Baru merasa nikmatnya bergelar ibu, pelakon cantik, Intan Najuwa mengakui kuatnya emosi apabila bergelar seorang ibu.
Bahkan kata Intan lagi dia mengakui dirinya tidak kuat apabila perlu menjaga bayinya seorang diri.
Disebabkan itulah dia sangat menghormati golongan ibu yang menguruskan anak mereka tanpa seorang pembantu.
Menerusi siaran langsung Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Datin Intan Najuwa Abdul Wahid menyatakan rasa kagum terhadap golongan ibu yang menjaga anak-anak tanpa bantuan helper memandangkan dia sendiri tidak kuat dengan hal itu.
“Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat.
Ads
“Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir.
“Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental,” ujarnya.
Ads
Tambah Intan lagi, dia mendedahkan turut menangis sama apabila anak sulungnya Imane Lunara menangis sehingga membuatkan suaminya pening kepala.
Atas sebab itu kata Intan dia sangat memerlukan bantuan pembantu dalam menguruskan anak kerana kadang kala situasi yang dihadapi menjadi hura hara apabila anak mulai meragam.
“Saya yang ada pembantu pun pening. Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana.
Ads
“Luna nangis, saya pun nangis. Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik.
“Sampai lupa nak buat apa,” katanya lagi.
Ramai yang menghargai pujian yang diberikan pelakon itu kerana mengakui bukan mudah menjadi seorang ibu yang baru melahirkan anak tanpa dibantu oleh sesiapa lebih-lebih lagi ketika dalam pantang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Balik kerja dah tentulah kita penat seharian. Kerja pula bukan sekadar masukkan bahan dalam komputer dan simpan seperti dulu-dulu. Sekarang nak kena fikirkan dua tiga kerja yang terpaksa jalan sekali harung.
Sampaikan ada ibu nak tidur malam pun masih termimpi-mimpi pasal kerja. Malah ada juga yang sempat buat bahan ketika susukan anak jam tiga pagi. Ya..itulah cabaran ibu hari ini.
Nak masak? Ya soal masak memang jadi semakin mencabar bilamana kerja makin bertambah dan badan terlalu penat untuk masak. Akan tetapi yang semua ibu kena
tahu kuasa memasak sangatlah hebat bagi si kecil anda. Mengapa?
Momen indah dengan makanan
Dari kecil sampai besar makanan ibu nilah yang buat anak terkenang-kenang sampai bila. Sampai tahapnya sarapan pagi ibu misalnya akan jadi satu makanan tradisi yang tak mungkin si anak boleh cari di mana-mana walaupun hanya sekadar nasi goreng putih biasa tanpa ayam, bilis atau telur. Nasi Goreng Legend, Sedap sampai bila-bila.
Suasana kelam kabut
Balik rumah dah maghrib dan rumah jadi hingar bingar bila uruskan anak nak susu, mandi dan sebagainya. Ketika ini jugalah ibu berperang dengan periuk dan kuali di dapur. Tambah bingit bila si ibu hanya bagi arahan itu dan ini daripada dapur dan sesekali keluar menguruskan anak.
Itu belum masuk lagi anak nak berkepit dan pegang kaki ibu. Rimas tapi inilah momen yang akan dirindui satu hari nanti bila anak sudah mula memilih jalan mereka sendiri. Jadi jangan mengeluh.
Kenyang Perut
Bila perut lapar semua jadi tak kena. Anak meragam, ayah gelisah dan satu rumah boleh berdentum bila makanan tidak masuk ke dalam perut. Semua keadaan jadi tak tenang. Jadi sebaik balik ke rumah, cubalah memasak walau hanya berlaukkan telur kicap dan bilis goreng. Itu sudah memadai untuk buat perut kenyang. Bila perut dan kenyang, masing-masing boleh terlena dengan nyenyak.
Raikan hujung minggu
Hujung minggu jangan pula asyik makan di luar. Jadikan waktu hujung minggu waktu bersama dengan keluarga. Raikan mereka dengan makanan. Kalau nak hujung minggu saja tanyakan apa yang anak-anak nak makan supaya dia sendiri rasa gembira dan tak sabar.
Ajar anak-anak masuk dapur dan menikmati kesibukan kacau bilau dengan mereka dan kemudiannya makanlah bersama-sama. Itulah waktu emas bagi mereka. Semua ini momen indah.
Makanan tradisi
Ya..semua makanan ibu adalah makanan tradisi yang akan kita bawa bila sudah besar. Bila di rumah sewa kita asyik telefon ibu bagaimana nak buat resipi itu ini dan bila sudah berkahwin, kita minta ibu tolong ajarkan sampai sedap supaya kita nak suami dan anak-anak rasa sedapnya sama macam nenek buat. Kita nak anak-anak kita terkenang-kenangkan rasanya sampai besar.
Tahu apa anak mahu
Bila anak sudah besar, harus ada satu makanan yang memang dia suka sejak kecil. Misalnya nasi goreng atau sambal bilis ibu, air tangan ibunya sendiri. Kalau kita tak masak, macam mana nak tahu apa kesukaan anak-anak kita dan bagaimana menu tradisi nak disampaikan pada generasi akan datang.
Dan kerana itu jugalah kita perlu masak hari ini untuk anak-anak kita!
Tip Masak Ekpress
* Kisar bawang merah dan bawang putih pada hujung minggu dan simpan dalam peti ais.
* Ketika hendak pergi kerja, letakkan bahan basah seperti ikan di bahagian bawah supaya tidak perlu menunggu lama apabila hendak masak.
* Ikan pula simpan dalam bekas kecil untuk satu hidangan, supaya lebih cepat cair dan tak perlu tunggu lama untuk masak.
* Masak menu ringkas sahaja di malam hari. Pilih bertumis dan didih sahaja supaya lebih cepat.
* Tak perlu menu berat seperti bersantan atau yang dimasak lama seperti rendang dan sebagainya untuk anak-anak makan malam. Menu ringkas seperti masak
kicap, sayur tumis dan sebagainya sudah memadai.
* Fokus ketika memasak.
* Peruntukkan waktu hanya 30 minit atau paling lama 1 jam sahaja ketika masak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...