Lelaki Ni DIY Tempat Letak Hanger Guna Paip PVC. Selesai Masalah Dengan Bajet RM20 jer. Mudah & Tak Hilang Lagi!

Share

Bab hanger atau penyangkut baju selalu hilang sering di alami oleh ibu-ibu. Setiap kali beli yang baru, pasti tidak cukup. Pening kepala dibuatnya kan.

Bagi atasi masalah ini, ibu-ibu boleh cuba cara yang dikongsikan saudara Mohd Azrin Roselan ini.

Penyangkut baju yang hendak digunakan boleh gantung pada pemegang

 

Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.
Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.
Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.

Simpanan penyangkut baju

Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20. Bahan-bahan yang diperlukan:-


1. Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
2. Gam paip PVC
Kos upah: Air Sirap.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan rak simpan penyangkut baju
Pasang paip 5″ pada elbow dan T joint untuk bahagian A
Pasang paip 5″ pada T joint untuk bahagian B
Pasang bahagian A dan B
Sambung paip 8″
Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C
Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian.

Sila LIKE dan SHARE
AzrinRos
Suami yang baik, suami yang senangkan isteri

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN