Lebihan Nasi Jangan Dibuang. Buat Keropok Untuk Anak-Anak. Jimat dan Paling Penting Enak Rasanya!

Share

Bagi yang biasa makan nasi waktu malam, adakalanya tidak habis. Jika anda tidak mahu menyimpannya sehingga esok pagi boleh cuba petua ini.

Selain dijadikan apam nasi untuk sarapan pagi, anda juga boleh menghasilkan keropok daripada lebihan nasi tadi. Buat kudapan untuk anak-anak.

Nak tahu macam mana caranya? Jom tengok resipi di bawah ini.

Bahan-bahan

1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam

1 mangkuk tepung ubi / secukupnya

3 ulas bawang putih

1 sudu teh ketumbar

1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja. Hiris nipis

garam secukup rasa

Stok ayam/ kiub ayam

Langkah-langkahnya

1.Kisar nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus.

2.Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.

  1. Angkat adunan dan bentukkan lonjong(seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.
  2. Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.

5.Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.

Sumber: Thr Gegar

 

 

IKLAN