Sejak akhir-akhir ini, banyak kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dengan penunggang motosikal sehingga meragut nyawa. Terkesan dengan berita ini, warga net melahirkan rasa sedih dan terkilan.
Menurut laporan sinar harian semalam, seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar di sini, hari ini.
Kejadian kemalangan semalam yang meragut nyawa dirempuh pemandu mabuk.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang diniagakan oleh isterinya. Sudah pastinya, isteri arwah hilang tempat bergantung setelah suami terbabit dalam kemalangan.
Menerusi facebook, seorang lelaki, berkongsi kisah mengenai budaya minum arak dikalangan rakyat Jepun yang akan mengunakan khidmat ‘Daikou’ untuk mengelak berlaku kemalangan. Malah juga berkongsi bagaimana jika seorang yang mabuk ditangkap ia umpama memalukan keluarga dan bakal hilang pekerjaan. Selanjutnya kisah lelaki ini.
Budaya minum arak di kalangan rakyat Jepun telah menjadi sebahagian budaya hidup bagi masyarakat mereka.
Dalam apa jua majlis, keraian ataupun mengeteh lepas waktu kerja sekalipun, arak itu wajib ada.
Terkadang ada juga yang kalau nak kawen, kena tunjukkan kepada bakal ayah mertua yang awak tu pandai minum. Kalau tak bapak dia akan test ko..
“Nani?! Ore no sake wo noman no kai??”.. (Hapa?! ko tak minum arak aku ye??).. haaa pandai-pandai la ko nak jawab…
Haha.. bukan semua bapak mertua camtu ya.. saya kata tadi “terkadang ada”..
Nasib baik saya dapat bapak mertua yang pemikiran dia agak antarabangsa sikit, bukan old school macam kebanyakkan bapak-bapak yang kuat pada tradisi. Dia faham yang saya tak boleh minum dan tak pernah offer pun arak pada saya.
Saya juga terkadang tak lari dari keraian majlis-majlis di syarikat lama saya dulu. Antaranya seperti majlis makan malam hujung tahun.
Ads
Ya, waktu itu arak disediakan dan diberikan sepenuhnya oleh syarikat kepada pekerja mereka sebagai tanda terima kasih syarikat atas penat lelah pekerja mereka selama setahun itu.
Jangan bimbang, saya biasanya akan duduk semeja dengan kaum vegetarian dan kaum yang tak boleh minum arak sebab penyakit.
Untuk makluman ramai gadis juga di meja itu. Saya Cuma menikmati coca cola dan oolong tea sahaja.
Gambar hiasan
Ya, bila mana ada keraian macam tu, pekerja-pekerja tadi akan balun arak sepuas mungkin sampai ada yang bermandi arak.
Masa pertama kali saya melihat suasana itu, saya agak tergamam kerana memang bukan budaya kita.
Mereka akan mabuk-mabuk sampai ada yang terlentang atas lantai la, menyakat staff gadis muda la…malah ada yang sampai bertelanjang bulat…aduh ..memang parah…
Tetapi, yang peliknya… walau mabuk macam mana sekalipun mereka ni… mereka berpegang pada prinsip dan peraturan! Iaitu tidak memandu selepas minum arak.
Tiap kali nak hadiri majlis keraian atau gathering makan, mereka akan suruh isteri atau keluarga mereka hantar, atau dengan menaiki pengangkutan awam. Tetapi ada juga yang memandu la.
APA ITU DAIKOU?
Ads
Dan selepas tamat majlis keraian atau makan-makan, mereka akan memanggil dan menggunakan perkhidmatan “Daikou” untuk menghantar mereka pulang ..
Daikou ialah “Pemandu Pengganti”. Apa benda pulak tu? Daikou ni ada 2 jenis.
1) Perkhidmatan seperti Teksi atau Grab. 2) Perkhidmatan menghantar pulang tuan kenderaan dan kenderaan tu sekali.
Yang pertama tu semua faham la macam biasa, panggil dan hantar balik rumah. Yang kedua tu biasanya mereka akan datang dengan dua pemandu.
Pemandu pertama akan bawak tuan kereta dan hantar balik. Pemandu kedua akan bawa balik kereta pelanggan itu tadi. Bayarannya biasa dalam 5,000 yen mengikut jarak.
Tapi kadang-kadang staff syarikat saya ada cara ketiga pulak…. mereka gunakan saya mintak tolong hantar balik… aghhh waktu tu masa saya masih junior memang terpaksalaa jadi pemandu mereka..
Hukuman terhadap pemandu mabuk di Jepun amat berat. Boleh dikenakan saman yang tinggi sampai boleh jadi bankrap, dan juga lesen boleh ditarik balik.
Ads
RAKYAT JEPUN JIKA MABUK AKAN MALUKAN KELUARGA DAN DIBUANG KERJA
Tetapi, yang paling rakyat Jepun ni takut ialah integriti mereka sendiri.
Jika dicekup memandu dalam keadaan mabuk, ini akan memalukan mereka dan keluarga mereka sendiri. Malah boleh dibuang kerja.
Paling teruk, ada juga pemandu mabuk yang melanggar orang sehingga mati, menjadi murung dan membunuh diri akibat malu yang terhammat sangat.
Saya harap di Malaysia akan wujudlah prosedur untuk melarang mereka yang mabuk memandu kenderaan termasuk melaksanakan undang-undang yang berat-seberatnya bagi menghukum pesalah pemandu mabuk ini.
Di Jepun, mereka gunakan slogan, “Nomu nara noru na!” (Don’t drink and drive!).
Di Malaysia pun patut ada slogan yang lebih keras… ”Pemandu mabuk pergi mampus!”
Walaupun pernah melalui fasa sebagai seorang ayah sebelum ini, namun penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah, 60, akui gementar menanti kelahiran anak perempuannya.
Menurut Datuk Jamal lagi, dia tidak akan menemani isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, di bersalin kerana takut dengan proses yang bakal dilalui.
“Alhamdulillah, kandungan dah masuk lapan bulan setengah dan isteri berada dalam keadaan sihat. Cuma saya berasa agak gementar nak melalui kembali proses ini.
“Tengok dia berjalan pun kita dah terfikir macam mana sengsara dia nak menghadapi semua ini. Jadi saya dan beritahu isteri dan minta maaf awal-awal.
“Saya kata saya minta maaf kerana tidak dapat menemani dalam bilik bersalin kerana saya takut. Anak-anak saya sebelum ini pun sama juga, saya tidak masuk bilik bersalin.
“Bukan takut darah cuma saya tak boleh bayangkan macam mana perut yang besar itu nak keluarkan anak,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai isterinya, Jamal memberitahu Zai Izzati tidak mengidam makanan yang pelik-pelik.
“Isteri saya tidak mengidam tetapi saya pula yang alami alahan. Saya mengidam lemang dan rendang sepanjang tempoh dia kehamilan dia.
“Nasib baik lemang dan rendang itu makanan yang senang nak dapat, tidak kiralah siang atau malam,” katanya ketawa.
Terdahulu, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.
Jamal sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perceraian.
Hasil perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pendakwah bebas, Da’i Hamidah baru-baru ini selamat melahirkan bayi keduanya. Berita tersebut dikongsi menerusi laman instagramnya.
Alhamdulillah🤍 Syukur yang teramat sangat😭. Alhamdulillah dipermudahkan melahirkan anak kedua jam 4.53am, 23.2.2021. Semoga Allah Taala merahmati & memberkati permata ini✨
Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak berkongsi rasa gembira dan terharu dengan keprihatinan ahli keluarga termasuk suami yang banyak membantu melancarkan urusannya sehingga selamat melahirkan bayi keduanya.
Dalam perkongsian terbarunya, Da’i Hamidah memuat naik sekeping gambar bersama suami dan berterima kasih atas bantuan semua.
Fasa mengandung, melahirkan dan mendidik bukanlah satu perkara yang mudah. Sebab itu disebut kepada ibu yang mengandung “wahnan ala wahnin “. Benar- benar sakit dan benar- benar mendebarkan.
Maka suamilah tempat isteri menumpang kekuatan. Terima kasih suamiku yang menemani dari awal sehingga melahirkan. Walaupun dalam labour room tersengguk2 sangat mengantuk almaklumlah anak lahir waktu tahajjud😄.
Terima kasih juga insan terpenting dalam hidup kami berdua iaitu mak,ummi & ayah yang banyak membantu. Berkat adanya mereka terlalu banyak urusan kami menjadi mudah. Ya Allah mana nikmatmu yang ingin kami dustakan.
Semoga kehadiran permata kedua ini menambah seri kebahgiaan dalam rumahtangga kami In Sya Allah
Sebelum itu, dalam laman instagramnya Da’i Hamidah turut berkongsi tip untuk ibu bapa tentang apa yang perlu dilakukan apabila bayi baru lahir.
Bayi yang baru dilahirkan 8 perkara perlu dilakukan :👶🏻
– 3 perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja dia dilahirkan iaitu ( azan , iqomat, dan tahnik )
– 4 perkara yang perlu dilakukan pada hari ketujuh kelahirannya : ( akikah, diberi nama, bercukur, dan bersedekah )
– 1 perkara yang perlu dilakukan pada hari kelapan : ( khitan )
* Tak wajib ikut hari senarai atas ni sebijik2 tapi kita usaha buat semua perkara di atas* ______________ Alhamdulillah hari kesembilan dah permata kami👶🏻. Syukur selesai apa yang penting✅. Tapi masih tak boleh lupa pengalaman bersalin anak kedua ni begitu mudah Alhamdulillah
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, peluasan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.
“Ini peluang yang sangat baik, BAP diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam buat kali pertamanya dalam sejarah, dan kita mahu anak-anak Tingkatan Enam ini terus bersemangat.
Pelajar Tingkatan Enam Terima Februari 2025
“Kita harap inisiatif untuk Tingkatan Enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana Tingkatan Enam ini sangat penting, ia pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Fadhlina berkata, agihan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam sedia ada akan dilaksanakan pada Februari 2025 manakala pelajar baharu akan menerima BAP pada Julai 2025.
Beliau berkata, peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam juga adalah cerminan keprihatinan kerajaan Madani untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan.
Inisiatif itu juga membuktikan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan untuk terus memperkasakan pendidikan selain untuk menggalakkan pelajar memilih pendidikan Tingkatan Enam, selepas SPM, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober lepas, mengumumkan BAP diteruskan, dengan hampir RM800 juta diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.