Ads

Demi Isteri Sambung PhD Di UK, Suami Sanggup Jual Rumah Kesayangan & Bermula Dari Bawah

Cover image via Harian Metro & Wikivoyage

Bukan hanya sanggup mengambil cuti tanpa gaji, malah lelaki ini juga sanggup menjual rumah kesayangan demi berhijrah ke Leeds, United Kingdom (UK) kerana mengikut isteri tercinta menyambung pengajian di negara itu.

Biarpun pernah menyarung seragam anggota bomba, Mohd Azmizam Mansor, 40, sanggup bermula daripada bawah di negara orang dengan melakukan dua pekerjaan. Pada sebelah pagi, dia bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kampus.

Demi Isteri Sambung PhD Di UK, Suami Sanggup Jual Rumah Kesayangan & Bermula Dari Bawah
MOHD Azmizam Mansor mencari rezeki sebagai pembantu tukang masak. FOTO Ihsan Mohd Azmizam Mansor. Foto Via Harian Metro

Manakala bermula jam 4.30 petang hingga 9.30 malam pula, Mohd Azmizam bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah restoran.

Berkongsi kisahnya, Mohd Azmizam berkata, dia bersama isteri, Fatin Nabilah Azren, 37, dan tiga anak mereka bermastautin di UK sejak Oktober 2021.

Menurut Mohd Azmizam, cabaran mereka bermula sejak hari pertama menjejakkan kaki ke UK apabila sukar mendapatkan rumah sewa. Keadaan itu menyebabkan mereka tiada pilihan selain bermalam selama dua minggu di sebuah hotel bajet.

“Waktu itu adalah pasca COVID-19 dan penuntut mula kembali ke kampus maka permintaan rumah sewa tinggi jadi susah nak dapatkan rumah buat keluarga.

“Tapi akhirnya dapat juga rumah sewa dengan bantuan satu pasangan, ustaz Daud dan ibu Hamidah yang sudah jadi penduduk tetap (PR) di sana.

“Selesai urusan rumah, saya cuba cari kerja dan syukur diterima sebagai pembantu tukang masak di sebuah restoran milik orang Malaysia di sana yang menjual nasi lemak.

Ads

“Ikutkan tak pandai masak tapi saya cuba belajar malah sampai sekarang bekerja di restoran sama walaupun sudah bertukar pemilik,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak Fasih Bahasa Inggeris, Pernah Takut Keluar Rumah

Bercerita lanjut, Mohd Azmizam mengakui tidak fasih berbahasa Inggeris pada awalnya hingga takut setiap kali mahu keluar rumah.

Menurutnya, anaknya juga mengalami masalah sama. Namun lama-kelamaan mereka dapat menyesuaikan diri dan kini sangat lancar bertutur bahasa Inggeris.

“Kebanyakan pekerja di restoran adalah orang Malaysia jadi tak ada masalah untuk kami berinteraksi.

“Tapi, 90 peratus pelanggan yang datang orang tempatan walaupun menu di restoran adalah nasi lemak rendang ayam dan daging.

“Antara penyebab kita dapat tarik orang tempatan adalah kerana jual makanan berasaskan tumbuhan iaitu rendang nangka muda.

Ads

“Penerimaan amat baik, tak pernah berdepan isu perkauman malah sejak tinggal di sini, boleh nampak perubahan dalam diri saya antaranya daripada lelaki yang tak boleh masak tapi sekarang sudah pandai.

“Daripada tak buat kerja kemas rumah tapi sekarang sudah boleh mengemas cuma kena bekerja lebih kuat kerana komitmen tinggi… gaji pekerjaan bukan profesional pula dikira mengikut jam, jadi jika rajin dapat lebih,” katanya.

Pernah Terfikir Untuk Pulang Ke Tanah Air

Selepas lima tahun merantau, Mohd Azmizam berkata, dia pernah terfikir untuk kembali ke tanah air. Namun isterinya perlu menamatkan pengajian yang dijangka berakhir pada tahun hadapan.

“Emak dan ibu bapa mentua pun masih ada tapi sekarang kena bagi isteri fokus dengan pengajiannya sampai habis belajar.

“Kemudian, baru bincang dengan isteri kerana apa pun, nak kukuhkan kewangan untuk kesenangan keluarga,” katanya yang menyimpan hasrat membawa anak dan isterinya menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Ads

Isteri Sebak Suami Jual Rumah Di Kuantan

Sementara itu, Fatin Nabilah berkata, dia terharu dan menghargai pengorbanan suami untuk mengikutnya menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sukan di Universiti Leeds Beckett, UK.

Menurut Fatin Nabilah, dia sebak apabila mengetahui suaminya menjual rumah di Kuantan, Pahang untuk mereka sekeluarga berhijrah ke UK.

“Sejak dapat tahu suami jual rumah di Kuantan, Pahang untuk kami sekeluarga berhijrah ke UK, saya sudah sebak kerana tak semua orang boleh buat memandangkan saya tahu itu satu-satunya aset dia ada.

“Terima kasih saya ucapkan buatnya dan dia dan anak juga yang menjadi pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga tamat pengajian nanti,” katanya yang kini sudah menuntut dalam tahun akhir pengajian.

Pengorbanan Mohd Azmizam membuktikan bahawa dalam rumah tangga, sokongan seorang suami terhadap isteri bukan sekadar kata-kata. Ada kalanya, ia hadir dalam bentuk keputusan besar yang mengubah kehidupan seisi keluarga.

BACA LAGI : Isteri Mangsa Pemandu Mabuk Lega Terima Pencen Perkeso Sepanjang Hayat

Sumber : Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Fazren Rafi Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15, Netizen Kagum Anak 5...

Fazren Rafi rai 15 tahun perkahwinan bersama isteri dan lima anak, kisah bahagia keluarga ini raih pujian netizen.