakap seperti kanak-kanak lain seusianya. Doktor kata tiada masalah besar, cuma perkembangan lambat. Sekarang dia suka keluar berjalan-jalan, mungkin bosan terperap dalam rumah,” kata Fauziah sambil mengusap kepala si kecil yang setia bermain di sisi ibunya yang terbaring kaku.
Kasih seorang anak, enggan berjauhan dan mengambil risiko demi insan tersayang. Demikian situasi yang dialami oleh seorang pemuda apabila sanggup memanjat tingkap hospital setiap hari. Menurut sumber, lelaki tersebut berbuat demikian semata-mata untuk melihat ibunya itu yang dimasukkan ke dalam wad setelah dijangkiti Covid-19.
Usaha pemuda yang dikenali sebagai Jihad Al-Suwaiti itu menyentuh hati ramai namun lebih menyedihkan apabila ibunya yang berusia 75 tahun itu disahkan telah meninggal dunia pada 16 Julai yang lalu, lapor Alaraby.
Menurut laporan Alaraby, Jihad memutuskan untuk selalu memantau keperluan ibunya , Rasma Salama, yang dipercayai dijangkiti Covid-19 pada minggu lalu dan dia sama sekali tidak meninggalkan ibunya itu sehinggalah ibunya meninggal dunia.
“Jihad memanjat paip yang berada berdekatan dengan tingkap di bilik ibunya dan akan duduk selama berjam-jam di tepi tingkap tersebut untuk mengawasi ibunya,” kata seorang pegawai.
Jihad juga dipercayai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya kerana dia merupakan anak bongsu.
Gambar dan juga video yang memperlihatkan Jihad sedang setia duduk di tepi tingkap sehinggalah saat kematian ibunya telah tersebar di laman sosial sejak Khamis lalu dan membangkitkan kesedihan dalam kalangan warganet.
Before she died from coronavirus, the young Palestinian man Jihad al-Sweti used to climb into the hospital’s window to check up on his mother. 💔 #Palestine 🇵🇸 pic.twitter.com/uxmBIzrX5u
الشاب جهاد السويطي من الضفة الغربية يتسلق كل ليلة جدار المستشفى الذي تقبع به والدته للعلاج من فيروس كورونا من أجل دعمها ومواساتها.
والدته فارقت الحياة منذ قليل! pic.twitter.com/wYuHoS4Ng0
— Dr. Ramy Abdu| د. رامي عبده (@RamAbdu) July 16, 2020