Dengan hanya bermodalkan kurang daripada RM 40, anda boleh menyelesaikannya sendiri di rumah.
Nak tahu bagaimana caranya? Seorang pengguna Twitter bernama @syahmie_14ada berkongsikan caranya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh baca perkongsiannya ini.
SebelumSelepas
Tips nak buang kuning2 lampu n polish lampu kereta bawah rm40. Xpayah bazir duit sampai rm180 standard price utk polish lampu. Paling murah jumpa rm120. Last2 tw tips ni dari mr youtube n mr google, terus Do It Yourself ! 😆 pic.twitter.com/LqPn7l7uog
3. Guna kertas pasir 600 dulu, kerat dlm saiz besar tapak tangan dh cukup. Hgpa gosok tonyoh laa lampu kereta tu dgn ada air sekali. Lepas tu guna kertas pasir 800, 1000 last sekali. Pastu akan jadi mcm dlm gambar, lampu kanan tu mcm kelabu2. Jgn risau, ni normal pic.twitter.com/11Z7APeErJ
4. Biar bagi kering dulu lampu kereta tu, baru cuci dgn autosol metal. Boleh guna span atau kain polish. Kalau ada grinder lagi senang. Dan autosol ni ada 2 jenis, metal n plastic. Dari tips2 dok tgk banyak depa guna metal punya walhal lampu kereta plastik so aku ikut ja 😅
5. Lepas dh polish dgn autosol metal tu akan jadi mcm ni. Nampak laa jernih shiny sikit dari kelabu asap tu 😂. Pastu hgpa biaq bg kering sat, baru spray dgn coating spray samurai 2k. pic.twitter.com/DZk5DxfXtT
6. Nak buka spray tu boleh baca arahan kt cover tin tu. Kemudian nk mula spray tu, 1st layer hny spray random ja dari jarak 15-30cm. Jgn lama sgt. Then tunggu dlm 10min bg betul2 kering, baru sprat 2nd layer. 2nd layer ni penting, samada spray secara menegak atau melintang
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditentukan oleh Sang Pencipta. Kebahagian yang diimpikan berpanjangan hingga ke akhir hayat, rupanya hanya mampu dikecapi buat seketika sahaja.
Demikian bagi lelaki ini apabila isteri tersayang pergi tak kembali selepas 3 bulan mengecapi alam rumah tangga. Kesedihan sang suami turut dirasai oleh ahli keluarga yang lain. Lebih-lebih lagi arwah merupakan menantu perempuan pertama di dalam keluarga tersebut.
Kepulangan Farah Njawa Binti Zakaria ke Rahmatullah akibat demam panas nyata meninggalkan kesan yang cukup mendalam.
Shastri Rathi yang merupakan bapa kepada pengantin lelaki Amirul Licap berkongsi kisah pertemuan anaknya bersama menantu yang bermula sejak di bangku sekolah lagi sehingga diijabkabulkan dan akhirnya terpisah buat selama-lamanya.
Aku dapat pangkat bapa mertua
Jodoh, Rezeki, Ajal…. Ketetapan yang ditulis Allah swt. Manusia hanya mampu merancang dan menerima seadanya ketentuan yang tersirat.
Akad nikah pada Jumaat 26/10/2018 berjalan lancar. Alhamdulillah… Anak ku bergelar ‘suami’ dan aku dapat pangkat ‘Bapa Mertua’. Persandingan belah perempuan di Kem Sg Besi keesokan harinya juga berjalan lancar. Meriah majlis anjurannya berteraskan budaya Melayu. Dengan berbaju Melayu bersisipkan sebilah keris, anakku mengiringi isterinya ke pelamin. Betapa gembiranya hati ini bila menyaksikan kebahagiaan pasangan pengantin. ‘Alhamdulillah, bertambah sorang lagi keluarga aku’ bisik hati kecil ini. Sekarang ada kurang 3 bulan sebelum berlangsung persandingan belah lelaki.
Percintaan berputik di zaman sekolah
Pada Sabtu 05/01/2019, berlangsunglah persandingan pihak lelaki di Taman Melawati. Perancangan rapi telah kami uruskan dengan harapan agar semua tetamu-tetamu yang dijemput akan bergembira dan menyaksikan bertemunya jodoh anak sulungku Amirul Licap dengan pasangannya Farah Najwa Bte Zakaria. Percintaan yg berputik dizaman persekolahan SEMASHUR 10 tahun akan sempurna dengan langkah akad & bersanding.
Alhamdulillah…. Sebagai seorang Ayah… Ini yang diimpikan. Kebahagiaan berkekalan dan penerusan warisan. Gembira hati ini bila melihat sumbangan usaha pasangan, saudara mara, kawan-kawan untuk memastikan kesempurnaan majlis.
Kami gembira dan syukur atas kehadiran mereka
Khusus pada birasku Mus sekeluarga dan Khai sekeluarga. Terima kasih banyak atas segala sumbangan, pertolongan, bantuan dan juga masa bersama. Tidak lupa juga pada adik beradik pengantin perempuan dan sahabat-sahabat mereka dari SEMASHUR yang turut menyumbang usaha & tenaga. Pada Event Planner dari Azzuieena Villa Bunglow terima kasih atas kerjasama padu kalian hingga tiada cacat cela perjalanan majlis dari mata kami. Terima Kasih yang tak terhingga dari kami pihak keluarga. Semoga Allah jua yang membalas budi kalian.
Di malam persandingan ini, berjumpa semula saudara mara yang dah lama tak bersua, kenalan-kenalan dari tempat aku membesar dahulu di Ulu Tiram, kawan sekolah SJI 85, sahabat-sahabat dari KDU, kenalan dari tempat kerja MAS. Alhamdulillah, sebak dan terharu bila berjumpa kembali selepas hampir 40 tahun tak berjumpa. Kenalan dari MAS yang ku kenali dari 1994 juga hadir meramaikan majlis. Kami gembira dan bersyukur atas kehadiran mereka.
‘Wawa berehatlah ye’
Pengantin berdua kami syorkan duduk serumah dengan kami selepas berkahwin. Syarat kami hanyalah. Seminggu dirumah kami dan seminggu dirumah besan di Ampang. Selamat Datang Wawa. Kami teruja dengan kehadiran ‘Anak Perempuan’ di teratak kami. Gelak tawanya, masakan yang dihidangkannya, celotehnya, kemesraan pengantin berdua dan keakrabannya dengan isteriku amat mendamaikan sanubari ini.
Ku lihat anakku gembira sekali. Anak lelaki ku yang sorang lagi juga gembira dengan kehadiran ‘Kakak’. Isteriku dah ada ‘Geng’ Pakat ‘membahan’ dan menyakat ‘Ayah’ sorang ni. Aku suka semua tu dan aku redha dengan kebahagiaan dari Illahi.
Sehinggalah.. Pada Jumaat 08/02/2019. Menantuku masuk hospital. Demam panas. Kami di sisinya sehingga Ahad. Keadaan tidak berubah dan kami pindahkan ke Ampang Hospital lepas Asar. Dekat Maghrib, Farah dimasukkan ke Zon Kritikal. Berderau darah bila dengar penerangan Doktor bertugas.
Seluruh keluarga dapat melihatnya. Dikala azan berkumandang. Kami dapat berjumpa dengan Wawa. Dia masih dapat berkata-kata dan luluh hatiku melihatnya berusaha untuk bernafas. Salam terakhir dari isteriku dijabat erat seolah tidak mahu dilepaskan. Mata ku mula ‘berkaca’. Yang dapat ku ucapkan hanyalah ‘Wawa berehatlah ye, In syaa Allah. Kami sentiasa di sisi Wawa’. Teringat kata Doc tadi.. ‘Jika sampai esok pagi tak perlu Induce Coma n put on Life Support, in syaa Allah, Wawa akan beransur pulih’ Malangnya, kira-kira pukul 0330h. Wawa terpaksa dibantu pernafasan.
Bagaikan dentuman halilintar
Isnin…Wawa di ICU. Sedihnya bila kenalan, saudara mara berpusu melawat. Rutin kami hanyalah rumah di Puchong dan kembali ke Ampang Hospital. Keadaan Wawa masih tak berubah. Pressure masih low dan erratic. Kejap naik kejap turun.
Selasa….Wawa masih tak berubah. Ku lihat anakku Amirul disebelah Wawa. Mengaji di telinga Wawa dan diurutnya tangan Wawa. Ku saksikan kasih seorang suami kepada isterinya. Aku sebak melihat kesedihan anakku. Besan ku juga sudah dibilik ICU. Mengaji bersama dan mengurut kaki Wawa. Terdetik dihati ku sewaktu hendak memakai Hair Net, Gown, Gloves & Face Mask bila Doc kata dengan sayu. ‘Takpe, masuk aja lah’
Panggilan telefon dari kawan anakku, Pora pada 2215h dan dari anakku pada 2230h bagaikan dentuman halilintar. Wawa sudah dijemput Illahi. Inna Lillahi Wainna Illahi Rojiuun. Wawa tiada lagi. Ya. Wawa tiada lagi. Arwah dikebumikan di Tapak Perkuburan Cheras Baru selepas Zohor pada hari Rabu 13/02/2019 di usia hampir 25 tahun. Selepas hampir 3 bulan bergelar isteri dan menantu kini bergelar Arwah.
Selamat bersemadi arwah Farah Najwa
Ya Allah. Daku redha dengan ketentuan Mu. Cucurilah Rahmat Mu ke atas Rohnya, ampuni lah dosa-dosanya, Lapangkanlah kuburnya, kasihanilah dia dan tempatkanlah rohnya dikalangan mereka yang Solihin.. Aamiin.
Aku masih bersedih. Sedih kerana arwah pergi…
Sehari sebelum hari mengambil Sijil Perkahwinan 5 hari sebelum hari kelahirannya yg ke 25 2 minggu sebelum siapnya Video Perkahwinan 3 bulan sebelum kami dapat berpuasa bersama
Kepada anakku Amirul Asyraf. Ayah bersimpati atas kehilanganmu. Ayah doakan agar arwah aman bersemadi disana. Ayah doakan agar Allah swt anugerahkan ketabahan kepadamu. Ayah berasa bangga dan terharu bila melihat ketabahanmu memandikan arwah, solatkan arwah, mengusung arwah, menurunkan arwah ke liang lahat dan sama-sama bertahlil keatas rohnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga ketabahan mu diberkatiNya… Aamiin.
Kepada saudara mara, sahabat handai yang sesama menziarahi dan solat jenazah. Semoga Illahi memberkati penghidupan dan pengorbanan kalian. Semoga kalian dibawah Lindungan Nya sentiasa.. Aamiin.
Selamat bersemadi arwah Farah Najwa. Semoga tenang disana. Ayah, Ibu, Adam & Amirul amat merindui mu. Terima Kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan arwah kepada kami dan menganugerahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga biarpun untuk sekejap waktu. Al Fatihah.
Dalam banyak-banyak petua yang kita amalkan untuk menjaga kesihatan seisi keluarga, yang ini rupanya telah diakui saintis. Ruginya kalau tidak diamalkan.
Apakah itu?
Jom semak perkongsian ini yang diberikan oleh Dr Suri Rowii .
Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
Petua jantung sihat
a. makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung
Petua turunkan kolestrol
b. makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk bantu turunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
c. makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini kawal kemasukan kolesterol dlm darah
d. makan bawang putih (ada allicin dan komponen sulfur)
e. minum jus oren @ limau kasturi (kaya bahan flavanone) – bahan bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yg bertindak sbg antikolesterol.
f. Minum teh hijau – (kaya bahan ECGC dan epicatechin) yg boleh bantu turunkan kolesterol