Ajal maut, jodoh pertemuan segalanya ditentukan Sang pencipta. Sebagai hambaNya kita harus reda dan sabar menerima ujian yang melanda.
Demikian juga dengan wanita ini. Inai di jari masih belum hilang merahnya, si isteri sudah diduga dengan kehilangan suami buat selama-lamanya. Lebih memilukan pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada minggu lalu.
Arwah Dr Mohammad Farid Ismail, 28 tahun yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan maut dalam kejadian tersebut.
Ads
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Dr Mohammad Farid dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di pembahagi jalan. Ketika kejadian, difahamkan mangsa yang berasal dari Pendang, Kedah itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Ads
Apa yang membuatkan ramai sebak bila mana mengetahui arwah merupakan anak yatim piatu. Dalam satu perkongsiannya di instagram usai selamat diijabkabulkan, arwah ada memuat naik perasaan gembira kerana mendapat mak dan ayah baru setelah sekian lama tak berpeluang memanggil panggilan itu.
Ads
Semoga si isteri tabah mengharungi dugaan. Bersama kita menghadiahkan fatihah dan mendoakan agar rohnya bersama dengan mereka yang diredhai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahtangga bukan tempat untuk menabur janji, bukan tempat untuk berlagak pandai dan bukan tempat untuk mengambil kesempatan. Ada perkara yang tidak boleh kita simpan supaya rumahtangga itu semakin kukuh dan penuh rasa cinta.
6 Perkara Kena Buang Dalam Rumahtang
Suami Isteri buanglah :
1 – Rasa Ego
————-
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga
————-
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan
————-
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
————-
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
————-
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas
————-
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Sumber: Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika sesuatu itu boleh dibuat dengan mudah, jadi tidak perlu rasanya berhabis duit untuk memiliki pokok hiasan Monstera yang disukai ramai.
Ini dikongsikan oleh Fadilah dan menurutnya hanya dengan bermodalkan bawah RM 30.
Saya kongsikan barang-barang yang digunakan dan tutorial untuk DIY pokok viral ni. Tapi kali ni saya guna daun Monstera sebab yang daun hari tu dah out of stock.
Total Kos RM24.30
bahan-bahan :
Daun ECO (1 paket ada 4pcs)
6 paket X RM2.10
Rumput ECO RM2.10
Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50-Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang
Pasu ECO RM2.10
Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00
Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)
Tape Bunga RM2.00 (ada 2 roll)
Guna 1 Roll je
Step 1 : Bengkokkan batang daun dan ikatkan pada rotan. Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah.
Step 2 : Masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat. Potong rumput ikut permukaan pasu.
step 3 : Lilit tape supaya dawai terselindung dan nampak kemas. Kemudian cucukkan di dalam pasu yang telah diletakkan batu, span. Kemudian tutup dengan rumput yang siap dipotong tadi.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, hasrat ziarah keluarga Nurly Sahirah tak kesampaian. Hajat seorang pengantin baharu untuk menyantuni keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Gerik bulan lalu tidak kesampaian apabila dia sendiri maut dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu, pagi Rabu.
Menurut adiknya, Wan Zainul Abidin Wan Abdul Halim, 33, abangnya, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, dalam perjalanan ke Besut bagi bertemu sekumpulan penunggang motosikal dari Kedah untuk merancang lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Nurly Sahirah.
“Mereka dah janji nak berjumpa di Besut. Niat nak berbincang tentang ziarah keluarga arwah Nurly. Tak sangka abang pula yang pergi dulu,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, malam tadi.
Tambahnya, arwah yang tinggal di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Jumaat lepas, bersamaan 1 Muharam, dan merancang mengadakan majlis kesyukuran pada September akan datang.
“Dia pernah cakap nak buat kenduri kesyukuran perkahwinan, nak raikan sekali bersama ahli keluarga, tapi semuanya hanya tinggal kenangan,” ujarnya.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Wan Nazirah Wan Pauzi, 37, serta tiga anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu berusia antara 9 hingga 13 tahun yang masih bersekolah di SMK Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1).
Arwah juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jalan Tekukur, selain dikenali sebagai seorang hafiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran serta aktif dalam misi kebajikan termasuk membaik pulih pondok di Thailand dan program khatan serta ibadah korban.
Solat jenazah Allahyarham Wan Hasbullah diadakan di Masjid Khalifah, Kuala Terengganu malam tadi dan dihadiri lebih 2,000 jemaah sebelum jenazah dikebumikan sekitar jam 10 malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi semalam, arwah maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang sedang membelok ke simpang kanan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.