Langkah Pertama Yusoff Al-Qardawi Buat Aliff Teruja. Sweetnya Lihat Keluarga Bahagia Ni

Share

Kebahagian sebuah keluarga terserlah apabila kelahiran anak sebagai penyeri yang memberikan sinar kegembiraan. Suami isteri yang berkahwin pastinya teruja melihat anak membesar depan mata.

Lebih manis, lagi apabila anak-anak telah membesar dengan perkembangan yang positif sehingga membuatkan hari anda begitu indah.

Begitulah yang dirasai kini oleh usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri yang telah berkongsi momen manis apabila anak bongsunya mula melangkah buat kali pertama.

“Korang mcm mana happy x tgk anak korang pandai jalan?@yusoffalqardawi_terlajaklaris dah pandai jalan walapun baru 10bulan. Dah lama abah x excited mcm ni bila tgk anak pandai jalan…dia punya happy mcm dapat durian runtuh!! ada kawan korang muka mcm yusof tak?? cere tag kawan korang tu.”

“Dah Lama Abah Tak Excited Macam Ni..”

Langkah pertama Yusoff  di usia 10 bulan

Melihat rakaman video yang dikongsi oleh Datuk Aliff, kelihatan Yusoff  yang masih bertatih ketika melangkah, begitu teruja sambil diawasi oleh kakaknya, Qadejah El-Zehra.

Manakala, Datuk Aliff sendiri juga kelihatan turut sama teruja melihat anaknya mula bertatih.

Gelagat Yusoff juga telah mendapat ratusan komen mengenai langkah pertamanya. Yusof yang juga pernah merangkul gelaran Anugerah Cilik MeleTOP.

Untuk makluman, Datuk Aliff berkahwin dengan Shahida pada Ogos 2007, telah dikurniakan  empat cahayamata iaitu, Ammar Ahyan, 10, Qadejag El-Zahra, 8, Ibraheem Adham ,6, dan Yusoff Al-Qardawi. Pasangan ini juga mempunyai anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Bahagia melihat keluarga ini.

Sumberaliffsyukriterlajaklaris

 

 

IKLAN