Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak kan. Pelbagai cara dan kaedah dicuba bagi memastikan anak-anak mudah belajar, termasuklah menitik beratkan soal pengambilan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Perkongsian menarik ini diperoleh dari facebook Roszita Fathrul Jaman. Menurut Roszita yang mesra disapa MamiTa, petua ini dikongsikan oleh cikgu tuisyen anaknya yang berbangsa Cina.
Petua ini dikatakan baik untuk kesihatan anak-anak terutama dalam memastikan mereka lebih peka, terang mata dan kesihatan yang lebih baik terutama untuk peperiksaan. Jom ibu-ibu kita cuba petua ini untuk anak-anak nanti.
Cikgu tuition add math Adeq suruh buatkan untuk Adeq minum setiap hari hingga exam.. Campuran goji berry + kurma cina slow cook selama 6jam.. Hanya 2 jenis bahan sahaja.. No GULA!!
Ads
Kata cikgu tuition Adeq untuk Adeq lebih peka, terang mata & kesihatan yang lebih baik untuk exam.. Orang2 cina surely tahu kan?? Sebabnya minuman nie amalan orang2 Cina.. Banyak kelebihannya..
MamiTa buat lah demi Adeq sebab tahun nie nak SPM… Mana yang baik kite cuba demi anak2.. Tak salah mencuba perlara yang baik2.. Tak kesahlah amalan mana2.. Asalkan bukan yang jahat2…
Ads
Cara masak sangat2 senang.. Campurkan 2 bahan nie.. Masak guna slow cooker lagi bagus.. Tinggal sikit tambah saja beberapa kurma cina + goji berry ikut suka hati.. Biarkan masak beberapa jam.. Kalau takde slow cooker bole saja pakai periuk.. Masak api perlahan selama beberapa jam… Lagi lama lagi bagus…
Ads
Tq so much buat cikgu tuition Adeq yang berbangsa Cina.. Selalu ajar banyak perkara termasuk untuk kesihatan Adeq…
Memasak bukan sesukar yang disangkakan, andai anda tahu cara, cukup bahan dan lengkap perasanya maka menjadilah resipi tersebut.
Bagi ibu-ibu yang sering mengalami masalah untuk masak sambal, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh wanita bernama Dhila Shafie menerusi facebooknya.
Hari ni saya suka sangat sebab masak sambal menjadi. Selama ni tak pernah jadi merah dan menarik macam ni.
Rupanya beberapa tips yg saya dapat semasa memasak hari ni:- 1. Cili kering mesti direbus untuk menghasilkan sambal yg menarik 2. Tumis dengan minyak yg banyak sampai garing dan pecah minyak 3. Cili kering yg direbus tekstur dia lebih halus dan lebih creamy. 4. Blend dengan beberapa ulas bawang putih. Masa tumis tu harumnya bau dia. 5. Saya tak letak asam jawa tapi letak asam keping tetap jadi merah juga. Sama juga dengan gula putih.
Rahsianya sambal yg merah dan cantik mcm ni rupanya cili kering kena rebus dulu. Tanya org jual nasi lemak taknak nya dibagitahu. Cuma cakap tumis kena lama. Pakai asam jawa dan gula merah.
Jenuh masak seperti yg diberitahu tak juga menjadi merahnya.
Sekian. Saya newbie yg baru reti masak sambal. Happyyyyyy gilerrr?????
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beliau dikenali sebagai pereka fesyen terkenal sehingga timbul jolokan Tukang Jahit Termahir Malaysia. Khidmatnya sentiasa ditangih selebriti untuk tampil anggun dan cantik dalam sesebuah majlis. Terbaru, Ezuwan Ismail melangkah setapak lagi dalam dunia seni apabila bergelar penyanyi.
Tampil dengan trio E1 bersama dua lagi anggota E1 iatu Zulyasrani dan Ariff Imran. Baru-baru ini, kumpulan E1 telah melancarkan single pertama mereka yang berjudul Semalam Sahaja.
Ditanya pembahagian masa dengan famili, akui Ezuwan Ismail cara merapatkan hubungan adalah dengan membawa bersama isteri dan anak-anak ke mana sahaja beliau pergi.
“Memang memang mencabar memandangkan kini sudah bertambah lagi satu cabang. Tetapi saya bersyukur kerana isteri cukup memahami. Malah saya memang sangat memerlukan sokongan isteri kerana ujia dan dugaan sebagai anak seni cukup besar.
“Saya harap dapat membahagikan masa dengan keluarga, jadi kualiti masa kami bersama adalah dengan bercuti bersama. Selain itu, saya sering membawa anak dan isteri ke mana sahaja pergi. Ini cara saya merapatkan hubungan dan mengeratkan lagi kasih sayang.
Ditanya mengenai isterinya yang berpenampilan ringkas sesuai dengan dirinya yang cukup simple.
“Saya suka isteri berpenampilan sedemikian manakala saya pula berbeza bagi menyesuaikan diri dengan status pereka fesyen. Orang nak tengok personaliti kita supaya yakin dengan apa yang kita lakukan.
“Kalau diikutkan saya simple sahaja orangnya tetapi disebabkan kerjaya dan status dalam dunia seni memerlukan saya tampil sebegini,” ujar Ezuwan yang mengakui ada masanya dia dan isteri sama-sama ke spa untuk manicure atau facial.
Sementara itu, bagi Zahie Omar pula, bergelar isteri kepada pereka fesyen terkenal tanah air bukanlah sesuatu yang mudah. Sementelah dia pula lebih suka tampil ringkas. Justeru, ada sahaja yang menjadi kritikan di luar sana tatkala dia memilih cara tersebut.
“Pernah ada yang membangkitkan bila nampak saya berpakaian biasa. Tapi saya cuma abaikan sahaja. Adatlah, manusia. Saya tak suka amik hal dengan apa yang orang nak cakap. Saya seorang yang simple, suka sesuatu yang praktikal dan minimalis.
“Bagi saya penampilan bukan hanya terletak pada pemakaian, tapi lebih penting ia merangkumi pembawaan diri, keperibadian dan adat atau tata susila apabila kita bersosial atau bermasyarakat.
“Yang penting, suami saya “senang” dengan apa yang saya pakai, saya selesa dan jadi diri saya sendiri. Lagipun, yang jadi public figure adalah suami saya, bukan saya. Jadi, biarlah saya low profile.
Ditanya mengenai bakat memasak yang dimiliki suaminya, akui Zahie jika ada masa suami kesayangannya itu akan turun dapur.
Menu kegemaran Ezuwan ialah air asam daging resipi keluarga. Sebenarnya dia suka kebanyakan menu tidak bersantan, yang pedas dan masam. Kalau makan nasi pun, tak sah kalau tak ada menu yang pedas. Paling tidak pun, perlu ada sambal garam (seakan-akan sambal belacan, tapi tak dimasukkan belacan).
“Nak kata kerap sangat tu tidak lah, tapi sesekali bila dia ada masa di rumah dan nak spend time bersama-sama saya di dapur, dia akan masak menu kegemaran dia, iaitu air asam daging dan menumbuk sambal. Kalau dia masak pun hanya untuk kami berdua. Maklumlah, anak-anak kami masih kecil.
Kami berkongsi minat yang sama, iaitu suka “entertain” kawan-kawan sama ada di rumah atau pun di luar. Jadi, Ezuwan akan pastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali kami sekeluarga makan bersama rakan-rakan dan keluarga mereka di luar. Jadi dengan cara ni kami bina “bonding” antara kami dan juga rakan-rakan. Anak-anak kami juga seronok apabila sesekali mereka dapat bermain dengan anak-anak rakan kami.
Selain tu, kami juga gemar melancong dan window shopping. Jadi setiap tahun Ezuwan akan memilih destinasi yang tak pernah kami kunjungi untuk melancong. Di kesempatan bercuti tu, kami selalunya akan shopping – perkara yang kami amat jarang dapat lakukan bila berada dalam negara.
Sebelum ada anak, kami kerap juga dinner berdua-duaan di luar. Tapi sejak ada anak, kami lebih gemar memanafaatkan masa terluang di rumah. Apabila anak-anak tidur terutamanya, kami selalu menonton Netflix bersama-sama atau pun supper di rumah. Itulah quality time untuk kami berdua, masa untuk kami bercakap hati ke hati, atau apa sahaja yang berlaku pada hari tersebut.
‘Dia akan bercerita mengenai hari yg dia lalui dan bagi saya yang suri rumah ni, jarang ada cerita menarik kecuali hal anak-anak. Jadi saya lebih banyak mendengar. Bagi saya itu adalah resipi untuk menyemarakkan lagi kasih sayang kami, kerana ia membuatkan kami lebih memahami dan paling penting, menimbulkan rasa bahawa saya ada dia dan dia pulak ada saya untuk apa sahaja “a shoulder to cry” atau “listening ears” dalam semua ketika, sama ada susah atau senang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...