Kanak-kanak lelaki 12 tahun di daerah ini meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba.
Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini kira-kira jam 7 pagi.
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.
Katanya, pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.
“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.
“Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.
Ads
Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.
Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.
Ads
“Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak,” katanya.
Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.
“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” tambahnya.
Pelawak veteran popular kelahiran Selangor, Datuk Jamali Shadat, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Berita sedih itu disahkan anak bongsunya, Sazli Jamali.
“Bapa sudah tiada. Saya diberitahu arwah bapa menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil.
“Insya-Allah, urusan pengebumian akan dipercepatkan. Berkemungkinan selepas Zohor atau Asar hari ini.
“Arwah bapa akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah,’ ujarnya lagi.
Allahyarham Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Pelawak komedi popular itu cukup terkenal pada 1980-an, dengan kebolehannya membawa watak kanak-kanak bernama ‘Atan’.
Allahyarham sebelum ini dilaporkan uzur dan perlu bergantung kepada bantuan anak dan menantunya untuk menguruskan diri.
Anak keenam beliau, Fauzi Jamali, 48, berkata, bapanya banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.
Menurutnya, tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.
Al-Fatihah buat Allahyarham Jamali Shadat, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat permata hati yang dikandung selama sembilan bulan dan dalam keadaan sihat disyaki mengalami keganasan domestik atau dera ketika dihantar dibawah jagaan pengasuh.
Setelah hampir tujuh jam anak dihantar ke taska, didapati bayinya lemah tidak bermaya. Malah anak muntah secara tiba-tiba dengan banyak menjadi petunjuk buatnya. Tidak mahu berprasangka tidak baik kepada seseorang, ibu dan suaminya memeriksa rakaman kamera litar. Terkejut dengan apa yang dilihat. Ya Tuhan!….
Ikuti perkongsian ibu ini Che Sarida yang bekerjaya di Hospital Putrajaya. Sungguh meruntun jiwa. Moga ia menjadi ikhtibar buat kita semua.
SAYA MERAWAT MANGSA DERA, ANAK SAYA TURUT MENJADI MANGSA
Salam hormat untuk semua pembaca.Sebenarnya amat berat hati saya untuk menulis coretan ini.Setelah mengambil ‘tempoh bertenang’ untuk diri sendiri, saya mengumpul segala kekuatan yang ada untuk mencoretkan kisah yang dialami oleh kami sekeluarga baru-baru ini.Pada saya ini bukan isu individu atau kekeluargaan, ini isu masyarakat, isu negara dan masyarakat perlu tahu.
Pada tanggal 22hb November yang lalu negara dikejutkan dengan satu lagi kejadian dera dua bayi di pusat asuhan kanak-kanak.Suspek melarikan diri,namun berjaya dikesan dan ditangkap oleh pihak polis selepas 3 hari usaha mengesan suspek.
Saya akan menulis dalam bahasa yang paling mudah difahami dan tidak akan menerangkan secara terperinci memandangkan saya juga masih dalam fasa ‘trauma’ cuba melupakan apa yang berlaku walaupun saya tahu ia akan kekal dalam memori saya dan keluarga seumur hidup kami.
Naluri ibu terhadap bayinya
Pada hari kejadian anak saya Adam mencecah usia 5 bulan 4 hari.Pada hari itu suami saya menghantar adam ke pusat asuhan pada jam 9.30 pagi sebelum masuk kerja jam 10am.Kebiasaannya saya akan mengambil adam antara jam 5-6pm selepas pulang dari kerja.Sekiranya saya bekerja malam kadang kala saya akan menghantar adam ke taska untuk membolehkan saya menguruskan kerja rumah dan berehat pada waktu siang hari. Pada hari kejadian saya tidak sedap hati, serba tak kena.Saya terdetik untuk mengambil anak secepat yang boleh namun bila ditoleh jam menunjukkan pukul 3.30pm dan cuaca di luar rumah masih panas.(Jarak rumah ke taska hanya 200m ).Saya akhirnya membuat keputusan mengambil adam pada jam 4.30pm.
Anakku muntah dengan banyak
Sewaktu saya datang di pintu taska guru yang menjaganya sedikit terkejut, Dia menyerahkan adam dan menyatakan “awal akak ambik harini, biasa lewat sikit.Adam baru susu 1oz” .Saya membalasnya “Ooo akak nak main ngan adam, malam ni kerja”Pada waktu itu adam tidak menangis tapi kelihatan letih.Saya fikir mungkin dia mengantuk baru lepas mandi petang.Saya lalu membawanya pulang ke rumah.Lebih kurang jam 4.45 pm adam muntah memantul yang sangat banyak.Dia kelihatan sangat lemah. Saya cuba untuk ‘breastfeed’ tetapi dia tidak mahu dan terus tertido sehingga suami saya pulang jam 8pm.
Teliti badan Adam
Saya telah menghubungi guru berkenaan melalui whatsapp bertanyakan bila last anak saya menyusu.Dia memberitahu pada jam 3.30pm dan 1 oz pada jam 4.30pm .Saya turut bertanya berapa kali anak saya muntah. Katanya hanya sekali pada waktu pagi dan sedikit sahaja.Dia turut memberitahu “adam ok sangat cuma muntah tu pelik”.Saya terus membuka pakaian anak saya dan memeriksa badannya.Pada waktu itu tiada apa-apa kesan yang dapat saya temui.Saya terus membuka beg nursery dan mendapati semua kain baby basah seperti dibasuh.Keadaan ini menimbulkan syakwasangka di hati saya.Adam juga sihat sewaktu berada di rumah, tiada muntah-muntah atau demam.
Rakaman kamera litar tertutup jadi bukti
Saya lalu menghubungi suami saya dan menceritakan hal ini.Kebetulan suami saya juga memberitahu yang dia juga merasa tidak sedap hati sepanjang hari di pejabat.Kami sepakat untuk melihat rakaman cctv.Pada waktu itu kami tidak menuduh kami cuma mahu memeriksa dan berniat untuk berlapang dada jika tiada apa-apa bukti yang ditemui.Suami saya menghubungi pengurus taska dan menyatakan hal tersebut..Pada jam 8.15 malam suami saya mendapat mesej daripada pengurus taska untuk kami datang ke taska jam 9pm.Apa yang kami lihat adalah sungguh menyedihkan.Sukar untuk saya ceritakan di sini.Dia memperlakukan anak saya dan seorang lagi bayi seperti anak patung/binatang.Hatta kucing sekalipun kita tak akan sanggup buat seperti itu.
Saya terus ke Jabatan Kecemasan & Trauma untuk membuat pemeriksaan dan laporan polis.Saya turut mengajak ibu kepada bayi yang satu lagi untuk membuat pemeriksaan di hospital.Bercampur baur perasaan saya sewaktu menunggu keputusan ujian ct brain.Alhamdulillah tiada keretakan ataupun pendarahan otak yang dilihat cuma kesan lebam pada dada kanan. Sujud syukur saya.Alhamdulillah Allah masih mengizinkan kami untuk menjaga amanahnya yang tidak ternilai ini.
Setelah siasatan dibuat dan pihak polis meneliti rakaman cctv didapati keempat-empat bayi di dalam bilik telah didera pada hari kejadian dan anak saya paling muda , mungkin dia paling menderita.
Keganasan domestik (Penderaan)
Tujuan saya menulis untuk memberitahu masyarakat betapa masyarakat melayu islam kita sangat sakit , walaupun telah banyak kes dera dilaporkan kejadian sebegini masih lagi berlaku. Adakah mereka berani kerana hukuman yang bakal diterima dirasakan tidak setimpal dengan perbuatan kejam mereka juga trauma berpanjangan yang dialami ahli keluarga terutama Ibu mangsa.Adakah media dan akhbar kurang mendedahkan perkembangan kes-kes penderaan di media massa ( Hukuman yang bakal diterima pesalah kes dera atau menyebabkan kematian kanak-kanak ).
Kepada pihak kerajaan dan kementerian yang berkenaan, juga untuk untuk perhatian KKM, tiga daripada ibu bapa bayi yang menjadi mangsa merupakan Pegawai perubatan.”We save life but our child are not safe”. Kalau kita lihat kes kematian bayi adam yg sebelum ini juga melibatkan staf KKM. Saya ingin memohon supaya isu ini mendapat perhatian pihak kementerian.Saya juga memohon disediakan pusat asuhan kanak-kanak yang selamat di semua Hospital kerajaan terutama Hospital Putrajaya secepat mungkin.Adalah penting bagi kami bekerja dalam keadaan yang tenang kerana kami perlu membuat keputusan untuk masa hadapan pesakit.
Kepada ibu bapa, sentiasalah percaya kepada gerak hati kita sebagai ibu bapa.
Kadangkala apa yang kita rasakan dan bermain di fikiran itu adalah petunjuk daripadaNya.
Sentiasalah berhati-hati dengan orang yang terlalu baik dan berusaha untuk masuk ke dalam hidup kita dalam masa yang singkat ,simpan sedikit rasa syakwasangka apabila melepaskan anak-anak di bawah jagaan orang lain.
Setiap kali mengambil anak-anak dari pusat jagaan sila perhatikan tanda-tanda bahaya pada anak sebagai contoh
1.muntah yang memantul ( projectile vomiting ) 2.Bayi kelihatan sangat lemah walhal sewaktu kita hantar bayi sihat ceria dan tiada demam 3.Bayi menangis tanpa henti dan sukar dipujuk 4.Terdapat kesan lebam atau kecederaan fizikal yang lain
Kepada rakan facebook dan pihak media, saya merayu supaya tidak diviralkan rakaman cctv yang menunjukkan perbuatan suspek terhadap anak saya.Hancur luluh hati saya. Saya hanya melihatnya sekali sahaja untuk mendapatkan bukti.Hingga saat ini saya masih trauma tetapi lebih tenang berbanding di awal kejadian. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak yang mereka sayangi diperlakukan sebegitu rupa.Saya dan suami seboleh mungkin tidak mahu ibu bapa kami berdua melihat rakaman cctv itu.Bantulah saya untuk membantu anda semua.Menguruskan kes-kes dera/rogol pesakit pesakit sudah meruntun hati saya, inikan pula darah daging sendiri. Tapi saya mahu kes ini diviralkan.
Kepada pendera terbabit, kamu tidak selayaknya menggelarkan diri kamu sebagai ‘teacher’/cikgu.Cikgu adalah perkataan yang agung yang bermakna mendidik dan melindungi bukan mendera anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa.Hilang sakit mereka tersenyum kembali. Selama ini saya berbuat baik terhadap kamu memandangkan kamu anak yatim piatu, saya juga anak yatim dan di fikiran saya kamu menjaga anak saya dengan baik hakikatnya adalah sebaliknya.Semoga apa yang berlaku memberi pengajaran kepada diri kamu sendiri.Apapun semoga mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.
Untuk keluarga,rakan terdekat, boss dan rakan sekerja, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi buat kami.Jutaan terima kasih jugak kepada pihak PDRM pihak Hospital Putrajaya dan semua pihak yang terlibat kerana menjalankan kerja secara professional dan efisien.
Untuk makluman pada 28/11/2018 pihak pendakwa raya telah mendakwa suspek . Dia dibenarkan ikat jamin sebanyak rm20,000 dengan seorang penjamin tetapi dia merayu mohon dikurangkan kerana kakaknya hanya bekerja sebagai penjual pisang goreng.(Selama ini dia memberitahu saya kakaknya bekerja sebagai admin di UKM ).Hakim memutuskan ikat jamin diturunkan kepada rm10,000 dengan seorang penjamin. Pada waktu dan saat ini saya tidak pasti samada dia sudah dijamin atau tidak.
Kes akan dibicarakan pada 8 Januari 2019 kerana tertuduh “mengaku tidak bersalah
Untuk makluman juga waktu saya menulis ini anak saya berada dalam keadaan sihat cuma mengalami trauma,”traumatised cry” setiap kali terjaga dari tidur dan apabila melihat orang asing.Isu sudah berapa lama kejadian ini berlaku di taska, wallahuallam, ia adalah di luar batas pemikiran kita.Rakaman CCTV pula hanya disimpan selama seminggu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Syukur &Terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati-hati kami untuk bertindak lebih awal sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku.
p/s : mohon dipanjangkan mesej ini walau satu ayat. Tolong viralkan supaya kejadian ini harapnya tidak berulang.’Potential’ pendera/murderer ada di mana-mana
Dr CS Adam Rayqal’s Mommy Hospital Putrajaya 29 November 2018
Justice for adam ,arash, fatimah dan Khadijah
Saya buka kepada sebarang komen,pendapat juga nasihat guaman.
Tiap kali hujung minggu pasti kita bawa anak-anak bermain di taman supaya mereka dapat bermain dengan bebas.
Bila berada di taman, anak-anak pasti tergoda melihat aksi kanak-kanak lain bermain ‘giant bubble’ atau belon buih gergasi yang bertebaran di taman.
Sesekali bolehlah ditunaikan permintaan anak-anak untuk bermain ,tapi bila setiap minggu, mahu senak juga mak ayah hendak tunaikan. Kos untuk bermain belon buih gergasi ini juga agak mahal sekitar RM10 dan ke atas untuk beberapa tempoh.
Pening kepala nak elakkan anak-anak mengamuk, apa kata ibu cuba buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebab cara nak buatnya hanya guna tiga bahan sahaja. Murah!
Malah boleh main berkali-kali. Bawa saja ke taman dan anak-anak boleh bermain dengan bebas. Jom cuba!
Bahan-Bahan:
1 botol pencuci pinggan mangkuk
4 sudu tepung ubi
1.5 liter air
Chopstik
Dawai halus
Tali
Caranya:
1. Bancuh pencuci pinggan, tepung ubi dan air hingga sebati.
2. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
3. Bentukkan dawai halus membentuk bulat dan ikatkan pada hujung chopstick, menggunakan tali.
4. Sedia untuk bermain!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.