Baru dikongsikan kisah nya dimasukkan ke hospital oleh sang suami, Wawa Zainal akhirnya selamat melahirkan bayi keempatnya petang tadi.
Berita gembira itu dimuatnaik Wawa sendiri menerusi laman Instagram miliknya beserta sekeping foto bersama suami, Aeril Zafrel dan bayi mereka di atas katil hospital.
“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2am menahan sakit.. tak sampai hati nak kejut Aeril.. tunggu la sampai 5 pagi.. sampai2 hospital dah 9cm 😅“Lain macam sakit dia walaupun anak ke4 dah. Nama belum ada, ada cadangan ke?😆 ,” tulis pelakon berusia 30 tahun itu.Menerusi perkongsian suaminya yang juga pelakon, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut berkongsi foto bersama bayi berkenaan selain mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.
Selalunya ketika bersihkan udang kita akan terus membuang kulit dan kepalanya. Jangan terus dibuang dahulu kerana kalau nak tahu, inilah rahsia menyedapkan beberapa menu berkuah.
Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, pakar masakan Melayu, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.
CARA HASILKAN STOK UDANG
1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.
2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.
3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.
4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.
Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.
Caranya:
2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Munguruskan kerja kahwin untuk anak yang bakal mendirikan rumah tangga, memang bukan kerja mudah. Apatah lagi andai ini majlis kahwin pertama kalinya diadakan dalam keluarga kita.
Tentu banyak benda perlu diurus, dan itu bermakna banyak juga kos yang perlu ditanggung oleh keluarga pengantin.
Dari sebesar-besar perancangan seperti menentukan jumlah tetamu, pilihan menu dan hinggalah dalam hal dulang hantaran sekali pun perlu difikirkan dan dipastikan berapa bajetnya.
Menyedari hal itu, apa kata bakal mak pengantin menyediakan sendiri gubahan dulang hantaran untuk anak tercinta.
Menurut perkongsian daripada Nauf Safuan, setiap dulang hanya bermodalkan RM 19 sahaja, namun nampak begitu mewah dan bergaya.
GUBAHAN HANTARAN BAJET RM19 SEDULANG
Untuk gubahan kali ni sangat sangat mudah dan murah. Sebab pengantin yang request nak bunga macam ni. Aku gubahkan jer.
1st aku guna bunga baby breath. 1 Jambak bunga ni RM30 boleh gubah 2 dulang hantaran kalau gubahan jenis bunga penuh. Kalau buh sikit sikit boleh buat 3-4 dulang.
Aku beli bunga ni kat Petal Floral Puchong. Korang boleh google Petal Floral ni ada beberapa cawangan. Jadi boleh beli kat sana.
2nd aku guna bunga kekwa atau spesis chrysanthemum. 1 batang RM1.50 jer. Untuk 7 dulang aku pakai 6 batang bunga.
Untuk gubah bunga hidup ni.Aku guna span basah. Span basah berbeza dengan span kering. Span kering tak menyerap air. Span basah menyerap air. Kenapa kena guna span basah? Supaya bunga tu boleh hidup. Kalau tak layu bunga tu nanti.
Sebelum gubah. Rendam span basah tu dalam 30minit. Lepas tu sebelum gubah. untuk elak dulang basah. Atau barang hantaran basah. Elok balut atau lapik span tu dengan plastik atau aluminium foil. Lepas tu baru start gubah.
Kadang-kadang pelik juga bila kita dengar anak mengadu bosan kepada kita, sedangkan zaman kanak-kanak seharusnya adalah zaman yang begitu menyeronokkan sepertimana yabg kita pernah lalui semasa kecil.
Setiap masa ada sahaja perkara yang meriangkan akan kita lakukan bersama keluarga dan kawan-kawan. Malah kita tidak tahu makna bosan ketika itu.
Berbeza anak zaman sekarang, selalu mengadu kebosanan! Jadi apa perlu kita sebagai ibu ayah lakukan?
Nak tahu cara penyelesaiannya, ikuti perkongsian daripada Dr Rozanizam Zakaria ini.
BIAR ANAK-ANAK BOSAN? TIPS NO. 7 PALING PENTING!
1. Bila anak-anak mengadu bosan, ramai ibu bapa yang akan panik dan cepat-cepat beri penyelesaian kepada masalah anak yang bosan. Maka macam-macam mainan dibeli, gajet diberi sebagai pengisi masa atau terus mengarahkan anak berbuat itu dan ini.
2. Sebenarnya bukan penyelesaian segera sebegitu yang kita perlukan. Sifat panik dan kemudian beralah dengan memberi penyelesaian langsung kepada anak sebenarnya hanya memuaskan ego kita sebagai ibu bapa. Mungkin sebab kita kurang beri perhatian kepada anak-anak secara peribadi, kita terus bertindakbalas dengan anak – selalunya didorong rasa bersalah (damage control).
3. Menghadapi kebosanan adalah satu kemahiran yang penting dalam perkembangan anak-anak! Cara mereka menghadapi kebosanan akan membentuk kemampuan mereka untuk meneroka imaginasi, membina keyakinan diri, ‘self assertion’ (kemampuan menguruskan keinginan sendiri), individuation, menguasai inisiatif sendiri (mengenalpasti masalah, meneroka segala kemungkinan dan mencuba penyelesaian yang difikirkan sendiri).
4. Bila anak mengadu bosan, jangan terus ‘react’ tetapi ‘reflect’ dulu. React – terus bagi penyelesaian. Reflect – guna teknik “Wait, Watch dan Wonder”
WAIT – beri anak-anak masa untuk merasa bosan. “Jangan terus bagi first hand solution”
WATCH – perhati bagaimana dia menguruskan perasaannya sendiri. Duduk di sisinya dan mendengar pun suatu langkah besar dalam mendidik mereka menguasai kemahiran ini. Setiap minit dia bertahan dengan perasaan ‘bosan’ tanpa menangis atau merengek sebenarnya adalah ‘learning period’ untuknya.
WONDER – bantu dia mengenalpasti perasaan tersebut dan beri dia ruang meneroka penyelesaian. Tunjukkan hint jika perlu tetapi jangan beri jawapan.
“Adik rasa bosan macam mana?””Abi pun kadang-kadang rasa bosan..tak tahu nak buat apa?
Fahami apa erti bosan pada mereka – mungkin kebosanan itu bukan sebab tidak ada apa yang hendak dimain tetapi hendakkan perhatian kita/ hendakkan rakan sepermainan.
5. Ransang pemikirannya untuk cari penyelesaian sendiri.
“Kalau papa bosan, Adik rasa apa Abi boleh buat?”
“cuba tengok sekeliling, apa yang adik rasa adik boleh buat”
“jom kita pusing keliling rumah, tengok kalau-kalau ada ubat untuk bosan, kalau ada, Adik ambil 2 sebab Abi pun nak guna kalau Abi bosa nanti”
“cuba Abi geletek kaki Adik, selalunya nanti akan keluar idea..”
6. Gunakan kreativiti anda untuk meransang kreativiti mereka. Barulah sel-sel otak mereka berhubung!
7. Nak didik anak mampu menguasai kebosanan, kita juga perlu ada kemahiran itu. Kalau kita 24jam isi masa lapang dengan telefon, gajet, televisyen (sebab kita sendiri tak tahan bosan), jangan harap anak-anak boleh handle. Itu masalah genetik namanya!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.