Di TikTok, tidak dinafikan ada sahaja trend terbaru yang menjadi ikutan dan video yang dikongsikan akan menjadi tontonan ramai tidak kira masa.
Terbaru, trend menunjukkan gambar sewaktu kecil bersama ayah dan kemudian gambar terkini. Nyata ianya memberi fenomena hingga ramai yang berkongsi gambar untuk memperlihatkan keadaan dahulu semasa kecil dan kini setelah dewasa.
Namun apa yang membuatkan ramai teruja apabila ada salah seorang anak gadis menggunakan akaun TikTok @.aleeyantasha berkongsi gambar kecilnya dipangku oleh ayahnya yang cukup dikenali ramai.
Siapa sangka anak gadis yang begitu cantik itu rupanya Puteri Aleeya Antasha Ahmad Azhar yang juga merupakan anak kepada penyanyi rock yang cukup terkenal, iaitu Awie.
Ramai warganet terkejut dan tidak menyangka bahawa Awie sudah pun mempunyai anak dara yang cukup manis dan cantik orangnya.
Difahamkan Puteri Aleeya Antasha adalah anak daripada perkahwinan terdahulu dengan Arni Nazira.
Meninjau beberapa posting di akaun TikTok anak gadis Awie ini turut memuat naik video sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke 21. Majlis bermakna itu juga turut diraikan oleh keluarga dan Awie turut hadir bersama.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan tidak kurang juga yang berseloroh mengidam menjadi menantu Awie Wings. Malah ramai juga mengakui kecantikan anak gadis Awie banyak mewarisi kecantikan ibunya.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Umum mengetahui figura seni bernama Mark Adam ini merupakan seorang pelawak. Sikapnya yang bersahaja dengan kareakternya sedemikian sentiasa mengundang lucu buat peminatnya.
Dia yang berasal dari, Cebu, Filipina, juga merupakan seorang penyanyi. Namun apa yang cukup menyentuh hati adalah Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah juga mempunyai sebuah pusat latihan vokal yang hampir setiap hari mengajar anak muridnya aspek lontaran suara untuk menyanyi dengan merdu.
Namun bukan itu yang ingin diperkatakan. Sebaliknya perkongsiannya baru-baru ini mengundang rasa sebak di hati peminatnya. Mark yang kini memasuki usia 40 tahun itu diajar untuk membaca Iqra oleh seorang pengajar sebagai permulaan bagi mempelajari kitab suci al-Quran.
Suami kesayangan Nor Azah Redzuan yang juga merupakan pengurusnya memuat naik satu video yang berdurasi 55 saat. Di dalam rakaman video tersebut kelihatan Mark Adam menyebut satu persatu huruf sambil diperbetulkan oleh pengajar tersebut.
Insyaallah Thank u Ustaz 🙏🙏🙏
Demikian kapsyen ringkas yang ditulis oleh Mark Adam menerusi rakaman video tersebut.
Kecantikan wanita Thailand memang tidak dinafikan lagi. Selain memiliki kulit yang cerah dan putih, wanita Thailand juga memiliki kulit yang mulus dan gebu.
Bukan hanya cantik pada wajah, kebanyakkan wanita Thailand dilihat memiliki bentuk badan yang sempurna dan kekal langsing.
Selain pemilihan makanan, gaya pemakanan mereka yang sihat juga membantu menyerlahkan lagi kecantikan dalaman mereka. Malah kalau anda nak tahu, wanita Thailand juga cukup gemarkan petua alami dan mengamalkan rutin almani ini setiap hari. Patutlah mereka cantik.
Berikut merupakan amalan dan rahsia cantik mereka yang diamalkan sejak dulu. Tak salah kalau kita nak cuba.
1. Amalan Berurut
Amalan berurut menjadi satu kewajipan bagi wanita di Thailand. Tidak hairanlah kebanyakkan daripada mereka pandai berurut. Selain melancarkan perjalanan darah, berurut juga dapat merehatkan tubuh dan menenangkan minda.
Malah minyak urut juga kebiasaannya digunakan daripada bahan alami seperti minyak kelapa yang dicampurkan bersama halba, halia, bawang putih dan kunyit hidup.
2. Beras Pulut
Pulut sememangnya sudah menjadi menu tradisi bagi semua masyarakat Thailand. Pengambilan pulut dalam menu harian dikatakan memberi ‘bonus’ pada kulit wajah yang cantik, bersih dan gebu.
Tak hairanlah kebanyakkan mereka sering menggunakan masker beras pulut kerana tahu akan khasiat hebatnya.
3. Lulur
Tak hanya berurut, satu kemestian bagi setiap wanita di sana adalah melakukan proses lulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan bukan hanya menghaluskan kulit tetapi juga mencerah dan menggebukan kulit.
4. Amal Rempah Ratus
Sukakan herba dan rempah ratus. Inilah pilihan menu yang seringkali dipilih oleh wanita di sana. Halia, serai, lengkuas dan beraneka herba dan rempah ratus seringkali dijadikan pilihan utama dalam hidangan mereka yang ringkas. Panas dan hangat, inilah yang membuatkan dalaman tubuh lebih hebat.
5. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing.
Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksin melalui peluh. Patutlah mereka kurus dan cantik sentiasa!
6. Santan Untuk Rambut
Satu lagi rahsia cantik wanita Thailand adalah memiliki rambut yang sihat, hitam dan lebat. Sempurna. Penggunaan sumber asli seperti santan seringkali digunakan mereka dalam rawatan rambut dan penjagaannya. Tidak hairanlah rambut mereka terjaga dengan cantik.
7. Masker Alami
Tidak hanya melulur badan, wanita Thai juga cukup gemar menjadikan aktiviti masker muka daripada bahan alami sebagai perkara wajib untukcantik.
Masker daripada betik antara yang sering diamalkan mereka sejak dulu. Selain itu masker daripada beras pulut dan beberapa bahan alami lainturut menjadi kegemaran mereka. Kena cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Batal solat kerana anak menangis bukanlah harus jika tiada kecemasan. Ketahui hukum, syarat mendukung anak ketika solat dan penjelasan lengkap Ustazah Asma' Harun menurut syarak.