Lebih banyak anda guna, lebih banyak ganjaran yang anda dapat? Tak percaya kan tetapi di Tesco anda boleh jimat berganda-ganda dengan Tesco Clubcard ini.
Clubcard memberi anda mata ganjaran setiap kali berbelanja di Tesco serta rakan niaga terpilih. Lebih istimewa, ia juga boleh ditukar kepada baucar tunai untuk lebih banyak ganjaran membeli-belah masa depan. Psst, bukan tu je, ibu-ibu yang suka shopping pun akan dapat baucar sebagai hadiah! Wow lumayan kan.
Tapi macam mana caranya. Mudah jer, apabila daftar Tesco Clubcard ni, ibu-ibu boleh kumpul mata dari setiap pembelian di Tesco atau rakan niaga terpilih dan seterusnya menukar mata tersebut ke baucar tunai.
Ads
Ini bermakna anda juga boleh guna baucar tunai itu untuk pembelian seterusnya dan dapat lagi banyak baucar tunai atau kupon diskaun setiap bulan! Best kan? Dah la dapat berjimat, dapat pulak lagi ganjaran. Cukup berbaloi!
Selain itu, anda boleh mendapatkan diskaun untuk tiket ke lokasi menarik seperti Legoland, Taman Tema A Famosa, Entopia by Penang Butterfly Park, Kidzania dan banyak lagi.
Tunggu apa lagi, daftarlah sebagai ahli Clubcard! kumpulkan mata Clubcard, semakin banyak yang anda belanjakan, semakin banyak penjimatan yang akan anda peroleh.
Ads
Tak ada Clubcard lagi? Tak perlu risau, mudah jer caranya. Anda boleh mendaftar sekarang secara percuma melalui dalam talian. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan kad dengan berkunjung ke mana-mana stor Tesco di seluruh negara. Di sana anda boleh mendapatkan kad fizikal Clubcard ni dengan mendaftar kad keahlian dengan RM10.
Ads
Tak tahu cara nak kumpul mata Tesco Clubcard? Senang je! Dengan berbelanja di Tesco, setiap RM1 anda akan dapat 1 mata Clubcard. Setiap 400 mata yang anda kumpul, boleh
tebus untuk RM2 baucar tunai tau! Selain itu, anda juga boleh berbelanja di medan selera Tesco yang menyediakan pelbagai menu menarik seisi keluarga. Jadi, boleh lah anda shopping lebih banyak barang kat Tesco lepas ni!
Oh ya, jangan lupa uruskan akaun Clubcard anda melalui aplikasi Tesco Clubcard Malaysia. Dengan adanya aplikasi ni, macam-macam benda anda boleh tengok. Antaranya:
Semak dan kemas kini butiran
Muat turun dan tebus baucar serta kupon
Semak penyata dengan segera, bila-bila masa dan di mana sahaja
Dapatkan ganjaran segera – tebus mata dengan kadar yang lebih menarik, ekslusif untuk aplikasi mudah alih.
Kalau tertinggal Tesco Clubcard masa shopping macam mana?” Haa…jangan kelam kabut, flash je aplikasi dan enjoy kumpul mata Clubcards macam biasa okay! Mudah bukan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam kita dikejutkan dengan tragedi melibatkan sepasang suami isteri, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40 dan Nik Mohd Zulmi Ramli, serta seorang anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5, yang maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok.
Dua lagi anak kepada pasangan tersebut iaitu Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9, yang berada di tempat duduk belakang hanya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Machang.
Lebih memilukan apabila dua beradik tersebut hanya mengetahui mereka bergelar yatim piatu 22 jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Menurut nenek mereka, Amnah Ismail, 64, ahli keluarga tidak sanggup untuk memberitahu Zulaikha dan Adam bahawa mereka sahaja yang terselamat daripada tragedi itu.
Namun, mereka akhirnya mendedahkan perkara yang sebenar sewaktu urusan membawa pulang jenazah kesemua mangsa untuk proses pengebumian.
” Sejak balik, Kaklong (Nik Adilia Zulaikha) hanya memanggil umi… umi.. (Nik Amirah), manakala Adam banyak diam.
” Dia beritahu umi, baba (Nik Mohd Zulmi) dan Ecah (Nik Aishah) ada di dalam kereta.” katanya.
Dalam pada itu, Amnah menafikan bahawa arwah anaknya itu sedang mengandung seperti mana yang tular di media sosial.
Menurut Amnah, kemungkinan besar pasukan penyelamat keliru dengan tubuh badan arwah yang bersaiz besar.
Sementara itu, sepupu kepada Nik Amirah, Mohd Aidi Ab Ghani, 50, berkata, dia tidak menyangka kata-kata arwah yang mahu sehidup semati dengan suaminya sekitar dua bulan yang lalu menjadi kenyataan.
” Arwah juga suka sangat sedekah makanan kepada ahli keluarga dan saudara-mara dengan menyangkut makanan pada pagar rumah. Petang sebelum kejadian, arwah sempat menyangkut terung di pagar rumah sepupu kami.” katanya.
Terdahulu, berita mengenai tragedi ini meruntun hati wargamaya apabila Amira ditemui dalam keadaan sedang meriba Aishah ketika kejadian.
Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 7.12 malam Ahad.
Bercakap tentang seorang influencer dan pengasas produk Sambal Nyet ini, semestinya nama Khairul Aming sudah sebati dalam kalangan masyarakat tempatan. Khairul Aming atau lebih mesra dipanggil KA ini telah membuatkan orang ramai kagum dengan caranya bekerja.
Bukan sahaja pandai membuat video memasak, KA juga bijak dalam mengatur caranya dalam dunia perniagaan. Disebabkan tak mahu pekerjanya mengalami ‘burn out’ dia sebagai pengasa perlu mengimbangkan pengeluaran produknya dengan permintaan pelanggan.
“Bulan puasa ni sale Sambal Nyet naik 3 kali ganda, tapi kita pun tak jual lebih daripada kapasiti sebab kita tak nak staff-staff kita burn out,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagramnya, dia sanggup menutup kedua-dua kilang sambalnya hanya untuk meraikan kesemua pekerja di bulan Ramadan ini.
“Kita bawa semua pergi shopping baju raya. Berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. Insyaallah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak,” tulisnya.
Bukan itu je, terserlah raut wajah gembira semua pekerja KA ketika sedang memilih barang kelengkapan raya. Ada juga yang mengalirkan air mata gembira ketika diumumkan pemberian bonus oleh KA.
Disebabkan caranya menjaga kebajikan pekerja, KA berjaya menambat hati warganet dan rata-rata sangat kagum sehingga menggelarnya sebagai ‘founder’ dan ‘influencer’ contoh.
Antara komen warganet:
Sebelum ini KA pernah menjalankan pelbagai jenis perniagaan pada umur 25, namun semua usahanya gagal. Pada umur 27, KA bangkit semula daripada bawah dan dengan kejayaan daripada video memasaknya yang viral, perniagaan Sambal Nyet KA bertahan sehingga kini.
Sumber: Khairul Aming
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi ibu bapa pada zaman sekarang cukup mencabar. Melawan cakap, degil, balas belajar dan paling mencabar adalah ketagih gadget. Sementelah ibu bapa pula sibuk bekerja dan sering kesuntukan masa, kerja bertimbun.
Namun, jangan jadikan ia sebagai satu punca anda mengabaikan tanggung jawab pada anak-anak. Didik mereka dengan nilai-nilai murni dan sematkan di jiwa pegangan agama yang kuat supaya mereka tidak mudah terjerumus ke lembah hitam.
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, justeru nak didik anak dengan nilai agama kena didik sedari kecil lagi.
Jom baca perkongsian ibu bernama Syahirah Omar. Moga bermanfaat buat ibu bapa semua.
TIP MELATIH ANAK LELAKI CINTAKAN MASJID
” Mama, pakcik guard rumah kita tu harini jadi Imam. Pandai sangat dia mama ” Luqman excited bercerita.
“Luqman,
Dalam hidup ni, kerja apa pun kita, hebat mana pun kita, siapa pun kita, yang penting hubungan kita dengan Allah. Nanti dah besar, Luqman kena jadi Imam untuk keluarga Luqman tau. Sibuk macamana pun kerja, kena ajar anak isteri solat bersama.Bawa mereka ke Masjid tau.”
” baik mama,”
Aku mula bawa anak anak ke masjid pada usia Luqman 4 tahun. Sebelum tu agak sukar untuk aku ke masjid dengan kondisi lana yang mencabar. Agak mencabar sebenarnya. Tetapi jika dirutinkan mereka akan terbiasa InsyaAllah. Aku nak kongsikan sedikit tip bagaimana nak biasakan bawa anak, terutamanya anak lelaki bila ayah mereka tiada atau pulang lewat ke rumah kerana tuntutan kerja.
Zaman sekarang sangat mencabar kan? Akhlak anak anak zaman sekarang sangat merisaukan.
Allah Allah Allah
Kalau ikut logik akal, solat sajalah di rumah,asalkan solat kan? Cuma aku mahukan anak aku ni sentiasa cintakan masjid. Nak tunggu jadi buluh untuk cintakan memang susah dah nanti. Nak taknak aku kena usahakan juga buat dia. Aku fokus pada dia dalam cerita ni kerana kalau mak mak ni ke masjid, hal anak perempuan senang, tetapi bila tak ada ayah, pening sikit lah nak uruskan anak lelaki di ruang muslimin kan?
#1 BIASAKAN ANAK KECIL WAKTU KURANG JEMAAH.
Aku mula bawa anak anak waktu dhuha.Alhamdulillah Rezeki aku bekerja sendiri jadi agak mudah aku melatih mereka. Bagi yang bekerja, boleh cuba pada hari minggu.
Sebelum ke masjid dan surau, social story dahulu pada mereka bagaimana adab di masjid. Ajarkan mereka cara berwudhu, biasakan mereka solat jemaah di rumah. Ceritakan kenapa best pergi masjid, ganjaran untuk orang solat di masjid .
Waktu dhuha tu, bawa mereka explore masjid, mana tempat wudhu, mana ruang solat, mana tandas. Ajarkan mereka untuk solat dhuha dulu. Waktu ni kurang jemaah. Jadi tak menganggu jemaah lain InsyaAllah.
Bila anak dah terbiasa InsyaAllah lebih mudah untuk ajak berjemaah di Masjid atau Surau.
#2 BAWA ANAK KE MASJID/SURAU YANG SESUAI
Carilah surau atau masjid yang sesuai. Tak terlalu besar, mudah untuk kita monitor anak. Jika ayah mereka belum balik dari office, kita masih mudah untuk bawa anak.
Boleh tengok video yang aku share ni ok?
#3 CARI ORANG YANG BOLEH TENGOKKAN ANAK.
Macam Luqman ni sebab ada atuk level 5 ni aku selalu minta tengokkan Luqman. Kadang tu ada abang Indonesia yang selalu ke masjid, jadi abang tu sentiasa akan pastikan Luqman baik baik saja. Sampai habis solat abang tu tengokkan dia. Baik kan? Subhanallah, Allah hantar orang baik baik jagakan dia.
Teringat mula mula dulu waktu aku baru nak bawa Luqman. Luqman sebenarnya dah biasa surau ni sebab Ayah selalu bawa tapi bila sendiri tu aku kena la minta tolong kejap brother kat situ tengokkan dia ?
” Baru balik sekolah yer? Darjah berapa ni,” soal uncle yang aku kira umurnya 60 an.
” Anak saya 9 tahun. Boleh tolong tengokkan dia tak pakcik. Saya ada kat ruang muslimat, ayah dia tak ada harini, “
” InsyaAllah ok dia ni,” dia menjawab sambil usap kepala anak aku?
Part paling sebak setiap kali lepas solat. Lepas Luqman salam, mereka nak sangat usap kepala dia sambil tepuk bahu. Orang arab banyak buat begitu pada dia.
So anak aku ni lagi la bersemangat bila orang cakap dia bagus kan. Sebab dapat pahala 27 kali ganda banding 1 kan?memang la seronok?
#4 PERGI SOLAT AWAL WAKTU
Cuba untuk pergi awal waktu. Supaya anak kita tak berebut dengan orang lain waktu nak berwudhu dan untuk elakkan anak dari panik.
Biar dia bertenang tenang sikiit ?
Aku selalu pesan pada dia untuk duduk hujung sekali di dalam saf. Tetapi Alhamdulillah Jemaah sini tak halau budak duduk belakang???
#5 BERI PUJIAN PADA ANAK
Setiap kali lepas solat kau peluklah dia. Cakap Alhamdulillah dia berjaya lagi ke surau. Kau cakap la kau bangga dengan dia. Aku selalu cakap pada Luqman,
“InsyaAllah mama tak ada nanti Luqman sentiasa akan doakan mama sebab Luqman anak soleh. Luqman suka pergi surau. Mama bangga dengan Luqman,”
#6 JANGAN BERALASAN.
Tak ada figure ayah di dalam keluarga, atau ayah balik lewat pada hari bekerja bukan alasan untuk kita tidak bawa ke masjid. Mak mak, kita tak payah la bawak hari hari. Mungkin 3 kali seminggu pun dah cukup baik. Jika rasa sukar, gilirlah solat. Macam aku, waktu luqman dan aku solat berjemaah, lana jaga Mayraa sekejap. Kemudian lana pula solat. Mohon pada Allah supaya sentiasa beri jalan bagaimana nak bawa anak ke masjid. Dapat 1 waktu pun jadilah. Aku pun bawa Maghrib saja. Nak tunggu sampai Isya’ tu jenuh juga?
Ada anak kecil memang mencabar. Tetapi InsyaAllah kita usahakanlah untuk bawa. Mungkin mula-mula anak anak yang dah boleh berdikari solat dulu, kemudian abang kakak jaga pula adik mereka. Cuma memang kena begilir solat. Jangan sampai menggangu jemaah lain pula sebab anak kecil ni umur tengah nak explore semua benda.
Ada haritu mayraa gi goyang bahu opah mana tak tau dok solat,
” opah opah nak order apa, anya nak masak,” sambil dia buat buat nak tulis order. Tak kusyuk aku oi???
Tapi bila bergilir ni ok sikit lah. Dieorang layan adik main kat belakang?
Aku doakan urusan kita semua dipermudahkan untuk mendidik anak anak kita. Anak-anak kita ni amanah dari Allah dan Ia sebahagian dari ujian Allah.
Firman Allah SWT : “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar.” (QS. At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, kita bertanggungjawab pada amanah Allah ni.Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat ?
Oklah, nanti aku kongsi lagi ya.
Salam sayang,
Syahirah Omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.