‘Laksa Express’ Guna Sardin Tin, Petik Jari Je Dah Siap Masak!

Share

Waktu raya ni sana sini buat laksa. Dalam dok makan kat rumah orang, masih lagi rasa tak cukup! Nak makan lagi… Jadinya buat lah sendiri!

Nak buat yang macam biasa renyah, jadinya buatlah secara express begini, senang sangat nak buat.

Sesuai dibuat jika ada tetamu yang datang rumah secara ‘mengejut’ juga! Jom save resipi ni siap-siap, mudah bila nak masak nanti. Selamat mencuba!

CARA BUAT LAKSA EXPRESS GUNA SARDIN TIN

Bahan-bahan:

1 tin besar ikan sardin (saya guna mackerel)

Asam keping

3 sudu cili boh (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)

Daun kesum

Belacan (jika suka)

Sedikit sos ikan

Garam secukup rasa

Laksa basah

 

Cara-cara:

1. Lenyekkan ikan sardin bersama sosnya (guna blender pun boleh).

2. Tumis cili boh dan asam keping.

3. Masukkan ikan sardin yang sudah dilenyek tadi bersama daun kesum.

4. Sukat air menggunakan tin sardin, letak dalam 3 atau 4 tin sahaja jika nak kuah pekat.

5. Masak atas api perlahan selama 20 hingga 25 minit sebab nak bagi rasa asam keping. Kalau guna api sederhana, masak selama 5 minit sahaja.

6. Sedia untuk dihidangkan bersama telur rebus, potongan cili, bawang, timun dan limau kasturi.

Selamat mencuba!

IKLAN