Apabila bergelar ibu, pastinya gelagat anak akan menjadi momen indah untuk dikenang. Rasa tak sabar untuk mengandung dan melahirkan anak kerana inilah momen yang paling dinantikan oleh setiap wanita. Lengkap sudah fitrah hidup.
Begitu juga dengan pelakon, Fasha Sandha begitu teruja apabila cahaya matanya, Aisha Amaira. Menerusi laman instagramnya, Fasha berkongsi cerita pernah keguguran dua kali sebelum lahirnya Aisha. Assalamualaikum,
.
Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah , Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi….
Nama saya ,
AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL
Yang membawa maksud,
Bahagia dan Cantik Selamanya.
Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah.
.
Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau… lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.
Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner.
.
Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan. @kam2u
.
Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night
Dalam hidup berkeluarga, sebaiknya janganlah berkira dengan pasangan dan anak-anak. Tak kisah sama ada suami atau isteri. Bagi suami, bila tiada sifat berkira dengan keluarga insyaAllah akan jadi lebih murah rezeki dan menjadikan isteri automatik berbuat hal yang sama pada suami.
Kalau sebelum ini pernah tular usahawan, Cik Epal menghadiahkan kereta mewah kepada suami tersayang yang lebih dikenali sebagai, Jofliam. Baru-baru ini, sekali lagi Cik Epal beri kejutan buat suaminya dengan menghadiahkan seutas jam tangan mewah yang harganya mencecah hampir RM100 ribu!
Hadiah jam tangan berjenama Hublot itu diberikan khas sempena ulang tahun kelahiran suami tercinta dan baginya, tidak ternilai hadiah yang diberikan dengan harga cinta dan setia suaminya itu.
“Aku rasa ramai je isteri yang tak kisah nak berhabis untuk suami, tapi tak ramai suami yang tahu menghargai.
“Hadiah ni pon bagi aku tak ternilai dengan harga cinta dan setia dia. Aku tak sempurna, aku banyak kekurangan tapi cara suami aku layan dan hargai aku buatkan hidup aku rasa sempurna. @jofliam seorang suami yang terbaik untuk aku dan ayah yang hebat untuk Han&Yuki.
“Aku percaya je, mana-mana perempuan sekali pon, kalau pasangan kita layan kita sepatutnya, kita akan balas berganda dengan apa yang kita terima. Kan?
“Dunia ni hanya sementara. Hargailah MASA kerana setiap saat yang berlalu tu tak akan berulang kembali,” katanya.
Sementara itu, Jofiam sempat memuat naik ucapan istimewa buat isterinya dengan meluahkan rasa terharu dengan pemberian isterinya dan dengan rendah diri menjelaskan dia hanya menumpang rezeki isterinya sahaja.
“@cikepal06 terlalu besar dalam hidup saya. Orang selalu tanya saya apa rahsia saya,saya takda rahsia dan sentiasa sedar,dari dulu sampai sekarang saya hanya menumpang rezeki isteri saya @cikepal06.
“Dari zaman belajar, @cikepal06 yang banyak keluarkan duit untuk saya.Dah kahwin dia hadiahkan lagi kereta untuk saya.Hari ni dia hadiahkan pula jam mewah untuk saya.
“Saya takda apa-apa dan saya hanya penumpang bagi rezeki isteri saya. Kalau bukan @cikepal06, saya bukan siapa2 pon dan saya tak tahu pon saya akan jadi apa.” luahnya.
Nak didik anak ini memang mencabar lebih lagi bila anak semakin membesar. Bila bagi nasihat atau tegur asyik tak dengar kata.
Oleh sebab itu, si ibu akan membebel hinggakan ada anak terutama remaja menyatakan ibunya membebel hampir 24 jam sehari walhal si ibu sekadar mahu menasihati serta membetulkan apa yang salah.
Bukan mudah sebenarnya untuk menasihati terutama sekiranya si anak semakin meningkat remaja, mungkin pada si ibu, teguran yang dilakukan itu demi kebaikan anak-anaknya namun ia sering disalah erti.
Namun apabila ayah mula masuk campur dalam mendidik, terus anak angkat muka dan patuh pada arahan. Bahkan sepatah teguran ayah terus didengar! Hakikatnya cara ayah mudah untuk anak mendengar kata berbanding ibu.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim ada benarnya. Ikuti pandangan beliau mengenai hal ini.
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita. Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga ( self-esteem )
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Impak yang positif
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak. Jangan alpa, tegur untuk melentur!
Tentu ada antara kita yang pernah menanam jagung di laman rumah, apatah lagi buat mereka yang gemar bercucuk tanam. Pun begitu, ramai juga yang berasa kecewa bila melihat tanaman jagung tidak menghasilkan tuaian jagung yang padat isinya.
Lantaran itu, apa kata anda ketahui cara atau langkah-langkah untuk pastikan tanaman jagung dapat dituai dengan sebaiknya. Ini seperti mana tips yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah.
Menurut perkongsiannya ada 12 langkah yang boleh dipraktikkan untuk dapatkan hasil jagung yang padat isi. Nak tahu lanjut jom kita baca perkongsian di bawah.
12 Steps Paling Mudah Tanam Jagung Tepi Rumah
Minggu lepas saya kutip jagung yang ditanam oleh Muhammad Aqeel. Aqeel anak kedua saya, usia baru 5 tahun.
Aqeel tanam tak banyak, hanya 4 point sahaja. 1 point 2 biji benih. Tanam biji terus di dalam petak tanaman.
Hanya 5 pokok yang hidup. Walaupun 5 pokok, hasilnya sangat ohsem. Dapat 8 tongkol. Ada 3 pokok yang hasilkan 2 tongkol buah jagung. Yang paling bestnya, semua 8 tongkol tu gred A dan isi ketat – ketat.
Aqeel tukang tanam je ya. Bila dah tumbuh, abahnya yang tolong jaga.
Baik ini tipsnya.
1. Tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik.
2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1 point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Aqeel tanam 4 point.
3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus.
4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point.
5. Umur 10 hari dah boleh start siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point.
6. Ulang langkah no 5 dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari.
7. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi.
8. Ulang langkah no 7 dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang tu, seminggu sekali pun ada saya sembur.
9. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja.
10. Ulang langkah no 9 hingga pokok berumur 30 hari.
11. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS.
12. Ulang langkah no 11 hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.
Kaedah ini saya telah uji tanam berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam dalam tong cat dan ada juga tanam dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya saya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.
Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia.
Remaja perempuan maut, terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri, ada kesan kelar pada tangan kiri. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim,George Town, Pulau Pinang pada awal pagi Ahad.