Siapa tak teruja untuk menyambut Aidilfitri dengan insan tersayang? Lebih-lebih lagi jika keluarga dihuni oleh anak-anak kecil yang sentiasa meriuhkan suasana dengan kemanjaan mereka.
Kerana itulah juga, ramai yang sanggup menghadap kesesakan berjam-jam lamanya untuk memastikan dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta.
Mungkin inilah perasaan yang dirasai oleh sepasang warga emas apabila mereka sanggup berjalan kaki berpuluh kilometer jauhnya hanya untuk berjumpa dengan cucu.
Mereka telah ditemui oleh polis peronda di lebuhraya Cisumdawu, di Jawa Barat, Indonesia, pada Rabu.
Selepas disoal polis, pasangan warga emas itu mengaku hedak ke Rancakalong untuk bertemu dengan anak dan cucu mereka.
Ads
Menerusi keterangan video, mereka meluahkan kerinduan terhadap cucu dan sanggup berjalan kaki dari rumah di Jatihurip, Sumedang Utara.
Pasangan itu memilih berjalan kaki di tepi lebuh raya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar tambang.
Polis Sumedang mengarahkan kedua-duanya berehat dan kemudian membawa mereka ke hentian pengangkutan awam.
Ads
Menurut kenyataan pasangan itu lagi, mereka sebenarnya telah berkumpul sekkeluarga.
“Difahamkan, kedua-dua warga emas itu mengalami hilang ingatan,” tulisnya.
Ads
Malah, keluarganya juga telah menziarah pasangan itu pada Hari Raya namun beberapa hari kemudian, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk ke rumah anak dan cucu di Rancakalong.
Dilahirkan tidak cukup bulan dengan hanya seberat 2.4 kilogram, namun kini anak pelakon Dayana Roza, si comel Astrid Raheeya membesar dengan sihat.
Setiap kali gambar si kecil ini dikongsikan di media sosial, ramai yang mengakui geram melihat lengannya yang berketul- ketul ditambah dengan wajah comelnya membuatkan ramai yang geram.
Terbaru, pelakon Zulin Aziz berkongsi satu video ketika bertemu anak Dayana baru-baru ini. Menerusi video tersebut, Zulin sedang meribakan Astrid. Perkongsian video oleh Zulin itu telah mencuri perhatian ramai.
Selain itu, Dayana turut membuat akaun Instagram khas untuk anaknya Itu. Di dalamnya dikongsikan gambar serta video gelagat si kecil ini.
Antara yang mengundang perhatian adalah video gelagat si kecil ini yang berada dalam car seat sedang ketawa apabila diusik. Bukan sahaja comel, rupanya Astrid mudah terhibur dan sangat periang. Comel, gebu dan tembam. Terasa macam nak gigit kan.
Dayana Dalam perkongsian bersama Media Hiburan sebelum ini mengakui ada mengamalkan pengambilan minuman susu kambing selain makanan tambahan lain demi kebaikan ibu dan anak.
“Malah hingga sekarang saya terus amalkan rutin minum susu kambing dan makanan tambahan lain.
Lagipun saya menyusu badan dan perlu banyak tenaga serta khasiat untuk diri sendiri serta anak,” katanya yang turut berkongsi perihal makna di balik nama ‘baby girl’.
“Astrid itu kalau dicari maksudnya di internet membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.
“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tapi saya ubah ejaannya jadi Raheeya dan membawa maksud seperti setia serta penyayang,” katanya.
Beberapa tahun yang lalu, seorang wanita bernama Puan Nor Huzaimah Herman Emma telah mengambil keputusan untuk membantu seorang wanita bernama Leha selepas membaca hantaran wanita berkenaan di group Facebook.
Atas rasa simpati, Puan Nor Huzaimah Herman Emma telah mengambil keputusan untuk membantu wanita tersebut yang dikatakan telah dihalau rumah oleh ibu angkatnya dan memerlukan khidmat pengasuh untuk menjaga 2 orang anaknya selama 3 ke 4 bulan.
Setelah berbincang dengan suami, akhirnya Puan Huzaimah mendapat persetujuan menjaga anak Leha walaupun mereka sendiri cuma hidup sederhana di sebuah flat PPRT. Dengan upah bayaran RM375 sebulan termasuklah kos makan minum, tempat tinggal, susu dan lampin pakai buang, bermulalah perjalanannya menjadi pengasuh.
Bekalan lampin yang diberi Leha hanya memadai untuk beberapa hari saja. Tidak berkira langsung, Puan Huzaimah membelikan barangan keperluan baru untuk Kakak dan Adik.
Hasil pemeriksaan surat beranak tanpa nama bapa mendapati 2 beradik ini rupanya anak tak sah taraf.
Mereka turut menjumpai kesan lebam di paha dan perut si Kakak. Walaupun Puan Huzaimah selalu memberitahu perkembangan terkini tentang masalah kesihatan anaknya itu, namun Leha seakan tidak ambil serius.
Suatu hari ketika sedang membersihkan si Adik yang membuang air besar, tiba-tiba terdengar suara Kakak menjerit kuat. Puan Huzaimah segera berlari ke depan, rupanya budak itu dihempap basikal sehingga lebam di kening dan dahi. Tiada kecederaan serius dan terus memantau di rumah, wanita ini tidak membawa ke klinik kerana sebelum ini dia banyak kali ekoran bukan waris kandung Kakak.
Selang beberapa hari ketika sedang minum susu, kakak tiba-tiba terkena sawan dan kekejangan. Setelah dibawa ke pusat rawatan, Puan Huzaimah dan suami tidak dibenarkan menjengah Kakak. Hanya Leha selaku ibu kandung sahaja yang boleh melawat. Keadaan Kakak waktu itu agak turun naik selama 5 hari.
Dunia saya seakan gelap apabila menerima perkhabaran Kakak pergi selamanya. Kehilangan Kakak cukup ditangisi oleh Puan Huzaimah kerana si kecil itu sudah dianggap seperti anak sendiri. Memandangkan kejadian berlaku di rumah tanpa saksi, post mortem dijalankan dan disahkan punca pemergian Kakak adalah disebabkan hentakan basikal ke kepala.
Sekelip mata nasib berubah, Puan Huzaimah disabitkan bersalah dan berdepan hukuman penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Hampir menemui titik buntu, namun Puan Huzaimah memanjatkan rasa syukur kerana berjaya mengumpul RM10,000 sebagai wang ikat jamin hasil kutipan derma rakyat Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelibat figura ini dalam industri fesyen sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini membuktikan usaha gigihnya mampu membuahkan hasil sekali gus menjadi inspirasi buat mereka yang bergelar usahawan.
Dinamik, komited, bijak serta kreatif adalah antara keistimewaan yang dmiliki oleh Datuk Jovian Mandagie yang merupakan usahawan dan pereka fesyen ternama di Malaysia. Beliau adalah menantu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta suami kepada usahawan dan sosialit, Datin Nina Sabri Ismail Sabri. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Jeanelle Nika Mandagie yang dilahirkan pada 1 November 2017.
Saat pertama kali bersua muka ketika sesi fotografi yang berlangsung di Hotel Bangi Resort, penulis dapat merasakan aura positif yang dibawa olehnya.
Bicara tegas dan penuh informatif serta kekeluargaan membuatkan sesiapa sahaja terinspirasi caranya.
Jovian sungguh bertuah kerana bukan hanya memilik segalanya bahkan sebuah keluarga yang bahagia sepertimana yang diimpikan oleh setiap pasangan suami isteri. Usia perkahwinan bersama isteri tersayang kini sudah mencecah tujuh tahun.
“Kehidupan keluarga kami simple sahaja. Biasanya selepas solat saya akan tunggu Jeanelle bangun pagi. Saya suka momen waktu ini apabila dapat lihat gelagat Jeanelle yang manja dan suka bercakap Ketika baru bangun tidur. “Kemudian kami akan bersarapan bersama satu keluarga. Biasanya isteri saya akan sediakan sarapan pagi sebelum saya hantar Jeanelle ke tadika, Peterana Kindergarten milik isteri saya. “Sebenarnya Jeanelle ni sudah ke tadika pada usia setahun tiga bulan sehingga sekarang. Memang suka ke tadika, ada ramai kawan-kawan,” ujar pereka fesyen popular negara.
Dalam pada itu, walaupun sibuk dengan urusan sebagai usahawan pada masa yang sama pereka fesyen, Jovian tetap menjadikan keluarga sebagai keutamaan dalam hidupnya.
Lantaran itu, memastikan dapat menikmati makan malam bersama keluarga setiap malam.
“Setiap hari rutin saya memang sibuk bermula jam tujuh pagi hingga lapan malam. Namun saya akan pastikan dapat dinner bersama keluarga sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu. Pernah saya tundakan meeting lepas dinner demi memastikan masa ada untuk keluarga.”
Namun katanya lagi, hanya mempunyai masa satu jam sahaja untuk bermain aktiviti dengan anak kesayangannya sebelum tiba waktu tidur.
“Sebelum tidur saya akan bacakan ‘bed time story’. Dulu, suka kisah binatang sehingga menyukai ‘octopus’ dan ‘lion’. Sekarang pula suka kisah ‘princess dan ‘fary tale’. “Jeanelle tidur di bilik sendiri sejak bayi lagi. Ia supaya mudah untuk anak kami biasakan diri sejak kecil. Saya dan isteri selalu ‘travel’. Jadi cara ini dapat mendidik Jeanelle lebih berdikari jika nanti kami berdua tiada di rumah,” ujarnya mengenai keluarga bahagianya.
Bonding & Bercuti Dengan Mertua
Sebagai menantu kepada anak sulung Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Jovian tidak keberatan berkongsi bonding dengan bapa mertuanya itu yang berdepan tugas berat untuk negara serta pandemik Covid-19.
“Sebenarnya beliau adalah seorang family type of father. Dia tidak pernah lupa ‘keep in touch’ dengan kami dan ahli keluarga yang lain. Dalam grup family memang setiap hari akan bertanya khabar dan hal kekeluargaan lain. Jika hujung minggu sabtu atau ahad akan makan malam bersama kami. Jika tidak sempat, beliau akan datang ke rumah. Beliau memang rapat dengan Jeanelle yang merupakan satu-satunya cucu. Masih ingat lagi, ketika PKP, beliau amat sibuk. facetime sebagai pengubat rindu,” jelasnya lagi.
Menyentuh mengenai masa cuti-cuti bersama keluarga, Jovian mengakui mudah mencari keserasian dengan mertuanya segala urusan percutian diserahkan kepada isterinya yang merupakan anak sulungnya.
“Setiap tahun kami sekeluarga pergi bercuti. Biasanya isteri saya akan buat keputusan untuk pergi bercuti di mana dan aktiviti termasuk menyusun iternari. Lagi pun isteri, anak sulung. Konsep ikut ‘kakak’.”
Namun, tetap ada perbincangan untuk makan di mana dan aktiviti yang dilakukan. Menurut isteri, ibu bapanya tidak cerewat hal percutian asalkan dapat meluangkan masa bersama keluarga.
“Juga sebelum PKP, alhamdulillah kami satu keluarga sempat pergi umrah selama 10 hari. Ia merupakan trip yang sangat indah buat kami,” ujarnya melahirkan rasa syukur dapat membawa anaknya buat pertama kali ketika mengerjakan umrah.
Bidang politik dan perniagaan
Penulis mengusik beliau dan bertanyakan bakal mengikut jejak mertuanya menceburi bidang politik. Jawapan yang diberikan cukup mengejutkan bahawa tidak mempunyai impian sebegitu dalam sanubarinya. Sebaliknya dinamik untuk terus mengorak langkah dalam dunia perniagaannya.
“Taklah. Saya suka bisnes. Passion saya! Diawal pembabitan, saya terlibat dalam bisnes untuk menjadi pereka fesyen. Lima tahun pertama, saya fokus mencari kain dan ‘design’ tetapi apabila perniagaan semakin berkembang, pembantu-pembantu saya turut menguruskan hal kreativiti. “Sekarang saya fokus kepada pemasaran dan meningkatan pembangunan produk seperti membuka kedai, restoran, kedai gunting rambut dan makanan. Dengan ini, jelas bahawa passion saya kini bukan sahaja dalam bidang fesyen tetapi ke arah bidang perniagaan. J Tambahan pula, tidak boleh menjadi ahli politik dan ahli perniagaan pada masa ysang sama,” ujar Jovian.
Lokasi Bercuti
Menyentuh mengenai percutian pasangan ‘sweet’ ini, Jovian mengakui bahawa dirinya dan isteri suka melancong disebabkan gemar mencuba pelbagai jenis makanan.
“Kami memang suka melancong disebabkan makanannya. Kami boleh mencuba makanan di restoran baru. Dua lokasi percutian yang kami suka adalah London dan Barli. Selain mencuba makanan baru, isteri suka Bali disebabkan pantainya yang indah,” ujarnya. Dalam pada itu, dalam tempoh pandemik ini, pasangan bahagia ini juga turut pergi bercuti bersama anak. Namun tetap mengamalkan SOP yang ditetapkan serta mengamalkan langkah berjaga-jaga semasa bercuti dalam negara. “Sekarang ini kita boleh bercuti dalam negara. Terokai tempat-tempat dalam negara yang kita tak tahu. Ambil peluang cuti-cuti Malaysia untuk menyokong bisnes pelancong di Malaysia. Siapa lagi jika bukan kita yang menyokong industri ini. “Seperti kami, lepas PKP, percutian pertama kami adalah ke Langkawi dengan membawa Jeanelle. Memanglah risau terutama ketika di lapangan terbang. Cuma kami kena lebih berhati-hati. Contohnya akan menyembur sanitizer di kerusi untuk ‘double’ sanitizer dan tidak sentuh sebarangan. Begitu juga dengan penginapan, memilih hotel yang melakukan sanitizer,” jelasnya.
Mendidik Anak
Dalam pada itu, Jovian mengakui sebagai suami, ciri-ciri keibuan yang dimiliki oleh Nina amat penting untuk mendidik Jeanelle dengan lebih baik.
“Isteri saya sendiri membuka tadika sebelum kelahiran Jeanelle. “Apabila saya melihat cara isteri mengendalikan tadika, saya dapatkan rasakan dia akan menjadi ibu yang baik. Semua ini, membuatkan saya yakin bahawa datin akan menjadi seorang yang baik dan penyabar.”
Sempat ditanya mengenai keluarga besar, sambil ketawa, Jovian melahirkan keinginan untuk memiliki anak empat orang anak.
“InsyaAllah, jika boleh berhasrat ingin memiliki empat orang anak tapi apabila melihat karenah Jeanelle, mungkin dua atau tiga.”
‘Date Night’ Merupakan puteri sulung Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri, mementingkan kualiti masa bersama keluarga terutama bersama suami. Didikan ke dua ibu bapanya tentang kepentingan ‘family first’ sejak kecil lagi, Nina punya cara tersendiri untuk memastikan rumahtangganya kekal ‘sweet’ sepanjang masa.
“Selalunya kami akan ‘date night’ sekurangnya dua kali seminggu. Kami akan pastikan hari ahad adalah waktu tidak bekerja. Lagipun saya sudah didik sejak kecil oleh ayah agar memastikan ada masa untuk keluarga walaupun sibuk dengan urusan kerja. “Begitu juga saya pesan kepada suami supaya letak ‘family first’. Jika ada bisnes trip pastikan tidak menganggu hari ahad. ‘Lunch Sunday’ adalah untuk kami berdua. Jika pergi bercuti kami akan bawa Jeanelle dan ada juga hanya kami berdua untuk ‘me time’ bersama,” ujarnya sambil tersenyum manis.
Isteri Kekal Cantik
Memilik tubuh genit, sekali pandang seakan gadis remaja, memberikan kelebihan buat diri Nina. Namun begitu, bergelar seorang ibu menutut dirinya untuk sentiasa peka dengan penjagaan diri.
“Pada saya setiap wanita perlu menjaga penampilan diri walaupun hanya di rumah. Kena pastikan ada masa untuk diri sendiri. Tak perlu cantik tapi kelihatan ‘bersiap’. Kena ada daya usaha untuk kenakan sedikit solekan yang ringkas. “Pada masa yang sama, semua ini bergantung kepada suami. Supaya menyediakan masa untuk isteri mendapat rehat yang cukup. Semua ini perlu untuk membuatkan diri sendiri rasa lebih gembira dan sihat,” ujarnya dengan ramah.
Jovian juga merupakan hos untuk rancangan Pa & Ma Journey Bersama Jovianina. Jangan ketinggalan untuk siaran malam ini (7 Oktober) jam 9.00 malam untuk episod ke 7 di ASTRO RIA dan minggu depan pada hari yang sama di episod ke 8 (14 Oktober). Jom tengok malam ni.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Oktober
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Khairul Aming mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan kebocoran data peribadi, termasuk menghantar Letter of Demand kepada Maxis serta membuat laporan kepada MCMC dan polis.