Genaplah sudah empat tahun usia Siti Aafiyah, anak sulung kepada penyanyi nombor satu Negara. Cahaya mata yang dinanti-nantikan sekian lamanya oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Jiwa 11 tahun lamanya.
Menerusi akaun Instagram Siti yang mesra disapa Tokti, dikongsikan satu video yang memaparkan kejutan hari lahir untuk si cilik ini. Keluarga bahagia ini kini sedang bercuti di Genting hotel.
Justeru, Kesempatan tersebut diambil untuk meraikan Aafiyah dengan bantuan beberapa orang pekerja dari hotel tersebut.
Pada awal video, kelihatan Aafiyah membukakan pintu dan beberapa pekerja hotel masuk dengan membawa bersama sebiji kek hari jadi.
Reaksi anak sulung Tokti ini nampak gembira dan teruja jelas terpancar di wajahnya walaupun nampak malu-malu.
Ads
Kapsyen Dato’ Siti juga menarik perhatian peminat. Benar Aafiyah lahir atas doa dan kesabaran Dato’ Siti menanti zuriat sendiri.
Penantian yang cukup lama dan Dato’ Siti turut mendoakan agar anaknya ini menjadi hamba Allah yang hebat dan berbudi pekerti yang tinggi.
Ads
Alhamdullillah..
“Aafiyah lahir daripada doa yang tak pernah putus,keimanan dan kesabaran yang tinggi,kecintaan ayah ibu yang suci.
Ads
“Membesarlah Anakku menjadi hamba Allah swt yang hebat imannya, Di sayangi seluruh Makhluk Allah di langit serta bumi, berbakti serta berbudi pekerti yg tinggi.
Kerajaan Negeri 1Terengganu akan menyalurkan Bantuan Khas Tunai RM10,000 kepada setiap keluarga yang kehilangan ahli keluarga disebabkan banjir sebagai tanda simpati terhadap kejadian yang berlaku.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri turut menyalurkan Bantuan Khas Tunai RM 1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar sebagai mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.
“Bantuan lain seperti pembaikan rumah yang rosak, pembinaan semula rumah yang musnah dan lain-lain kerosakan infrastruktur akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri setelah mendapat maklumat penuh penilaiannya,” katanya Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini selepas taklimat pengurusan banjir di Pejabat Daerah Kemaman baru-baru ini.
Ahmad Samsuri sebelum itu meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Binjai Kemaman.
Katanya, kerajaan negeri turut mengalu-alukan mana-mana syarikat yang beroperasi di negeri ini atau di luar negeri Terengganu yang ingin memberi sumbangan supaya menyalurkannya menerusi Tabung Darul Iman.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana menghulurkan bantuan segera RM50 juta, selain kerajaan negeri Selangor sebanyak RM500,000, Pahang (RM150,000) dan Kedah (RM200,000).
Sementara itu dalam sidang media yang turut disiarkan menerusi Facebooknya itu, Ahmad Samsuri menyifatkan banjir yang dialami oleh Terengganu kali ini agak luar biasa sehingga menjejaskan persiapan yang dilakukan kerajaan negeri sebelum ini.
“Kita berdepan dengan cabaran yang agak luar biasa kali ini berikutan cuaca yang agak ekstrem yang tidak pernah dihadapi dalam sejarah negeri Terengganu.
Hujan lebat telah menyumbang kepada keadaan banjir yang luar biasa ini dan kita mengakui di sana sini ada kelemahan walaupun kita telah bersedia.
“Perbincangan dan mesyuarat untuk menghadapi banjir ini telah dilakukan secara berkala lebih awal sebelum ini, tetapi cuaca yang ekstrem telah mengatasi perancangan kita sehingga ada tempat-tempat tertentu tidak mampu dicapai oleh aset yang ada,” katanya.
Keadaan itu katanya menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memohon bantuan daripada pihak luar termasuk pihak swasta untuk membantu memindahkan mangsa banjir.
Beliau turut mengakui ada mangsa banjir yang lewat menerima bantuan makanan dan keadaan itu terjadi apabila premis yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) turut dinaiki air dan mereka terpaksa dipindahkan ke tempat lain.
“Jadi ini memberikan satu cabaran besar kepada seluruh agensi yang terlibat menguruskan banjir kali ini.
“Sehubungan itu segala kekurangan daripada kelemahan itu sekiranya datang daripada pihak kerajaan, saya ambil kesempatan memohon berbanyak maaf dan akan cuba memperbaiki pada masa akan datang,” katanya.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cara saya jaga newborn. Semua petua orang tua-tua saya langgar. Sebab tu saya tak boleh berpantang di kampung, hehehe… Dari anak sulung sampailah anak kesepuluh ni, saya memang koboi aje jaga baby.
Takde mitten, takde bootie, takde barut, takde bedung. Cuma saya selimutkan sahaja kalau baby sejuk. Mitten, bootie, barut dan bedung tu saya pakaikan kat baby kalau nak keluar rumah aje. Sekadar nak berlakon depan orang, sebab malas nak bersoal jawab.
From day one, baby digalakkan explore dunia. Baby bebas gerakkan tangan dan kaki. Hisaplah jari tu, cakarlah muka tu, no hal. Kaki belajar tendang dan tolak. Berlatih angkat kepala macam kura-kura. Cuba pusing badan kiri kanan.
Nak tidurkan baby, saya tepuk-tepuk aje. Takde buai, takde swing, takde rocking chair, semua tu tak pernah ada di rumah saya. And strictly no pacifier! Ada sebab kenapa puting tu dipanggil “dummy”. Tak gamak saya nak tipu baby sendiri, tak sanggup nak ajar baby bertenang dengan puting kosong.
Saya juga tak ajar berdukung bagai. Letak aje baby atas tilam, pandai-pandailah dia tidur sendiri. Saya cuma selawat, zikir dan nyanyi dari jauh aje. Supaya baby tak rasa takut keseorangan, dia boleh dengar suara orang kat sebelah dia.
Saya selalu bercakap dengan baby. Kalau baby meragam, membebel aje bagi nasihat kat dia. Anggap saja baby boleh faham, hahaha…
Ramai orang heran, anak-anak saya sangat mudah dijaga, dari baby sampai ke besar. Anak-anak saya tak reti meragam, tak reti tantrum, tak banyak songeh, senang suruh tidur, takde menangis tak tentu pasal dan sangat jarang sakit.
Saya percaya bahawa setiap insan belajar sejak hari pertama dilahirkan. So dari hari pertama lagi kita dah kena start ajar baby.
Ramai ibu bapa terlalu manjakan newborn sebab katanya nak wujudkan bonding dengan baby. Saya percaya proses bonding tak semestinya bermaksud overly attached. Baby perlu diajar berdikari, but at the same time dia tahu yang ibunya ada di sisi.
Ibu ayah mana yang tidak bimbang apabila anak perempuan semakin meningkat dewasa. Tidak lama lagi bakal mempunyai suami.
Justeru dalam tempoh itu, ibu ayah terutamanya si ayah perlu menjadi role model terbaik buat anak perempuan.
Layanan baik seorang ayah kepada anak perempuan akan menjadi rujukan kepadanya bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki.
Sebagaimana perkongsian DrRizal Abu Bakar mengenai peranan seorang ayah untuk mendedahkan anak perempuan mengenai layanan baik yang seharusnya dilakukan oleh seorang lelaki agar anak tidak tersalah pilih sebagai teman hidup.
Ikuti perkongsian beliau.
Ayah kena rapat dengan anak perempuan. Penting untuknjadi role model. Sebab tulah saya selalu temankan Maryam.
Anak perempuan perlu tahu bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayahlah yang akan letakkan standard itu.
Dalam konteks ini sayalah yang cipta standard itu untuk Maryam.
In future, kalau si anak berkawan dengan lelaki dia akan tahu lelaki itu baik atau tidak. Dia dah ada point of reference. Dia dapat buat keputusan yang baik.
Lisa Nichols pernah ceritakan perkara yang sama. Masa umur dia 13 tahun ayah dia bawa dia keluar. Dia pakai dress ala princess. Happy sangat dia waktu itu.
Bila masuk kereta si ayah tolong bukakan pintu. Begitu juga keluar dari kereta. Sama juga ketika nak duduk. Si ayah akan tarik kerusi.
Ketika pulang ke rumah si ayah bukakan pintu untuk Lisa. Tetapi saat Lisa mahu masuk ke rumah, ayahnya pegang bahu Lisa. Dia berhenti. Pandang wajah ayahnya.
Ayah si Lisa sebut “ Lisa apa yang ayah tunjukkan pada kamu adalah cara bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayah dah tunjukkan caranya. Kamu merasainya. Tugas kamu pada masa hadapan untuk pilih lelaki yang betul. Terserah pada kamu bagaimana kamu memilihnya. Waktu itu ayah tidak ada suara lagi,”
Lisa angguk. Mungkin tanda faham. Apa yang si ayah buat sangat luar biasa. Dia berikan pengalaman berharga buat Lisa. Dia rasa bagaimana dirinya dihargai. Bagaimana sepatutnya dia dilayan.
Saya tidak sampai peringkat seperti ayah Lisa Nichols. Budaya mereka berbeza. Budaya kita lain pula caranya.
Saya guna bahasa. Gunakan nada suara. Gunakan bahasa badan untuk letakkan standard itu. Masukkan cara fikir yang berbeza.
Kalau si ayah tidak rapat dengan anak perempuan, lelaki lainlah yang akan jadi point of reference. Pada waktu itu, apa sahaja dilakukan oleh si lelaki , itulah dianggap sebagai standard.
Jangan tersalah pilih lelaki
Kalau lelaki itu kaki pukul dan kaki herdik, si anak perempuan akan anggap begitulah caranya perempuan dilayan. Mereka terima keadaan itu. Walaupun itu tidak benar.
Mereka akan terperangkap. Menderita. Dilayan sebagai hamba.
Saya pernah buat clinical work di rumah remaja mengandung luar nikah. Ada beberapa rumah yang sempat saya kunjungi.
Saya dapati ada satu perkara yang sangat konsisten pada remaja remaja ini. Mereka tidak ada role model lelaki di rumah.
Di atas sebab kekosongan ini, mereka cari kasih pada lelaki lain. Malangnya mereka tertipu.
Pada ayah ayah yang ada ada perempuan, pastikan anda rapat dengan anak. Jadikan diri anda sebagai point of reference. Biar anda jadi model terbaik untuk dia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.