Bau dalam kereta adalah perkara biasa, lagi-lagi kalau anda punyai anak kecil. Bukan hanya sisa makanan, macam-macam lagi yang wujud dalam kereta.
Bagi yang nak hilangkan bau kurang enak dalam kereta boleh cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Naufal Antezem menerusi twitternya. Produk yang digunakan murah. Tak salah mencuba bukan?
Aku jumpa pewangi kereta ni kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan. Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ni buat kerja dia while aircond full blast. Aku tunjuk demo kat bawah :
Aku jumpa pewangi kereta ni kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan. Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ni buat kerja dia while aircond full blast. Aku tunjuk demo kat bawah : pic.twitter.com/EVQCoaWP0Z
Kalau ikut label, katanya utk remove bau dosa-dosa korang dalam kenderaan including asap rokok, muntah, lembapan, bau makanan, kelengkang, najis anak dan macam-macam lagi lah.
Kesimpulannya, puas hati. Harapnya tahan lama sampai sebulan. Harapnya lah. Tak salah kan berharap. Berharap itu percuma. Namun menjadi amat mahal harganya saat harapan jatuh berderai….laahhhhh tiberrr.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam Aidil Aziz memuat naik sekeping gambar isterinya yang juga pelakon terkenal, Fasha Sandha dimasukkan ke wad bersalin.
Hari ini, dia berkongsi berita gembira apabila isteri kesayangannya itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi laman instagramnya sebentar tadi berserta sekeping gambar bayi comel mereka.
Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sehat.Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini.I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok.
Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 November tahun lalu. Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha.
Bintang Anak Halal itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, dan Putri Raysha Jemaima.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidayah itu milik Allah. Tidak kira umur mahupun pangkat serta darjat, andai Allah mahu membuka hati, tiada apa yang dapat menghalangNya.
Ini yang terjadi kepada seorang lelaki bukan Muslim yang ingin belajar cara solat.
Video ini diambil ketika program Mosque Open Day yang diadakan di Masjid Sekyen 7, Shah Alam baru-baru ini.
Nampak dari perlakuannya, pak cik ini tidak dapat menahan sebak apabila dapat belajar solat. Walaupun dia belum memeluk Islam, namun tidak mustahil suatu hari andai dibuka pintu hidayah untuk dia. Sama-sama kita doakan.
Pak cik ini berketurunan Vietnam beragama Buddha mohon ingin ditunjuk dan mengikut cara solat. Alhamdulillah melalui program Mosque Open Day Aidilfitri ini beliau berpeluang dapat ikut sama belajar solat di dalam ruang solat masjid mungkin dah lama menyimpan niat nak mendalami Islam dan bersolat.
Subhanallah, lepas selesai sahaja beliau terus menangis teresak- esak, bagai tak dapat dibendung lagi perasaan syahdu beliau, terasa tenang dan dekatnya dengan sang pencipta, kita doakan insyaAllah hidayah Allah mengetuk pintu hatinya dan husnul khatimah.
Allahu Akbar begitu bertuah sahabat yang sudi mengajar beliau bersolat moga jadi asbab untuk beliau memeluk agama Islam. Kredit pakcik Noli yang banyak melakukan kerja dakwah bersama.
Sumber:Hidayah Centre Foundation
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benarlah ada ungkapan mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti berdirinya seorang wanita yang hebat di sisinya. Memberi sokongan tidak berbelah bahagi di kala susah dan senang. Wanita bergelar isteri ini menerima saat kita bukan siapa-siapa. Terima saat kita tiada apa-apa.
Itulah yang ingin dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir dan patut dijadikan panduan buat suami isteri di luar sana dalam menyantuni pasangan masing-masing.
Sudah 7-8 tahun berlalu sejak bermulanya saya berhutang dengan isteri saya Nora Azni. Dalam hati saya menjerit-jerit menangis saat kami jual cincin perkahwinan isteri. Tidak saya tunjukkan kepada isteri kerana sangat terlalu malu.
Sudah tentu isteri lebih sedih tetapi saya tahu dia sangat kuat menahan kesedihan itu dari saya.
Hidup di kota dengan hanya seorang sahaja yang membawa pulang rezeki adalah sangat mencabar. Kami hidup dengan amat sederhana. Pakaian kami jarang sangat bertukar. Ketrampilan kami juga tidak terurus ketika itu. Ada masanya kami buntu memikirkan bagaimana hendak hidup minggu hadapan nanti.
Ditambah pula dengan kehadiran Jasmine, anak kami yang pertama. Seperti biasa, kami banyak menggunakan duit kerana kurangnya pengalaman dan sentimen “anak pertama”. Semuanya mahu disediakan.
Tetapi Alhamdulillah berjaya ditempuhi juga. Kami cuba tambah pendapatan dengan berniaga makanan dan itulah yang mengisi perut kami dan anak pada waktu itu.
Di saat kami boleh menarik nafas lega, kami dikurniakan anak yang kedua, Akbar. Pada waktu ini, kami seperti orang yang kelemasan. Segala perkiraan di kalkulator menunjukkan angka negatif. Sekali lagi isteri menjadi penyelamat.
“Abang janganlah risau. Sayang ok. Ini untuk keluarga kita juga”, Abang janganlah nangis”. Air mata saya berjujuran di peha isteri sambil dia mengusap-usap rambut saya seperti seorang bayi.
Sepatutnya dia yang bersedih, tetapi sudah terbalik pula. Mungkin ujian demi ujian yang kami terima membuatkan dia menjadi lebih tabah dari saya. Tetapi semakin lama, hati saya menjadi semakin hancur.
Kali ini, sudah tiada emas langsung ditubuhnya. Saya rasa sayalah suami yang paling gagal di dalam dunia. Saya tidak mampu untuk menyara anak dan isteri tanpa menyusahkan isteri. Kami terpaksa membeli emas Korea supaya dia tidak terlalu segan sewaktu keluar. Setiap kali saya tengok emas Korea itu di tangan dan jarinya, setiap kali itu saya meronta-ronta di dalam hati. Sampai luntur isteri saya pakai. Punyalah lama.
Itu antara sebab saya sentiasa berusaha untuk menggembirakan isteri dengan cara yang lain. Saya peka mengenai hasrat-hasrat kecilnya. Saya ambil tahu keinginan dia. Saya mendengar keluhan hatinya. Saya mengambil berat masa rehatnya. Saya sentiasa cuba sedaya upaya mengurangkan bebannya di rumah. Saya sangat menjaga emosinya. Dan yang paling penting, saya mengutamakan masa bersamanya.
Itu antara benda yang saya buat tanpa mengeluarkan satu sen pun kerana kadang-kala 1 sen pun saya tiada.
Isteri sudah berikan segala-galanya. Masa depannya dalam kerjaya dan barang kemas di tubuhnya. Tidak ada apa lagi yang dia mampu beri. Dia sudah menjalankan segala bentuk tanggungjawab yang dia boleh lakukan. Semuanya bergantung kepada saya sahaja.
Saya berasa sangat-sangat sedih setiap kali isteri menunjukkan cincin atau gelang yang disukainya. Setiap kali itu juga saya memeluknya dan berjanji yang saya akan belikan untuknya suatu hari nanti.
Masa berlalu dengan amat pantas. Saya perasan, semakin gembira isteri saya, semakin kami dikurniakan rezeki. Keadaan keluarga kami bertambah baik. Tetapi kami diuji lagi dengan proses pembelian rumah. Duit yang keluar umpama air dari bermulanya saat membeli sehingga kami masuk ke rumah.
Pada 2016, kami masuk rumah dengan 20% perabot. Rumah kami kosong dan bergema setiap kali kami berbicara. Habis hampir kesemua tudung AJ yang saya kumpulkan untuk isteri kami jual untuk tambah duit bulanan dan digunakan untuk membeli barangan rumah yang penting.
Namun, mulai saat itu kami menggandakan usaha dan Alhamdulillah kami semakin bahagia dan rezeki selalu mencukupi. Saya dapat buat kesimpulan yang tahap kegembiraan isteri memainkan peranan yang sangat kuat dalam keluarga kami.
Kami mula berkongsi kisah hidup kami di media sosial dan sentiasa cuba untuk memberi inspirasi kepada semua pembaca.
Kini, Alhamdulillah saya berjaya membayar sebahagian hutang saya dengan isteri di Kedai Emas seri perak PKNS. Selebihnya akan sentiasa saya semat di suatu sudut di dalam hati dan saya nekad untuk menggantikan semuanya dan lebih lagi di masa akan datang.
Penulisan ini saya buat supaya setiap suami sedar akan kepentingan membayar semula hutang isteri. Jangan pejamkan mata, jangan buat-buat lupa. Tanggungjawab makan minum keluarga dan tempat berteduh terletak di bahu suami. Jika ada pinjaman dibuat dari isteri, ingatlah dan pasang niat untuk membayarnya semula.
Semoga penulisan ini dapat membuka mata dan memberi inspirasi buat semua. Jagalah hati isteri, jagalah emosi isteri, utamakanlah kegembiraan isteri. Percayalah yang isteri yang bahagia akan menyumbang kepada keluarga yang bahagia. Ia berlaku 100% kepada keluarga kami dan kami berharap ianya akan berhasil juga kepada anda.
Kongsikan penulisan ini buat manfaat ramai. Biarkan ia merebak, biarkan ia berjangkit.
Jemput follow saya 👉Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.