Sudah sampai masanya kita mempunyai ilmu dalam pembelian emas. Jika selama ini kita hanya membeli emas dan mempercayai penjual sahaja, sekarang kita akan lebih yakin dengan pembelian.
Mentaliti kedai itu murah, kedai ini bagus, kedai itu bagi diskaun banyak, kedai ini upah sikit, kedai itu harga emas rendah dan sebagainya, sebenarnya tidak memberi apa-apa erti selagi kita tidak kira.
Ada yang rasa “apa susahnya kira?” Tak susah mana pun jika tahu. Ini yang saya senaraikan khas buat yang belum tahu supaya sekarang, lebih ramai lagi yang berilmu dan tidak diambil kesempatan sewenang-wenangnya.
1. Formula kira upah yang kedai kenakan (jika tidak diberitahu).
Jumlah perlu dibayar – (berat emas x harga emas kedai)
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259
Jumlah perlu dibayar : RM2835
= RM2835 – (10 x 259)
= RM2835 – RM2590
= RM245 ialah upah yang diambil.
Nota : Ada kedai yang tidak bertanggungjawab dan menyembunyikan caj upah. Ada yang langsung tidak tunjuk di resit. Yang ada hanya berat x harga emas dan jumlah perlu dibayar. Ini pentingnya guna formula ini supaya tidak diambil kesempatan.
2. Formula kira harga emas SEBENAR selepas dikira upah.
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) ÷ 10
= (2590 + 245) ÷ 10
= 2895 ÷ 10
= RM289.50 ialah harga SEBENAR emas kedai tersebut selepas dikira upah.
Nota : Jangan terpedaya dengan harga emas kedai yang diberitahu selagi tidak menggunakan formula ini.
3. Formula kira upah setiap gram yang kedai kenakan.
Ikut langkah formula 1 untuk jumlah upah jika tidak dimaklumkan. Kemudian bahagikan dengan berat.
Ads
Contoh
Berat emas : 10 gram
Jumlah upah : RM245
= 245 ÷ 10
= RM24.50 ialah amaun upah yang dikenakan pada setiap gram.
Nota : Ada kedai yang mengenakan upah setiap gram yang mahal. Yang paling utama ialah untuk tahu nilai emas per gram yang sebenar selepas upah di formula nombor 2 di atas.
4. Formula kira beli emas baru dengan trade in emas lama.
(Berat emas baru x harga emas kedai + upah) – (Berat emas lama x harga trade in kedai)
Contoh
Berat emas baru : 10 gram
Berat emas lama : 5 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Harga trade in kedai : RM230/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) – (5 x 230)
= (2590 + 245) – 1150
= 2835 – 1150
= RM1685 ialah amaun yang perlu ditambah untuk beli 10g emas baru setelah trade in 5g emas lama.
Nota : Sudah hampir tiada istilah susut nilai 25% dari harga emas masa beli. Semuanya bergantung kepada harga emas trade in bagi kedai itu.
5. Formula perbandingan kedai ADA UPAH vs kedai FREE UPAH.
Ada 2 formula dalam kategori ini. Formula pertama yang paling ringkas iaitu bandingkan jumlah kena bayar kedua-dua kedai jika berat emas yang ingin dibeli sama.
Ads
Formula kedua yang lebih terperinci dalam kategori ini ialah dengan membandingkan harga untuk 1 gram kedua-dua kedai.
Ikut langkah Formula kira harga emas sebenar selepas dikira upah dan bandingkan dengan berat x harga emas kedai FREE UPAH seperti Gull Jewellery.
Contoh
Kedai Emas A ADA UPAH
Kedai Emas B FREE UPAH
Berat emas : 10 gram
Harga emas Kedai A : RM259/g
Harga emas Kedai B : RM270/g
Jumlah upah Kedai A : RM245
Jumlah upah Kedai B : FREE UPAH
Kira harga emas sebenar Kedai A ADA UPAH
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Kedai A ADA UPAH lebih mahal RM19.50 untuk setiap gram berbanding Kedai B FREE UPAH.
Nota : Jangan buat kesimpulan awal dengan membandingkan harga emas kedai sebelum dikira bersama upah. Gunakan formula ini dan jika kedai dengan upah hasilnya murah dari kedai yang FREE UPAH, bermakna kedai itu upahnya murah dan belilah di kedai itu. Yang penting, WAJIB TAWAR UPAH. Jika tidak tawar, anda akan membayar lebih.
6. Formula bandingkan yang mana lebih untung trade in di kedai atau simpan di Ar Rahnu.
(Berat emas x harga trade in kedai) – (berat emas x harga Ar Rahnu x 70%)
Berat emas : 10 gram
Harga trade in Kedai emas : RM230/g
Harga emas Ar Rahnu : RM272/g
Kadar peratus pinjaman : 70%
= (10 x 230) – (10 x 272 x 70%)
= 2300 – (2720 x 70%)
= 2300 – 1904
= RM396 ialah lebihan nilai yang dapat jika trade in di kedai berbanding simpan di Ar Rahnu (Ar Rahnu belum masuk upah simpan).
Nota : Jika masih sayang emas yang lama, simpanlah di Ar Rahnu. Jika memang sudah bosan atau mahukan rekaan yang baru, trade in sahaja di kedai. Tetapi pastikan kira dahulu. Ambil tahu harga emas Ar Rahnu dan harga Trade In kedai.
Semoga dimanfaatkan ilmu ini sebaiknya. Silakan tekan butang share buat manfaat semua. Dilarang copy paste ye.
#CabaranRM3 masuk hari ke 74 hari ini (17 Ogos 2020) dan jumlah terkumpul yang anda perlu ada dalam tabungan ialah RM222.
Cabaran ini adalah untuk menggalakkan semua menyimpan atau menabung untuk membeli emas dengan menyimpan RM3 setiap hari selama 180 hari. Selepas sampai sasaran hari, kita akan ada cukup duit untuk beli sekurang-kurangnya 2 gram emas. Menabung sendiri dan beli sendiri nanti. Saya hanya memberi motivasi dengan membuat post peringatan setiap hari untuk #CabaranRM3 ini.
Ilmu yang amat berguna jika memilih emas sebagai aset pelaburan jangka masa panjang Selamat merancang simpanan buat keluarga!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun bertindak nekad melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di Taman Cahaya selepas dipercayai didera dan dikurung pada Jumaat.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Thina, 48 berkata, kejadian itu disedari isterinya ketika berjoging di kawasan berkenaan.
“Ketika itu kanak-kanak berkenaan berada di belebas tingkap di tongkat 4 kondominium berkenaan.
“Dia menjerit meminta tolong kerana sudah tidak tahan didera oleh seorang wanita di rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, kejadian itu bukan kali pertama, malah pada minggu lalu kanak-kanak itu dibogelkan dan diarah berdiri di balkoni rumah.
“Kejadian itu memang kami saksikan, anak-anak saya juga melihat, malah ketika menyelamatkan kanak-kanak itu dia memberitahu sudah tidak tahan dan penat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas menerima laporan dari orang awam pada jam 4.41 petang.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar daripada tingkap bilik berkenaan sebelum terperangkap di belebas tingkap berkenan.
“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 4.48 petang mendapati pintu kediaman terbabit sudah berjaya dipecahkan oleh pengawal keselamatan kondominium terbabit.
“Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu dipercayai mangsa penderaan berdasarkan kesan-kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Norazam berkata, mangsa adalah kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lapan tahun dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan berseorangan.
Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kita beruntung ada banyak jenis hidangan nasi. Bila pergi kenduri, tak selalunya orang hidang nasi minyak. Ada yang hidang nasi hujan panas, nasi tomato termasuk nasi mandy walaupun bukan menu Melayu.
Kadang-kadang teringin nak rasa menu nasi yang tak pernah cuba lagi. Ala thai, ala arab atau ala china? Eh tapi semua tu ada ke menu untuk nasi? Tentu lah semua bangsa pon ada menu nasi tersendiri termasuklah mat salleh kan.
Kalau nak cuba menu baru boleh cuba menu nasi khomok. Apa tu nasi khomok? First time dengar ke? Nasi khomok ni berasal dari Thailand atau Siam. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.
Biasanya orang Kelantan dah pernah makan. Tambah lagi yang selalu pergi jalan-jalan di kawasan Golok dan Rantau Panjang. Haa dah dengar penjelasan ni tak terliur ke nak cuba? Jom kita cuba resepi yang dikongsikan di bawah.
RESEPI NASI WANGI THAILAND
BAHAN-BAHAN:
-Ayam dipotong, cuci bersih dan kemudian toskan
BAHAN PERAPAN AYAM:
-4 batang serai
-Ketumbar
-Kunyit hidup & serbuk
-1 labu bawang putih
-Halia
-1 sudu tepung gandum
-Sedikit pewarna merah
-Sedikit garam secukup rasa
CARA MEMASAK AYAM:
-Kisar bahan perapan dan gaulkan pada ayam
-Biar perap selama satu jam dan goreng ayam
BAHAN NASI KOMOK:
-1kg beras basmati yang dibersihkan kemudian toskan
-Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit)
-Kulit kayu manis
-Bunga lawang
CARA MEMASAK NASI:
-Tumiskan bahan dalam periuk sampai naik bau
-Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras
-Letak gula, garam atau secukup rasa
-Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak
BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):
-2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
-1 sudu serbuk kunyit
-1 sudu serbuk jintan manis
-1 sudu serbuk jintan putih
-1/2 sudu serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKAN:
-Satukan semua rempah
BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:
-3-4 ulas bawang putih
-4 biji cili merah
-5-6 biji cili padi
-Akar daun ketumbar
-Sedikit garam
-Gula
-2 sudu cuka
-Air
CARA SEDIAKAN SOS:
-Kisar halus semua bahan-bahan
-Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar
Alam perkahwinan ni sesuatu yg SIMPLE…
3 tahun pertama perkahwinan, tapau makanan luar je…dlm seminggu tu, ada la 2 atau 3 hari jumpa isteri…selebihnya tak jumpa sbb keje berlainan syif…sorang pagi, sorang mlm…dia nk masak tggal lauk, tggal nasi, sorang je nk mkn pun…end up, saya ckp xpyh masak, tapau luar siap2 sblum smpai umah…blk panaskan je…nk mkn sorang2 kat kedai, segan…
Bila ada anak2, isteri masak lauk anak2 sahaja…moi, bubur, sayur…lauk saya, still tapau luar…lepas dia benti keje, bru stop tapau menapau ni…
Org kata, nak tackle suami, kena jaga perut dia…perut saya, org pattani yg jaga wktu 3 tahun pertama perkahwinan…hubungan renggang x? Tak pun sbb kita masing2 faham diri masing2…lagipun dah capai persetujuan bersama…
Sejak lahir anak sulung sampailah ank ketiga, saya tdo bwh ja…xpenah lg dpt peluang tdo berdua bila dah ada anak2 walaupun dlm sebilik…8 tahun dah rasanya last tdo berdua (pandai2 la cari bila nak, takkan itu pun nk citer)…
Hubungan hambar? Tak jugak…hubungan still maintain bahagia walaupun malam2 tak tdo sebelah menyebelah.
Bila anak dah 3, perhatian dan layanan isteri lebih kpd anak2…byk benda dan perkara terarah kpd anak2…kadg2 mintak kopi, tp lupa dibuat sbb dia sibuk dgn anak2…kadg2 tanya itu ini, tp tak dijawab sbb dia kalut dgn anak2…
Rasa diabaikan? Tak…nk rasa diabaikan kenapa klu kita faham yg anak2 perlu diberi lebih perhatian, layanan dan jagaan sbb diorang tgh membesar…bukan smua benda diorang boleh menguruskan dgn sendirinya…nk kena ada ibu diorang utk bantu…
Bgun la bancuh air sendiri, ambik makanan sendiri…serba serbi sendiri…
Pokok pangkalnya, alam rumahtangga tu akan menjadi simple bilamana kita dan pasangan saling memahami, saling bertolak ansur…kita sebagai suami kena lower down the demand yg isteri kena fulfill…benda apa yg bleh dibuat sendiri, cuba utk buat sendiri…
Tak perlu utk letak kebergantungan tu pada isteri semata-mata sbb nak dilayan bagai raja…tak salah pun jika kita suami isteri sama-sama jadi “rakyat biasa” yg hidup bersama utk bahagia…
Renung-renungkan, semoga bermanfaat…
Kredit: Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.