Lelaki Ni Kongsi DIY Penyidai Baju Bertingkat Guna Paip PVC. Mudah Nak Pasang & Jimat Ruang. Kreatifnya!

Share

Menarik perkongsian yang dimuat naik oleh Mohd Erwan ini. Idea membuat penyidai baju bertingkat dengan menggunakan pvc ini nampak mudah tapi menjimatkan. Sesuai untuk ibu-ibu sidai baju anak-anak di dalam rumah.

Alhamdulillah, sebelum ni dh beli yg dishopee, tp pnyidai dia tak berapa tahan lama, jadi kite beli penyidai mahal sikit harap-harap tahan lama. Jadi kita diy balik, Alhamdulillah inilah hasilnya.

Beli penyidai tu kan asalnya ada batang di tengah. Buang batang tu, masukkan penyidai dalam paip 3 suku. S

ebelum masukkan penyidai tu, kena letak penyambung paip dulu. Kena letak soket penyambung. Masukkan paip dekat penyambung lepas tu masukkan penyidai. Selesai!

Info: Untuk membuatkan penyidai baju ini nampak kukuh, ibu-ibu kena pastikan tapak atau kakinya kena kukuh. Jadi, sambungkan batang yang besar sedikit dan di dalamnya di isi dengan pasir. Barulah tapaknya lebih kukuh.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN