Langsir Bajet Dari Kain Jersey, Tetap Nampak Mewah. Begini Cara Buatnya!

Share

Menampakkan ruang kediaman sempurna dekorasinya selain kemas dan dihias indah, tidak dinafikan penggayaan langsir daripada pelbagai gaya, warna dan matetial juga memainkan impak hebat pada imej ruang.

Umpamanya, dengan memilih penggayaan langsir daripada fabrik jercey yang lebih murah kosnya, siapa sangka  juga mampu terlihat wow.

Ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat buat semua.

Hai Assalamualaikum .. buat langsir eyelet untuk kakak ipar pulak .. langsir bajet dari kain jersey je .. nak nampak mewah tapi bajet boleh la cuba buat sendiri .. boleh ikop step di bawah ye , senang je cara2nya

1. Ukur dahulu panjang lebar langsir.. saya ukur dapat 60 incí .. boleh letak 10 ring, 60÷10 = 6 inci . so jarak antara lubang
ring adalah 10 inci . Hujung kiri dan kanan tu 6÷2 = 3 inci.
Jarak untuk lubang ring pertama adalah 3 inci .. lubang ring kedua dan seterusnya 6 inci..

2. Ukur bulat dari bahagian dalam ring.

3. lipat macam ni, lepas tu gunting je.

 

4. Bila dah siap gunting.

5. Buka ring tu letak atas bawah permukaan langsir lepas tu tekan je.

 

6. Ok dah siap sekeping.

IKLAN