Lelaki Ini Tunjuk Cara Mudah Buat Latte Art Ala Kafe Di Rumah Yang Murah. Memang Sedap!

Share

Sejak pandemik ini ramai yang duduk dirumah bimbang dengan peningkatan kes yang meningkat saban hari.

Namun bagi penggemar kopi tentu sudah lama mengidam untuk menikmati kopi ala kafe yang disajikan dengan latte art.

Biarpun harganya agak mahal, bagi pencinta kopi ia umpama aura menjadikan kopi lebih enak diminum.

Apa kata kali ini buat aje di rumah sendiri. Sebagaimana yang dipaparkan oleh lelaki ini menunjukkan cara untuk buat sendiri latte art

tanpa menggunakan mesin.

Nak tahu caranya ikuti resipi beliau.

Hanya empat bahan aje!

Making latte art versi jimat
1. French press 600ML – RM8.00 (DIY)
2. Pitcher 600ML – RM12.90 (Shopee)
3. Kopi sebuk 130g – RM2.30
4. Krimer manis – RM2.40

Boleh la nak bancuh 10-15 cup bergantung pada penggunaan susu. Saya guna satu sudu je untuk satu cawan.
Tak perfect tapi ada ghope. Ajer gemor nak bergaye
Saya masih baru lagi berjinak jinak dengan latte art ni. Lebih kurang sebulan dua try buat art berdasarkan pembelajaran melalui youtube dan igtv
Walaupun tak secantik barista lain

Bahan-bahan:

Latte versi Cap Gantang:
-1 sudu teh kopi cap gantang
-20ml air panas
-1 sudu besar susu krimer pekat
-200ml air suam (60-70c)
-frenchpress (FP)
-pitcher

Lihat  video ni untuk cara bancuhan

Apa-apa pun sukatan bergantung pada citarasa dan size cawan masing masing.

Selamat mencuba.

Sumber: Abrar Idris

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

 

IKLAN