Kupas Bawang Putih Tanpa Pisau. Sah, Anak Kecil Pun Boleh Tolong Buat!

Share

Mengupas bawang putih boleh jadi terasa kasar pada tangan jika dilakukan dalam kuantiti yang banyak.

Malah untuk mengupas kulitnya juga bukanlah kerja yang mudah kerana bentuk bawang putih yang terlalu kecil akan melambatkan untuk dikupas menggunakan pisau.

Alangkah beruntungnya jika ada cara untuk mengupas bawang putih tanpa merosakkan kulit tangan dan boleh pula dilakukan dengan cepat.

Sebenarnya memang ada teknik yang dimaksudkan itu.  Jom semak.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 bekas berpenutup.
  • Bawang putih yang akan dikupas

Tekniknya:

Langkah pertama : 

Masukkan bawang putih yang belum dikupas ke dalam bekas dan tutup kemas.

Langkah kedua :

Kemudian goncang-goncangkan  selama beberapa saat hingga bahagian kulit bawang putih terkupas.

Dengan menggunakan trik sebegini, tentu saja dapat membuat urusan memasak di dapur menjadi lebih mudah dan cepat.

Selain cara di atas,  ada satu lagi kaedah iaitu merendam bawang putih di dalam air.  Biarkan selama 5 minit, dan selepas itu dengan mudah kulit bawang putih dapat ditanggalkan.

Selamat mencuba!

 

 

IKLAN