Dapur adalah ruang ‘berkarya’ buat kaum ibu. Di situlah dicurahkan segala kasih sayang dalam menyediakan hidangan buat keluarga. Pasti di sini juga menyimpan segala khazanah yang digemari oleh kaum ibu terutama sekali tuppaware. Ini antara koleksi yang wajib ada dan digemari oleh orang perempuan.
Bagi yang suka membeli pasti ada masalah untuk menyimpan. Perlukan ruang untuk menempatkan rak bagi meletakkan koleksi tuppaware yang cantik dan mudah untuk dicapai bila nak digunakan.
Izat Akmal kongsikan cara buat rak menyimpan tuppaware dengan kombinasi besi dan kayu. Nampak menarik, kemas dan cantik.
Assalam, siap rak tupperware wife.. Tk pandai tp berani cuba.. Ni projek ke 3 wife suh buat utk rumah sendiri..
Bahan-bahan
Ads
Besi hollow Papan heveaboard Tinggi 8×8 Cat mahogany
Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4x8kaki.
Papan heveaboard boleh cari di kedai jual kayu-kayu perabot. Dalam shoppee/lazada pun ada search heveaboard.Weld jenis ACO mig 3in1. Pakai gas boleh, pakai rod pun boleh, tapi saya pakai yang gasless, tak pedih langsung mata.
Saya memang zero. Saya tengok youtube, join fb group-group welding, tanya-tanya orang. Mesin ni pun beli bulan 3 awal pkp dulu. Tapi kena yakin dan berani cuba.
Ads
Sangat2 suke dgn kombinasi besi dan kayu.. Alhamdulillah,siap jgk walaupun seminggu lbh
Ads
Ukuran kaki, partition dalam tu saya main agak-agak je. Lebar dari depan ke belakang 1 kaki papan dia, so 1 kaki lebih sikit la campur frame.
Elehhh tipulah kalau org pompuan tk suke ada rak khas utk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nnti.. kang kena tambah lg rak..huhu
Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.
#tukangdihatiisteri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mencari masa untuk berdua-duaan bersama pasangan sama seperti zaman bercinta mungkin ramai pasangan suami isteri mengatakan agak sukar untuk direalisasikan. Terlalu banyak alasan dan halangan yang akhirnya suami dan isteri tidak memberi keutamaan untuk melakukan aktiviti nan satu ini.
Walhal, bila berdating atau temujanji dengan pasangan dapat dilakukan, manfaat dan kebaikkan yang akan dirasai terkesan memberi impak yang positif pada hubungan suami isteri itu sendiri. Hal ini, telah dihuraikan oleh Najmi Nawawi yang juga merupakan seorang suami tentang bertapa pentingnya ‘berdating’ dengan isteri di akaun fbnya.
DATING SUAMI ISTERI PENTING
Tajuk santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat la nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang couple, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini aku boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Aku huraikan.
1 – Update Emosi
Bukan apple ios je yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
2 – Confessions Time
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas tu sediakan telinga untuk mula mendengar.
3 – Depression Prevention
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2018. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
4 – Nafkah Batin
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil anual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska. Haha.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
5 – Love Birds
Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidayah itu milik Allah, pelakon Avaa Vanja kini dilihat tampil berhijab dan hijrahnya itu cukup disyukuri warganet. Bahkan apa yang lebih mengujakan, difahamkan perkongsian Mizz Nina tentang ilmu agama di media sosial menjadi asbab dan pendorong buat Avaa Vanja bertudung litup.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Nina adalah sahabat lama saya, tetapi kami sudah lama tidak berhubung… rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak berjumpa. Perkongsiannya tentang agama selama ini membuatkan saya sentiasa rasa dekat dengannya.
“Saya dapat tahu Nina terlibat dalam salah satu program dan terus beli tiket untuk menyertainya. Saya berdoa untuk bertemu dengan Nina jika ini adalah satu permulaan baru dalam hidup saya.
“Perkongsian Nina selama ini adalah salah satu sebab untuk saya berubah. Pertemuan kami semalam (Ahad) sangat bermakna walaupun hanya sempat berbual cuma seketika,” jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.
Pernah Diserang Anxiety
Dalam pada itu, Avaa berkata, serangan kebimbangan melampau (anxiety) yang dihadapinya turut membuka hatinya untuk mencari makna sebenar dalam kehidupan. Akuinya, sebelum ini dia terlalu sibuk mengejar hal duniawi sehingga membuatkan dia tidak pernah berasa puas dengan apa yang dimiliki.
“Beberapa bulan lalu saya terlibat dalam sebuah penggambaran drama dan ketika itu saya rasakan dikelilingi persekitaran yang toksik! Situasi itu membuatkan saya diserang anxiety sehingga tidak boleh keluar rumah.
“Banyak perkara yang saya fikirkan dan Alhamdulillah sekarang saya sudah dapat jawapan. Semoga jalan ini berkekalan. Hari ini apabila bangun pagi, saya rasa puas dengan kehidupan baru ini,” tuturnya.
Serius Dalami Ilmu Agama
Mahu terus mendalami ilmu agama, Avaa juga memaklumkan sudah mendaftar untuk mengikuti pengajian agama di sebuah cawangan universiti di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun kata pelakon ini, perubahannya itu bukan bermaksud dia akan meninggalkan dunia seni tetapi sebaliknya berharap dapat berkongsi ilmu penghijrahan bagi memberi manfaat kepada orang lain di masa hadapan.
“Kalau mahu mendekati usaha dakwah, saya perlu cukupkan ilmu di dada. Jadi saya mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian Islam di sebuah universiti. Saya tetap akan berlakon dan mahu kongsi ilmu yang bermanfaat kepada ramai orang selepas ini,” katanya.
Sesebuah kediaman pasti akan ada Feature wall, satu ruang dinding yang ingin diserlahkan penampilannya. Ada sesetengah pemilik rumah menggunakan warna cat tetapi ada juga yang menampal hiasan atau bahan seni yang sesuai, menarik lagi kreatif.
Jika ibu-ibu ingin mencantikkan feature wall ala-ala Wainscoting idaman dengan bajet hanya RM50, cuba ikut perkongsian dari Shafeq Bada ini.
Hari raya lepas bajet banyak burst. So aku terpaksa la deco umah ala kadar. Bagi yang baru nak duduk rumah baru, tak banyak deco atau perabot boleh cuba buat ni kat ruang tamu.
Asalnya dinding memang kosong tak letak apa-apa. Frame pun nak beli bajet dalam beratus juga. Last-last aku beli set roller kit (brush, roller & masking tape) dalam RM20 kat kedai Mr.DIY & cat nippon rm29.90 (1 liter) dan inilah hasilnya. Dinding ala-ala corak wainscoting idaman. Tak payah beli frame gambar banyak-banyak sudah nampak penuh rumah.
Bahan-bahan
1. Gunakan masking tape utk buat bentuk square/frame.
2. Mulakan dari frame kiri dan kanan dulu, last baru frame yang tengah supaya nampak seimbang.
3. Pastikan jarak tiap bucu square dalam 1 kaki.
4. Bila frame dah siap lukis pakai tape, boleh la cat macam biasa.
5. Bila sudah siap cat, biarkan sampai cat kering.
6. Bukak balik masking tape yang korang buat tu then settle. Cuma kena touch sikit pada bucu-bucu frame tu jelah pakai cat. Then siap!
Buat ni tak sampai pun setengah hari. Jadi, ibu-ibu tak perlu lagi nak pening kepala beli wallpaper. Dapat jimat kos dan cara buat pun mudah sahaja kan. Jom cuba nanti!