“Lahir Daripada Doa Tak Pernah Putus, Sabar Menanti Zuriat Sendiri.” Sempena Hari Lahir Aafiyah, Ucapan Tokti Menyentuh Hati!

Share

Genaplah sudah empat tahun usia Siti Aafiyah, anak sulung kepada penyanyi nombor satu Negara. Cahaya mata yang dinanti-nantikan sekian lamanya oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Jiwa 11 tahun lamanya.

Menerusi akaun Instagram Siti yang mesra disapa Tokti, dikongsikan satu video yang memaparkan kejutan hari lahir untuk si cilik ini. Keluarga bahagia ini kini sedang bercuti di Genting hotel.

Justeru, Kesempatan tersebut diambil untuk meraikan Aafiyah dengan bantuan beberapa orang pekerja dari hotel tersebut.

Pada awal video, kelihatan Aafiyah membukakan pintu dan beberapa pekerja hotel masuk dengan membawa bersama sebiji kek hari jadi.

Reaksi anak sulung Tokti ini nampak gembira dan teruja jelas terpancar di wajahnya walaupun nampak malu-malu.

Kapsyen Dato’ Siti juga menarik perhatian peminat. Benar Aafiyah lahir atas doa dan kesabaran Dato’ Siti menanti zuriat sendiri.

Penantian yang cukup lama dan Dato’ Siti turut mendoakan agar anaknya ini menjadi hamba Allah yang hebat dan berbudi pekerti yang tinggi.

Alhamdullillah..

“Aafiyah lahir daripada doa yang tak pernah putus,keimanan dan kesabaran yang tinggi,kecintaan ayah ibu yang suci.

“Membesarlah Anakku menjadi hamba Allah swt yang hebat imannya, Di sayangi seluruh Makhluk Allah di langit serta bumi, berbakti serta berbudi pekerti yg tinggi.

“Ayah dan ibu sentiasa disisi mendidik dan mengajarmu … Sannah helwah anakku sayang .. #aafiyahturns4

IKLAN