Hal rumah tangga terutama yang membabitkan sensitiviti memang tidak wajar didedahkan kepada orang luar. Lebih-lebih lagi mengadu domba dalam media sosial jika tidak berpuas hati pada pasangan.
Namun, itulah situasi yang berlaku sekarang. Ada sesetengah pasangan yang menggunakan media sosial sebagai tempat melepaskan geram kepada pasangan mereka tanpa sedar perbuatan tersebut sebenarnya membuka aib pasangan.
Ads
Penceramah bebas Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Dini dalam satu perkongsian menegur agar pasangan suami isteri tidak berkongsi mengenai hal rumah tangga di media sosial.
“Jika terdapat masalah yang timbul dalam hal perkahwinan, perlu dijaga aib masing-masing. Hal rumah tangga tak boleh sewenangnya diceritakan di media sosial. Suami dan isteri perlu jaga aib masing-masing.
Ads
“Meskipun ada hal yang berlaku dalam perkahwinan, itu hanya milik kita dengan pasangan. Termasuk hal di bilik tidur. Tahanlah diri dari mengikut emosi dan meluahkan di tempat yang salah,” tulisnya lagi.
Kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu hingga ke syurga. Begitulah peribahasa yang mengambarkan kasih sayang dan pergorbanan ibu bapa ketika membesarkan anak-anak.
Malah kesukaran hidup tidak menjadi halangan untuk memastikan anak-anak mendapat penjagaan dan pendidikan yang sempurna.
Maka dengan kasih sayang tiada penghujunh ini dan telus ikhlas, kekal abadi dalam jiwa anak-anak. Nyata terbukti apabila anak-anak yang meningkat dewasa tidak lupa jasa kedua ibu bapa.
Begitulah perkongsian salah seorang adik beradik daripada 12 orang ini Ahmad Zulqurnain Ghazalli danHalimahton Ghazalliyang meraikan kedua ibu bapa mereka dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu hasil perkongsian adik beradik dan menantu bagi merealisasikan impian murni ini.
Melalui muat naik video jelas memaparkan suasana sebak tatkala ibu mereka menitiskan air mata dengan hadiah oleh anak-anak.
Sebuah perkongsian yang penuh inspirasi agar mengingatkan supaya tidak lupa jasa kedua ibu bapa dan meraika mereka dalam apa jua bentuk hadiah.
Suasana menjadi sebak. Abang yang sulung membacakan ucapan khas kepada sang ibu ayah.
Tanda penghargaan dari 12 anak dan 10 menantu yang sekelumit pun tidak mampu mengimbangi pengorbanan mereka. Air mata bergenangan.
Sepanjang hidupnya tidak pernah mereka memakai kereta baru. Sedangkan anak2 nya kini mampu memakai kereta baru.
Sepanjang hidupnya susah payah membesarkan 12 anak2 mereka. Bukan senang dengan kerja kampung membesarkan 12 orang anak
Kereta baharu buat ayah ibu
Di dalam satu pengisian yang sangat membekas dalam jiwa aku.
“Apa yang kita pakai, Kita ada, kita nikmati seharusnya ibu bapa kita harus perolehi lebih dari apa yang kita perolehi. Lebih berbanding apa yang kita nikmati”
Kereta kita selesa sedangkan ayah kita masih memakai kereta lama yang streng pun keras, aircondnya x sedingin kereta baru kita.
Beberapa tahun kebelakang ini kami 12 beradik berusaha sedaya mampu untuk sediakan keselesaan untuk mak dan abah.
Ambil giliran pulang ke kampung menemani mereka yang kesepian. Jika mengikut sifir alam. Berapa tahun lagi lah tinggal untuk kami berbakti sehabis hati
Kawan-kawan.
Kita di bandar melalui hari yang ceria Kita dibandar menikmati kehidupan yang selesa
Kita di bandar terlalu sibuk. Sibuk hingga terlupa pulang ke kampung
Sibuk hingga 3 minit telefon mak ayah pun tak terdaya. Ingatlah. Berbaktilah selagi mereka ada!
Kami tahu bahawa takkan ada yang mampu membalas segala pengorbanan yang telah Aboh dan Mak lakukan utk kami 12beradik.
Aboh dan Mak Kami mungkin tidak mampu membalas segalanya.
Bahkan mungkin kami menjadi punca kesedihan aboh dan mak melalui kata-kata dan tingkah laku kami.
Namun, akan kami usahakan agar kami tidak akan lagi mencipta tangisan dikedua matamu dan menggores luka dihatimu. Kami yakin segala kejayaan dan kebaikan adalah kerana doa abah dan mak yang tidak putus.
Aboh dan Mak. Doakan kami agar mampu membahagiakan kalian berdua.
Walau digadai seluruh harta kami, tak mungkin dapat membayar walau secebis pengorbanan aboh dan mak.
Semoga Aboh dan Mak mampu menjadi Raja dan Ratu di Surga kelak. ameen.
Terima kasih atas segalanya aboh dan mak..
Terimalah hadiah tidak seberapa dari kami..
MDD **** ** tahun lahir nya abah ** tahun lahirnya mak
Anak2 dan semua menantu
Bait2 nukilan rasa dari kami 12beradik… Hargailah abah dan mak kita selagi masih ada kesempatan. Bila mana Allah tarik nikmat itu yg tinggal hanyalah flashback ???.
Engku Emran selepas gagal dalam tiga perkahwinannya di mana terdahulu pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Erra Fazira dan bercerai tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.
Engku Emran kemudiannya telah menikahi selebriti Indonesia, Laudya Cythia Bella pada September 2017 dan bercerai pada Julai 2020. Selepas itu berjodoh pula dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan bercerai pada September lalu. Dan siapa sangka kini berhasrat untuk mencari calon isteri dari Korea pula!
Hasrat ini disampaikan secara berseloroh ketika membalas komen daripada penyanyi Alif Satar yang memujinya nampak bergaya seperti oppa (lelaki Korea).
Komen tersebut dibalas menerusi perkongsiannya di Instagram yang agak panjang mengenai pengalamannya dalam kerjaya penerbitan sejak lebih 20 tahun lamanya.
“Nak cari isteri Korea lak lepas ni bro. Since i dont understand women might as not understand what they say completely…,” tulis Engku.
Bagaimana pun Alif turut menganggap apa yang ditulis oleh Enku itu adalah sekadar gurauan antara mereka sahaja. Pun begitu komen tersebut turut telah menarik perhatian netizen.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Secara zahirnya apabila seorang isteri melahirkan anak, itu bermakna dia sanggup berkorban nyawa untuk suaminya demi melahirkan anak penyambung zuriat. Bayangkanlah betapa sukar dan kepayahan yang dilalui dan apa yang nyata, begitu besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini.
Menyedari hal ini, terpanggil seorang lelaki yang juga merupakan suami untuk menyeru lelaki-lelaki lain agar menghargai pengorbanan wanita yang bergelar isteri. Ayuh kita baca isi hatinya agar dapat menjentik hati lebih ramai suami agar tahu hargai isteri mereka.
HARGAI ISTERI
Saya selalu pesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki. Hargai isteri walau apa pun terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat bahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. Isteri yang ada sekarang ‘pernah mati’ untuk kita.
Mereka tiada sesiapa lagi setelah sah bergelar isteri kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Menangis gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan harap agar kita jaga anak mereka dengan baik.
Saya kesian setiap hari terima mesej masalah rumahtangga, kita dengar suami pukul isteri,mula berkasar terhadap isteri,curangi isteri. Mula tidak sayang isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki sanggup ceraikan isteri dan tinggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata kerana perempuan lain.
Kita sepatutnya sebagai suami lindungi mereka, bimbing mereka, jaga amanah yang diberikan oleh mak ayah mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima. Kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?
Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri. Cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati kawan kita itu.
Semua Kerana Allah
Sebab itulah saya pesan kepada remaja sekarang, suka perempuan niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan hargai mereka sampai mati.
Jika kita mahu isteri baik,solehah kita perlu usaha untuk jadi soleh,jadi lelaki yang taat Allah dan Rasul. Perkahwinan bukan hanya diletakkan rasa seronok pada hati sahaja, sebalik ia merangkumi tanggungjawab yang besar.
CINTAperlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki, kepala untuk dapat CINTA Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup KORBAN kekayaan demi Allah dan Rasul. Begitulah juga jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketepikan KEHENDAKkita, berusaha tunaikan KEHENDAK pasangan.
Suami isteri setiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu kepada pasangan. Luangkan masa untuk dengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.
Tuan puan. Banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat selesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada siapa pun dapat tenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun dapat bahagiakan kita kecuali Allah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.