Kurusnya! Turun Berat 10kg, Perubahan Fizikal Fasha Sandha Jadi Tumpuan Warganet

Share

Bagi yang mengikuti drama melayu, mesti mengenali aktress jelita, Fasha Sandha kan? Baru-baru ini kecoh dalam kalangan peminat Fasha di ruangan komen perkongsiannya yang melihat perubahan mendadak fizikal Fasha yang dilihat semakin kurus dan wajah kelihatan sedikit cengkung.

Malah, menerusi sekeping foto yang dikongsinya di laman Instagram bersama suaminya, Aidil Aziz membuatkan peminat hampir tidak mengenali wajah pelakon yang terkenal dengan babak airmata ini.

“Masa badan saya berisi orang kata saya mengandung, saya malu dan badan rasa berat. Sekarang saya rasa okey lepas berjaya turunkan 10 kilogram, Alhamdulillah.

“Saya memang dah berumur, tak boleh buat apa. Saya sudah berusia 39 tahun.. takkan nak jadi 29 tahun balik?” katanya.

Bagaimanapun, Fasha juga ada menegaskan bahawa kesihatannya berada dalam keadaan baik dan minta peminat tidak bimbang dn berterima kasih kerana mengambil berat tentangnya.

“Alhamdulillah awak, saya sihat jangan risau okay. Terima kasih ambil berat” ujarnya.

Sebelum ini Fasha pernah meluahkan rasa sedih apabila ada mulut yang mengatakan dia sedang hamil ekoran berat badannya yang meningkat.

Disebabkan itu, dia menjaga pemakanan dan bersenam kerana tidak mahu orang lain melemparkan kata-kata tak baik kepadanya.

“Saya tak mengandung pun, hanya bulat sedikit masa itu. Waktu itu pun baru lepas makan, jadi nampak macam perut buncit.

“Memang sedih bila orang body shaming saya tapi itu pemangkin semangat untuk kurangkan berat badan” katanya.

Sumber : Mstar, Instagram Fasha Sandha

IKLAN