Untuk menjadi insan yang lebih baik, kita sebenarnya kena buka mata dan muhasabah diri kita sendiri. Lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, kita kena berperanan lebih kuat untuk pastikan anak-anak jadi insan berguna.
Bekalkan anak-anak dengan Al Quran. Itu dah jadi satu kewajipan buat kita sebagai mak ayah. Bagi diri kita sendiri, kita kena cari masa untuk cuba bertafakur setiap hari. Rasa tak tenang, tak bahagia dan celaru dengan pelbagai perkara, kita kena periksa diri kita sendiri. Lima perkara yang dinyatakan Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv ini patut kita amalkan.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Ads
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apabila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri, kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang.
Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab. Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.
Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan. Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah.
Ads
Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
3. Surah At Dhuhan -Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
Ads
4. Surah Al-Waqi’ah -Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar -Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas -Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq -Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Emak-emak mesti ada anak yang sangat gemar makan kuih karipap. Malah kalau boleh nak bawa bekal karipap setiap hari ke sekolah. Karipap ini bahan-bahan membuatnya ringkas sahaja cuma sedikit renyah.
Oleh itu sebaiknya setiap kali membuat karipap, terus buat dalam kuantiti yang banyak dan frozen kan. Karipap frozen ini mampu tahan sehingga 6 bulan walaupun tanpa pengawet.
Melalui perkongsian Puan Mar di facebooknya, terdapat cara mudah untuk frozen kan karipap iaitu hanya perlu membakar di dalam oven.
Kebaikan membakar karipap ini adalah ia langsung tidak menggunakan minyak menyebabkan ia kurang berminyak apabila digoreng nanti berbanding jika kita menggorengnya separuh masak sebelum disejuk beku. Malah teksturnya juga lebih rangup dan sedap setelah digoreng nanti.
Cara-cara Membakar Dalam Oven
Mula-mula susun karipap di atas tray. Pastikan ia tidak bertindih di antara satu sama lain agar pembakaran nanti sekata semuanya.
Kemudian masukkan ke dalam oven dan tetapkan suhu kepada 160 darjah celcius dan dibakar selama 20-25 minit.
Setelah masak keluarkan dan biar ia sejuk dahulu pada suhu bilik kemudian bolehlah disusun di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam freezer. Karipap frozen ini mampu tahan lama sehingga 6 bulan walaupun tidak diletakkan pengawet.
Tip Goreng Karipap Agar Cantik Sekata
Kelebihan membakar karipap dalam ketuhar ialah apabila digoreng selain kurang berminyak, teksturnya juga lebih cantik dan tidak mengerutu walaupun kita kurang mahir menggoreng.
Pertama sekali setelah dikeluarkan dari freezer, biarkan di luar lebih kurang 15-20 minit. Kemudian gorengkan ia di dalam minyak panas menggunakan api yang perlahan. Balik-balikkan ia sehingga coklat kekuningan. Memandangkan karipap ini telah disejuk bekukan maka proses menggorengnya hanya mengambil masa lima minit.
Resepi Inti Karipap Sardin Untuk 100 biji
3 biji bawang besar- dikisar
Setengah labu bawang putih- dikisar
1 senduk cili boh atau cili kisar
1 tin sardin
1 kilo ikan sardin- direbus atau boleh guna pressure cooker
Mix vegetables
Garam,gula dan perasa secukupnya
Mula-mula tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kisar atau cili boh ke dalamnya dan kacau sehingga naik minyak.
Setelah cili sudah kelihatan naik minyak, masukkan sardin tin dan isi ikan sardin yang telah direbus tadi.
Kemudian masukkan mix vege dan kacau sehingga kering. Pastikan inti ini tidak berair agar bila membuat karipap nanti kelihatan kemas dan senang kelim.
Akhir sekali perasakan dengan gula, garam dan bahan perisa. Adunan inti ini cukup untuk membuat 100 biji karipap.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkahwinan adalah satu ikatan yang memerlukan nilai kepercayaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Dan lebih penting daripada itu, ialah saling memahami keperluan pasangan untuk mewujudkan perasaan kasih dan sayang.
Begitu pun, bukan hanya tanggung jawab harus dititikberatkan, malah tingkah laku dan pembawaan diri dengaan orang sekeliling juga memberi kesan dalam rumah tangga.
Tidak salah untuk menjadi peramah atau bergurau senda. Tapi setiap tingkah laku itu ada batasnya. Mungkin pada suami perkataan sayang yang diucapkan tidak mengundang apa-apa perasaan tetapi ia mungkin tidak pada isteri. Hal-hal sedemikian yang mungkin dianggap kecil oleh suami tapi cukup besar bagi seorang isteri.
Ibaratnya, apa perasaan suami jika orang lain memanggil atau menegur isteri dengan panggilan sayang sekalipun ia tidak membawa apa-apa makna. Kalau anda terasa sakitnya, begitulah juga si isteri!
Sebab tu nak ramah sangat pun harus kena pada tempatnya. Misalnya kepada isteri dan anak-anak kerana dengan cara itu ia boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Kena belajar meletakkan diri sesuai dengan persekitaran dan keperluan yang ada. Jangan dek kerana sikap mementingkan diri sendiri kita dianggap ganjil pada pandangan orang lain.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Adam Corrie menerusi facebooknya.
Pesanan untuk diri sendiri dan kaum adam serta wanita yang sudah berkahwin atau bujang…
Saya panggil isteri saya Sayang hanya selepas akad nikah. sebelum akad nikah kami bahasakan diri kami atau Saya dan Awak
Jangan biasakan diri panggil wanita lain yang tak halal dengan panggilan ‘Sayang’ seperti customer kita…rakan sekerja kita atau sesiapa saja yang berlainan jantina….
Mungkin bagi kita panggilan itu tak ada apa-apa maksud…tetapi sebenarnya ia tidak manis sekiranya didengar oleh lain…dan takut juga kalau dah kerap sangat panggil sayang…nanti lain pula jadinya….
Khaskan ungkapan ‘sayang’ kepada insan yang tidak mendapatkan fitnah pada diri kita nanti.
Sayang, tolong ambil faxkan untuk i…
Sayang , nak size dan warna apa?
Adalah lebih manis kita panggil pelanggan berlainan jantina dgn kita Encik/Puan/Cik
Bayangkan kalau pasangan halal mereka tersebut dengar? Kan akan menjadi fitnah… ☺
Jadi jagalah adab dalam pergaulan kita seharian.
Tepuk dada sendiri , tanya iman kita. Pastikan niat kita betul hanya kerana ALLAH.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
P/s: saya sedang belajar menjaga adab dan menjaga harga diri sendiri dan org lain.
Takut isteri saya marah? Bukan takut tapi saya sayang sangat dan Mestilah saya nak jaga hati bidadari saya… jaga hati pasangan halal lebih baik….
_____________________
Penulisan Adam Corrie
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam kesibukan hidup harian, dengan kerja tak habis-habis, nak kejar dateline, urus rumah tangga lagi, kita mungkin ada terlepas pandang saat-saat kecil yang sebenarnya...