Lauk Mudah Para Ibu, Ayam Goreng Kari Paling Cepat Siap

Share

Biasanya kalau sebut tentang ayam goreng, kunyit adalah salah satu bahan yang wajib dimasukkan. Ianya bertujuan untuk menambahkan lagi rasa dan aroma yang sedap.

Tetapi, kali ini resipi ayam goreng yang dikongsikan oleh Bella Shabudin

ini ada sedikit berbeza kerana menggunakan serbuk kari untuk gantikan kunyit.

Jika nak rasa hasilnya, anda memang patut cuba resipi ini kerana ia memang sangat mudah dan cepat.

Ayam Goreng Kari

Bahan Utama:

– 1/2 ekor ayam

Bahan A

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 1 inci halia
  3. 5 tangkai cili kering
  4. 5 sudu makan serbuk kari
  5. 1 sudu makan lada sulah
  6. Garam secukup rasa

Bahan B

  1. 1 biji telur
  2. 1 tangkai daun kari
  3. 6 sudu makan tepung jagung
  4. 6 sudu makan tepung gandum

Cara-Cara:K

– Kisar kesemua bahan A.

– Gaul ayam bersama bahan A dan B.

– Perap selama sejam.

– Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Sedia dihidangkan.

Sumber: Bella Shabudin

IKLAN