Kebahagian sebuah keluarga terserlah apabila kelahiran anak sebagai penyeri yang memberikan sinar kegembiraan. Suami isteri yang berkahwin pastinya teruja melihat anak membesar depan mata.
Lebih manis, lagi apabila anak-anak telah membesar dengan perkembangan yang positif sehingga membuatkan hari anda begitu indah.
Begitulah yang dirasai kini oleh usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri yang telah berkongsi momen manis apabila anak bongsunya mula melangkah buat kali pertama.
“Korang mcm mana happy x tgk anak korang pandai jalan?@yusoffalqardawi_terlajaklaris dah pandai jalan walapun baru 10bulan. Dah lama abah x excited mcm ni bila tgk anak pandai jalan…dia punya happy mcm dapat durian runtuh!! ada kawan korang muka mcm yusof tak?? cere tag kawan korang tu.”
Melihat rakaman video yang dikongsi oleh Datuk Aliff, kelihatan Yusoff yang masih bertatih ketika melangkah, begitu teruja sambil diawasi oleh kakaknya, Qadejah El-Zehra.
Manakala, Datuk Aliff sendiri juga kelihatan turut sama teruja melihat anaknya mula bertatih.
Ads
Gelagat Yusoff juga telah mendapat ratusan komen mengenai langkah pertamanya. Yusof yang juga pernah merangkul gelaran Anugerah Cilik MeleTOP.
Untuk makluman, Datuk Aliff berkahwin dengan Shahida pada Ogos 2007, telah dikurniakan empat cahayamata iaitu, Ammar Ahyan, 10, Qadejag El-Zahra, 8, Ibraheem Adham ,6, dan Yusoff Al-Qardawi. Pasangan ini juga mempunyai anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Cabaran kewangan masa kini memang luar biasa dirasakan hingga memerlukan bukan sahaja suami untuk mencari rezeki bahkan isteri juga merasakan dirinya perlu keluar rumah untuk membantu suami menambah pendapatan.
Pun begitu, dari sisi seorang suami pula perlulah melihat pengorbanan isteri membantu mereka sebagai sesuatu yang perlu disyukuri dan wajar untuk ‘menjaga’ 7 perkara ini.
Apakah 7 perkara itu dan ini perkongsian penuh darinya. Semoga bermanfaat.
Kalau pendapatan seorang tu tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong topupkan mana yang terkurang, maka jaga 7 perkara ni :
1. Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar.
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan…jujur dgn pendapatan, brapa yg kita dpt tanpa ada extra income, brapa yg kita dpt dgn extra income…pastu tunjuk brapa baki setelah pendapatan tu ditolak dgn komitmen serta ansuran bulanan…
Klu negatif, negatif lah…kita nk isteri tgok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yg cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan…
2. Mintak izin dan redha isteri klu nak dia bantu.
Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan tu, insyaAllah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut…
Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh…mintak elok-elok…
3. Bantuan isteri tak boleh lebih 50%.
Bila isteri nak bantu, maka jangan mintak isteri bantu lebih dari 50%, meaning that isteri tu plak kena keluarkan duit lebih dari kita…kita pulak yang kurang keluarkan duit…maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri…
Bantuan isteri tu hanya untuk topup mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua…
4. Jangan tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri.
Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri…jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita tu nothing tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita tak akan ada duit lebih atau rasa lapang…
Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada…
5. Ambik semula tanggungan apabila mampu.
Bila pendapatan kita sebagai suami dah ada lebihan, macam ada ot ke, bonus ke, extra income ke, maka ambik semula apa yang dibayar isteri…kita bayar guna pendapatan kita…
Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu untuk bayar sendiri…
6. Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai.
Kesedaran diri tu sangat penting…kalau tak mampu, buat cara tak mampu…kalau dibantu, buat cara dibantu…tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai…jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan…
Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja-kerja rumah dia…beneficial for each other…
7. Hargai bantuan yang di hulurkan isteri.
Hargai isteri…sesekali tu bawak la dia makan diluar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawak dia berjalan…tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan untuk tanggung dan bayar semua…
Tanaman kecil-kecilan kita di rumah seperti pokok cili, pokok daun kari, daun kunyit dan sebagainya selalu menjadi mangsa ulat. Habis tanam-tanaman jadi mangsa si ulat kecil ni.
Daun pokok kita yang segar bugar habis dibotakkan si ulat kecil ni. Geram juga melihatnya. Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racun buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?
Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku.blogspot.my ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.
Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi musuh utama dalam industri adalah ulat.
Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan najis En Ulat. So bagi mengelak dari pencabulan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racun buatan sendiri.
Bahan-bahan:
Bawang Putih
Cili
Sabun Basuh Pinggan
Cara:
1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.
2. Tumbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.
3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.
4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.
5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.
6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.
Boleh la di spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!
Lebihan bahan tumbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni.
Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.
Kerapkali kita dihidangkan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang bermacam ragam. Semuanya bermula daripada pergaduhan kecil yang diperbesarkan dan tidak kurang juga perkara remeh yang diangkat menjadi bahan utama dalam pergaduhan sedangkan hakikatnya ia boleh diselesaikan dengan mudah.
Mesej tidak berbalas, lambat angkat telefon atau terlupa buang sampah misalnya menjadi sebahagian kisah remeh rumah tangga yang tidak perlu diperbesarkan. Remeh namun apabila acapkali diulang perbuatan yang sama, ianya mampu memberi impak dalam hubungan.
Bagaimana tip yang seharusnya anda lakukan apabila melalui saat-saat ini? Berfikiran matang dan rasional antara yang seharusnya dilakukan oleh anda.
Usah terlalu ikutkan perasaan dan emosi yang datang menerpa. Ingat bahawa setiap tindakan anda, syaitan juga sentiasa menghasutnya. Fikirkan.
1. Ubah Posisi
Kalau sudah marah semua benda jadi tidak menentu. Itulah kisahnya dengan sekeping hati. Marah itu datangnya daripada syaitan. Apa kata ambil masa untuk diri sendiri dengan beristigfar sambil menenangkan diri. Jika perlu, beralihlah daripada tempat duduk dan ubah posisi kedudukan atau pilihlah untuk berdiri atau melakukan kerja-kerja lain.
2. Pandang Sudut Positif
Bergaduh itu perlu supaya pasangan lebih saling memahami akan kehendak masing-masing. Lama kelamaan, pasangan akan mula memahami rentak pasangan masing-masing.
Lebih baik daripada hanya mendiamkan diri dan akhirnya menyalahkan pasangan. Berbalahlah namun biar berpada. Ambil masa untuk kembali ceria semula dalam tempoh sesegera mungkin.
3. Bezakan Remeh Dan Tidak
Masalah remeh-temeh yang tidak sepatutnya anda ambil pusing sebaiknya janganlah diberikan perhatian lebih. Anda patut lebih tahu apa perkara remeh dalam kehidupan anda.
Soal tuala tidak tersidai, baju tidak digantung atau baju kotor tidak dimasukkan ke dalam bakul tidak perlulah diperbesarkan dan diungkit ketika berbalah. Fikir lebih rasional.
4. Mudahkan Fikiran
Fikir sahaja bahawa setiap pergaduhan kecil lagi remeh akan hanya menyesakkan fikiran anda. Buang jauh ketepi dan bertindaklah seperti biasa.
Anda bukan lagi pasangan tidak matang dan gemar melayan perkara remeh temeh. Banyak lagi perkara lebih berat yang perlu difikirkan.
5. Tegur Cara Baik
Ketika pergaduhan kecil lagi remeh ini, tegurlah pasangan secara baik lagi berkhemah. Menegur itu perlu agar dia tahu perbuatannya kurang disenangi anda. Namun cubalah ayat sehabis baik untuknya. Buat kelakar atau sindiran berbentuk gurauan adalah teguran paling sesuai untuk menegur.
6. Jangan Panjangkan
Jangan biarkan hal-hal remeh ini berlarutan lama sehingga dua atau tiga hari. Banyak lagi perkara lain yang perlu anda selesaikan. Ruginya apabila anda melepaskan masa bersama. Cuba fikir kebaikannya selama ini kepada anda.
7. Ambil Masa
Ketika emosi sedang ‘hangat’, ada baiknya anda redakan seketika hati dengan berdiam diri terlebih dahulu sambil mengimbau detik manis. Ambil masa anda sebaiknya dan pulihlah segera. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk reda.
* Tahukah Anda
Berdiam diri, jangan membalas, elakkan meninggikan suara, bercakap dengan baik serta bersifat memaafkan adalah laluan yang dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kecil ini. Abaikan hasutan lain yang merosakkan rumahtangga anda. Kebahagiaan di tangan anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...