Menikmati hidangan laksa Sarawak mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri dengan rasa lemak dan aroma berempah. Jika sebelum ini anda pernah menikmati dan amat menggemari rasanya, tentu teringin untuk mengetahui resipi dan mencuba sendiri untuk menyediakan menu istimewa ini untuk dinikmati seisi keluarga.

Jadi dikesempatan masa yang ada sepanjang PKP 3.0 ini bolehlah dicuba resipi Laksa Sarawak dengan menggunakan pes yang dibuat sendiri seperti mana  yang dikongsikan oleh Adnil Sam ini.

Alhamdulillah..Pertama kali mencuba masak Laksa Sarawak.. pes laksa & sambal udang kering buat awal-awal.. Memang sedap dan berbeza dari laksa-laksa yang lain.. Laksa-laksa lain pun sedap, tapi sedap segi lain.. Pada saya, semua menu ada sedapnya tersendiri yang perlu kita hargai keistimewaannya.. yang paling penting masaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang..

Laksa Sarawak Enak Rasa Berempah. Nak Buat Pes Sendiri Begini Resipi & Cara Penyediaannya!
Resepi Laksa Sarawak

Laksa Sarawak Enak Rasa Berempah. Nak Buat Pes Sendiri Begini Resipi & Cara Penyediaannya!
Bahan-bahan Untuk Pes Laksa:
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
7 tangkai cili kering- rendam air panas hingga lembut *
1/2 inci lengkuas* (potong kecil2)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 biji buah keras *
1 batang serai- hiris nipis*
1/2 inci belacan bakar*
4 sudu besar bijan – disangai
4 sudu besar kacang tanah – digoreng tanpa minyak & dibuang kulit
Minyak masak utk menumis
Gula,perasa dan garam secukup rasa

IKLAN

Cara Penyediaan Pes Laksa :
– kisar halus bahan2 yang bertanda*
– Sangai dahulu bijan dan kacang tanah hingga garing.. kemudian kisar halus menggunakan pengisar kering..
– satukan semua bahan2 dalam satu bekas dan gaul sebati…
– Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak dan cukup masak dgn api sederhana.. jangan lupa perasakan dengan garam, gula & perasa secukupnya..

Bahan-bahan untuk Kuah Laksa Sarawak:

Laksa Sarawak Enak Rasa Berempah. Nak Buat Pes Sendiri Begini Resipi & Cara Penyediaannya!
Pes laksa yang dah siap
500gm Isi ayam
300gm udang saiz sederhana ( cuci udang bersih-bersih dulu kemudian baru tanggalkan kepala dan kulitnya ye.. asingkan isi dan kulit ye…tapi jangan buang kepala & kulit tu..sebab nak guna untuk di rebus nanti)
1/2 bungkus mee hoon dicelur
1 batang serai
300gm pati santan pekat
3 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
1/2 biji bawang besar – potong kasar
2 rumpun akar daun ketumbar- diketuk
Air secukupnya

IKLAN

Cara-cara penyediaan kuah laksa:
– Sediakan periuk yang berisi air lebih kurang 800ml – 1liter.. berapa banyak air bergantung pada anda samada nak kuah pekat atau sederhana.. sebab air boleh juga ditambah kemudian ye jika nampak kuah terlalu pekat… masukkan serai, bawang besar & akar ketumbar.. masak hingga kuah mendidih..
– kemudian masukkan isi ayam.. masak hingga ayam empuk..dan angkat, toskan.. bila ayam dah hampir sejuk carik-carikkan isi ayam… ketepikan..
– Menggunakan air rebusan yang sama, rebus isi udang selama 4-5minit je..angkat toskan & ketepikan..
– seterusnya rebus kulit dan kepala udang tadi.. rebus dalam 15 minit… tutup api..dan tapiskan.. kulit-kulit dan kepala udang tu masukkan dalam blender, tambahkan sedikit air dan blend.. bila dah halus tapiskan air kisaran udang masuk semula kedalam periuk air rebusan tadi…
– hidupkan api semula dan tambahkan pes laksa bersama asam keping.. kacau 5 minit dan masukkan santan pekat.. masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, aji & gula.. sebelum masuk garam rasa dulu ye.. sebab jangan lupa, pes kita pun dah ada rasa..
– sesuaikan rasa.. biarkan kuah hingga sedikit pekat.. siap..

Bahan-bahan pelengkap menu:

IKLAN

Laksa Sarawak Enak Rasa Berempah. Nak Buat Pes Sendiri Begini Resipi & Cara Penyediaannya!
Mee hoon – dicelur hingga lembut
3 biji telur ( dijadikan telur dadar yang digulung)
50sen taugey
Cili Merah dimayang – optional
Daun ketumbar
Daun pudina
Limau Kasturi
Bawang goreng
Bahan Sambal Udang Kering Laksa
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 sudu besar cili blend
1 sudu kecil belcan
5 sudu besar udang kering tanpa kulit – di tumbuk
Pes asam jawa secukupnya
Gula
Garam
Perasa
Minyak menumis

Cara Penyediaan Sambal Udang Kering:
– Panaskan sedikit minyak,tumis ke semua bahan2 kecuali air asam,gula, perasa dan garam…
– Masak hingga sambal garing atau pecah minyak..
– Kemudian masukkan air asam dan perasakan dgn, perasa,gula dan garam,tumis lagi seketika dengan api kecil sehingga garing…
Cara hidang Laksa Sarawak:
Celurkan mee hoon hingga lembut…angkat & toskan.. masukkan mee hoon kedalam mangkuk yang sesuai.. masukkan kuah laksa,isi ayam,udang,hirisan telur dadar,sambal ,taugeh ,daun ketumbar,daun pudina,limau kasturi,bawang goreng dan cili merah.

Sumber : Adnil Sam

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI