Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan. Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.
Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.
LELAKI MABUK PANDU MYVI
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu suspek dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.
“Pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar murid berkenaan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ads
Ujarnya, bertindak atas kejadian itu, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 28 tahun.
Menurutnya, ujian saringan yang dilakukan mendapati bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah.
“Suspek direman bermula Khamis sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nubhan, dilaporkan bakal menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok. Berita mengenai pengesahan lafaz cerai Nubhan ini mengejutkan ramai peminat yang mengikuti perjalanan rumah tangganya selama sedekad.
Menurut sumber terdekat pasangan berkenaan, permohonan pengesahan lafaz talak itu telah difailkan oleh Nubhan atau nama penuhnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan September lalu.
“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.
“Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing,” ujar sumber yang enggan dikenali.
Apabila ditanya mengenai punca permohonan tersebut, sumber berkenaan memilih untuk tidak mengulas lanjut dan meminta agar soalan itu diajukan sendiri kepada penyanyi berkenaan.
Namun, beliau mengesahkan bahawa pasangan tersebut kini tidak lagi tinggal sebumbung sejak Nubhan melafazkan talak sekitar Ogos lalu.
“Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Dr. Afifah Hidayah, Datuk Akberdin Abdul Kader, turut mengesahkan bahawa anak guamnya akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi prosiding sebutan pertama seperti dijadualkan.
“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.
“Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.
“Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Datuk Akberdin sebelum ini juga pernah mewakili beberapa selebriti terkenal termasuk Puteri Sarah Liyana, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Sharnaaz Ahmad, Harith Iskander serta bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah Hidayah yang merupakan seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8 tahun; Ahmad Aaffan, 6 tahun; dan Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.
Menggeliat selepas bangun tidur banyak manfaatnya, bukan sia-sia. Menggeliat selepas bangun tidur adalah tindak balas semula jadi tubuh yang sering dilakukan tanpa disedari. Aktiviti ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada tubuh, bukan sekadar untuk meregangkan badan selepas tidur. Ia adalah cara badan kita bersedia untuk menghadapi hari yang baru.
Berikut adalah beberapa manfaat menggeliat selepas bangun tidur yang mungkin anda tidak sedar:
1. Meregangkan Otot Yang Kaku
Semasa tidur, tubuh berada dalam keadaan tidak aktif untuk tempoh yang lama. Ini menyebabkan otot menjadi kaku, terutama jika posisi tidur tidak selesa. Dengan menggeliat, otot-otot diregangkan, membantu melonggarkan kekakuan dan mengembalikan fleksibiliti.
2. Meningkatkan Aliran Darah
Gerakan menggeliat membantu merangsang aliran darah ke seluruh tubuh, termasuk otak. Aliran darah yang baik memastikan tubuh menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, yang penting untuk memulakan aktiviti harian dengan lebih bertenaga.
3. Meningkatkan Postur Badan
Semasa tidur, postur badan mungkin terjejas akibat posisi yang tidak ergonomik. Menggeliat membantu meluruskan kembali tulang belakang dan mengembalikan postur badan yang betul. Ini juga mengurangkan risiko sakit belakang atau leher selepas tidur.
4. Meningkatkan Mood Dan Kesejahteraan Mental
Menggeliat bukan sahaja memberi kesan fizikal tetapi juga memberi impak kepada kesejahteraan mental. Ia membantu merangsang pengeluaran hormon endorfin, yang dikenali sebagai hormon kebahagiaan. Hasilnya, anda akan berasa lebih tenang, gembira, dan bersemangat untuk memulakan hari.
5. Meningkatkan Kesedaran Dan Fokus
Selepas tidur, otak mungkin mengambil masa untuk menjadi lebih waspada. Menggeliat membantu mengaktifkan sistem saraf, meningkatkan kesedaran, dan mengurangkan rasa mengantuk. Ia menjadikan minda lebih fokus dan bersedia untuk melakukan tugas harian.
6. Memperbaiki Fleksibiliti Dan Mobiliti
Amalan menggeliat setiap pagi dapat meningkatkan fleksibiliti otot dan sendi. Dengan melatih tubuh untuk bergerak lebih baik, anda dapat mengelakkan kekakuan atau kecederaan kecil yang mungkin berlaku semasa melakukan aktiviti harian.
7. Mengurangkan Tekanan
Menggeliat adalah salah satu cara tubuh untuk melepaskan ketegangan yang terkumpul semasa tidur. Gerakan meregang ini melepaskan stres fizikal dan mental, memberikan rasa lega dan ketenangan.
Untuk mendapatkan manfaat maksimum, anda boleh mengikuti langkah berikut semasa menggeliat:
*Bangun secara perlahan: Duduk di tepi katil dan biarkan tubuh anda menyesuaikan diri.
*Angkat tangan ke atas: Regangkan tangan ke atas sambil menarik nafas dalam-dalam.
*Pusingkan badan secara perlahan: Pusingkan tubuh ke kiri dan kanan untuk meregangkan bahagian sisi badan.
*Luruskan kaki: Regangkan kaki ke depan sambil memusingkan pergelangan kaki dan tangan.
Kesimpulannya menggeliat selepas bangun tidur bukan hanya satu kebiasaan biasa, tetapi ia adalah langkah penting untuk memulakan hari dengan penuh tenaga dan kesegaran. Jadikan menggeliat sebagai rutin harian anda untuk kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik. Mulakan pagi anda dengan meregangkan badan dan rasai perbezaannya!
Tragedi pelajar UPSI, Muhammad Zahim antara yang terselamat, cedera di bahagian pinggang. Tragedi nahas bas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dan meragut 15 nyawa pelajar UPSI telah menggemparkan negara serta mengundang rasa dukacita seluruh rakyat.
Dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah. Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun.
Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tempoh hari juga ialah Muhammad Zahim Zakri bin Mokharizam yang tinggal di Kampung Bukit Pelong, Permaisuri. Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir telah berkesempatan melawat pelajar ini.
Muhammad Zahim mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan sukar nak bercakap lagi kerana menahan kesakitan. Ketika kejadian berlaku, Zahim tidak tidur dan sedar sepenuhnya sepanjang detik cemas itu serta sempat keluar dari bas berkenaan.
Lebih menyedihkan, ada rakannya yang duduk sebaris telah terkorban dalam tragedi tersebut. Sama-sama kita doakan agar adik Zahim terus diberi kekuatan dan kesembuhan yang sempurna.
Perkongsian Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.