Langsir Terlebih Labuh, Singkatkan Cara Ni Jika Tiada Mesin Jahit. Mudah Sangat & Memang Menjadi!

Share

Membeli langsir pasang siap memang mudah, mana berkenan dengan warna dan harga bolehlah terus dibeli. Tapi yang sering menjadi masalah adalah ada kalanya langsir yang dibeli terlalu labuh hingga meleret. Ini menjadikan rumah nampak tidak kemas dan agak sukar pula untuk menyapu lantai.

Hendak dipendekkan, tiada pula mesin jahit dan jika dihantar pada tukang jahit kita pula ada masalah untuk memberikan ukuran yang tepat. Bimbang juga dari langsir yang labuh, tersenting pula bila di ‘otter’.

Tidak mahu kejadian tersebut berlaku, apa kata anda lakukan sepertimana yang dikongsikan oleh Ahmad Syahril Mohd bila mana berkongsi cara paling mudah untuk jadikan langsir yang terlalu panjang dapat digayakan dengan sempurna tanpa perlu dijahit.


Sedikit perkongsian tips penjimatan daripada masalah kaki langsir yang meleret.. Nak hantar kedai jahit, x hantar2, last2 diy je ler..

Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Gam kasut kedai eco
2. Seterika

Cara buat :

  1. Tandakan langsir dan lipat

2. Gamkan

3. Gosok menggunakan seterika supaya gam melekat kuat pada kaki langsir.

Dan beginilah hasilnya bila siap digantung.

Sumber : Ahmad Syahril Mohd 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN