Negara kini dalam tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara iaitu menuju ke arah pengurangan jangkitan Covid-19 di bawah 4000 kes sehari.
Sudah tentu kita masih belum bebas untuk pergi ke mana-mana sesuka hati. Duduk di rumah bersama keluarga sambil melakukan aktiviti berfaedah adalah yang terbaik.
Salah satunya boleh mencuba resipi baru., Bagi yang belum mahir atau mengetahui teknik membuat roti, boleh mula belajar cara untuk membuat roti homemade.
Resipi roti homemade yang sangat lembut dan sedap. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga.
Sebagaimana perkongsian puan Wanda Jasmi yang menunjukkan cara langkah demi langkah untuk membuat roti menjadi gebu. Beliau yang juga merupakan peniaga roti berkongsi ilmu menerusi group Masak Apa Hari Ini telah mendapatr lebih 27K share.
Ikuti lanjut perkongsian beliau.
Satu resipi boleh buat dua jenis adunan: Donut dan Roti
Hari ni saya nk tunjuk langkah demi langkah buat roti dan donut hanya guna 1 resepi…. Semoga dapat membantu
Bahan A : Air suam – 1 cawan Yis – 1 paket Susu pekat – 3 sb Gula – 2sb Telur – 1 biji
1. Rendam bahan A hingga kembang.
Bahan B : Tepung gandum – 3 cawan Majerin – 2 sb Garam – 1 sk
2. Bila Bahan A dah kembang, campurkan bersama bahan B.
Ads
(Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya… Sampai doh x melekat)
3. Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.
4. Rehat kan doh selama 1 jam atau sehingga 2× ganda kembang.
5. Bila dah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Dan uli selama 5 minit.
Saya bagi penampar dulu… Sampai die kecut… Kebetulan tengah marah sebab kene sambung kurung lagi…
Timbang doh sama berat, untuk dapatkan saiz yang sama.
Ads
Jangan lupa sapu majerin dalam loyang, supaya mudah untuk keluarkan roti nanti.
Sehingga die 3x ganda kembang, roti pun akn ringan nanti. Kalo cepat kembang, sekejap je la.. Kalo lambat, dlm 30 minit atau sejam
6. Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.
7. Selepas bentukkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.
Bakar suhu 160° selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit.
Ads
Siap bakar, sapu susu pekat+air atas roti. Susu kotak pun boleh.
(Suhu ikut saiz oven masing2, lain saiz lain suhunya… Saya punya 42L)
Tahukah anda bahawa pemakanan juga mempengaruhi tidur? Pasti ada antara anda yang sedang merana kerana sukar tidur malam.
Jika terlelap pun hanya sekejap kerana tidur sering terganggu. Usah susah hati, artikel kali ini menerangkan tentang empat makanan yang boleh menjamin tidur yang berkualiti.
Kesemua makanan ini membantu menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotin dan melatonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena.
1. Teh & Madu
Minumlah teh sebelum tidur dan elakkan dari mengambil minuman berkafien yang tidak elok untuk kesihatan jika diamalkan selalu. Teh Chamomile dikatakan mempunyai kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental. Manakala teh hijau mengandungi Theanine yang juga membantu manusia untuk lena dalam tidurnya.
2. Susu Panas
Segelas susu panas atau milo panas mampu membuatkan perut berada dalam keadaan yang selesa dan kenyang. Sebelum tidur ambillah segelas susu dan lengkapkan dengan segelas air kosong untuk rasa lebih selesa. Pasti tidur anda lebih nyenyak sepanjang malam.
3. Badam
Badam mengandungi magnesium yang berupaya membantu manusia untuk mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Bukan itu sahaja, badam juga mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur. Sambil menonton, kunyahnya beberapa biji badam!
4. Pisang
Ini paling best!. Kandungan magnesium dan potassium yang baik di dalam pisang mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Jika anda mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.
5. Flaxseed
Kalau anda nak tahu, flaxseed kaya dengan asid omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Flaxseed ini sesuai diambil ketika sedang mengalami stres atau tekanan berat. Tidur juga pasti akan lebih nyenyak.
Pastikan kesemua makanan ini tersedia di rumah anda. Jika tidur anda terganggu, kesemua makanan ini pastinya sangat membantu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang jadi masalah kalau semut mula buat sarang di rumah kita.
Semut yang bersarang di rumah kita adakalanya buat kita rasa rimas. Mana tidaknya pantang sahaja makanan ditinggalkan tanpa bertutup, mulalah semut datang bertandang.
Lagi bimbang jika semut memasuki bekas air di rumah kita. Tak mahu anak dan keluarga alami masalah pelupa gara-gara minum air bersemut.
Makanan manis terutamanya paling berisiko. Jika bimbang menghapuskan semut menggunakan ubat semut atau semburan atas faktor keselamatan anak kecil yang
ada dalam rumah, apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan di blog fydahnoh.com ini. Sebenarnya ada banyak petua bagi menghalau semua ini secara semulajadi. Jom cuba.
Tabur Serbuk Kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk.
Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
Daun Sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Kulit Telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
Kulit Timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
Air Serai Wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut
tidak boleh panjat meja. Tip halau semut yang suka hurung bekas gula atau makanan
Asam Gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak
akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
Cili Kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas. Letakkan sedikit bunga cengkih bersama.
Bawang Merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susu merupakan minuman yang mempunyai banyak khasiat untuk keperluan tubuh badan. Kebiasaan kita akan minum susu tidak mengira masa.
Jika teringin akan minum begitu saja tanpa kira waktu.Siapa sangka sebenarnya ada 6 waktu yang disarankan untuk minum susu. Ia sebagaimana perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Waktu sesuai minum susu
Betul ke minum susu ada masa tertentu? Jika tidak, nanti mengganggu fungsi penghadaman? Minum susu setiap hari dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, terutama kalsium dan protein. Namun pilihlah masa yang sesuai mengikut keperluan kita. 1. Untuk mendapat keperluan nutrisi, boleh minum susu pada waktu siang (bersarapan atau makan tengahari) kerana pencernaan susu berlaku dengan lebih sempurna pada waktu siang.
2. Jika kita seorang atlet atau melakukan tugas fizikal yang berat, elok minum susu sewaktu bersarapan kerana susu membekalkan tenaga dan protein yang banyak.
3. Jika mudah berasa lapar, lemak dalam susu dapat mengurangkan rasa lapar. Makan tengahari bersama sandwich yang ada banyak sayur. Hadkan pengambilan roti hanya sekeping untuk sandwich. Pastikan ada sumber protein dari telur.
4. Minum susu juga membantu sesetengah orang untuk mudah tidur. Minum susu hangat bersama minyak zaitun atau serbuk almond atau kayu manis, dapat membantu tubuh dan otak menjadi relaks. Ia memudahkan kita untuk tidur.
5. Bila kita dalam stress, jangan minum kopi yg mengandungi banyak caffine. Minum susu dapat mengurangkan stress kerana susu juga mengandungi asid amino tryptophan yang penting dalam penghasilan serotonin yang membantu kita tenang.
6. Siapa kata kita tak boleh ambil susu ketika berdiet? Pastikan tidak minum susu pada waktu malam. Ambil segelas susu 150-250ml setiap hari bagi membantu mengurangkan rasa lapar. Yang bahaya adalah karbohidrat berproses seperti gula, kek, nasi putih dan banyak lagi. itu yang harus dikurangkan atau dihentikan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.