“Lain Macam Sakit… Sampai Hospital Dah 9 Cm.” Wawa Zainal & Aeril Zafril Timang Anak Keempat. Tahniah!

Share

Baru dikongsikan kisah nya dimasukkan ke hospital oleh sang suami, Wawa Zainal akhirnya selamat melahirkan bayi keempatnya petang tadi.

Berita gembira itu dimuatnaik Wawa sendiri menerusi laman Instagram miliknya beserta sekeping foto bersama suami, Aeril Zafrel dan bayi mereka di atas katil hospital.

Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2am menahan sakit.. tak sampai hati nak kejut Aeril.. tunggu la sampai 5 pagi.. sampai2 hospital dah 9cm 😅

“Lain macam sakit dia walaupun anak ke4 dah. Nama belum ada, ada cadangan ke?😆 ,” tulis pelakon berusia 30 tahun itu.Menerusi perkongsian suaminya yang juga pelakon, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut berkongsi foto bersama bayi berkenaan selain mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

 

IKLAN