Selain cili padi, ada juga antara kita gemarkan jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng, Char Kue Tiaw mahu pun Mi Goreng.
Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurna.
Admin kongsikan cara buat nya, mudah tapi sedap. Inilah cara yang dikongsikan oleh saudara Lebai Kudin.
Ads
Jeruk Cili Rangup Sedap Tahan Lama
Ads
1. Petik cili kat tepi rumah, cuci dan keringkan.
2. Guna botol kaca 250ml atau 300ml.
Ads
3. Isikan 1/4 cuka makan, 1/4 air panas mendidih, 3 sudu makan gula dan 1 sudu teh garam.
4. Kacau dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.
5. Penuhkan botol dengan cili.
6. Simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 6 bulan.
Melakukan rutin harian untuk mengekalkan kecantikan dan terlihat awet muda bagi seorang wanita bergelar ibu, tidak semestinya memerlukan bajet yang besar. Apatah lagi bila mengetahui cara ini yang mana begitu mudah untuk dilakukan malah dibuktikan oleh fakta sains.
Nak tahu apakah caranya itu? Jom semak perkongsian daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad ini. Semoga memberi manfaat bersama untuk kekal cantik dan dalam masa yang sama tetap sihat.
AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru – baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dn cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Pandangan sains
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek Sains amalan ini.
Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci ?
Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita,makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria – bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semulajadi,terutamanya ketika kita tidur. NO yg terhasil itu terkumpul di dalam air liur yg terhasil semasa kita tidur itu,antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yg kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita,kesihatan jantung terutamanya.
Dengan itu juga, adalah kurang bijak untuk mengamalkan berkumur dengan segala bentuk ubat pencuci mulut bagi orang yg tiada apa-apa penyakit mulut tetapi hanya untuk memberikan bau mulut yang menyegarkan. Ubat pencuci mulut dan segala mouthwash ini akan menghapuskan bakteria pembuat NO di dalam rongga mulut.
Kalau ada keperluan tertentu dan diarahkan oleh doktor, barulah sesuai digunakan ubat kumur pencuci mulut. Moga perkongsian ini dijadikan Allah bermanfaat.
Kisah seorang peniaga wanita di Pasar Windusari, Magelang di Jawa Tengah memiliki kebolehan luar biasa iaitu menggoreng cucur dalam minyak panas hanya dengan menggunakan tangan mengundang rasa kagum orang ramai.Sri Rejeki, 55,mengakui bakat istimewanya itu sudah wujud sejak 2017 lagi yang mananmampu merendamkan tangan ke dalam minyak panas tanpa rasa sakit.
Masa mula-mula dulu ya agak panas. Sekarang pun (minyak) masih panas tapi taklah macam dulu. Panas sedikit saja, tapi tidak melecur pun,” katanya ketika ditemui pemberita, memetik laporan Suara.com.Jujur mengakui tiada amalan khussu untuk jadi ‘kebal’ sebaliknya ibu kepada tiga anak ini langsung tidak bersandarkan kepada apa-apa ‘rahsia’.“Saya tidak pakai doa khusus. Yang paling saya (selalu) baca ialah Bismillah, itu saja. Nak mulakan jualan, ya baca Bimillah,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia sanggup ‘mengorbankan’ tangannya sendiri ke dalam minyak panas adalah semata-mata mahu menarik perhatian pelanggan supaya jualannya ‘laku keras’.Untuk rekod, awalnya Rejeki hanya mampu membuat cucur sebanyak satu kilogram tepung sahaja setiap hari. Namun kini dia sudah mampu menghabiskan kira-kira lima kilogram tepung sehari.
Bagaimanapun di sebalik kehebatannya ini yang mengundang minat ramai, Rejeki sebenarnya sedang berusaha gigih menyara keluarga memandangkan keadaan kesihatan suaminya yang merosot kerana menderita strok sejak 12 tahun yang lalu.Suaminya, Slamet, 60, tidak lagi mampu bekerja dengan kuat seperti dulu. Malah kini hanya menjalankan servis tukar tayar motosikal di rumahnya, namun pendapatannya tidaklah seberapa.
Melalui hasil jualan cucur dengan gaya ‘berani mati’ itulah, Rejeki mampu menanggung pengajian ketiga-tiga anaknya, iaitu Muhammad Andi Suryo Nugroho, Diah Ayu Wulandari dan Muhammad Zulham Saputra.Difahamkan, Muhammad Andi kini sudah berkeluarga dan menetap di Pekan Baru, Riau. Diah Ayu pula baru sahaja bergraduasi dari Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta dengan berjaya merangkul ijazah sarjana muda pangkat satu (cemerlang).
Manakala si bongsu, Muhammad Zulham Saputra kini sedang bersekolah di sekolah menengah dan segala kos persekolahan dan perbelanjaannya ditanggung Rejeki menggunakan wang hasil jualan cucur tersebut.
Terjaga dari tidur pada waktu tengah malam itu perkara lumrah terjadi pada kita. Biasanya bila terjaga, kita akan menarik selimut dan menyambung tidur semula.
Namun alangkah bagusnya sekiranya waktu kita terjaga itu tidak dibiarkan sia-sia. Andai berkemampuan, dirikanlah solat-solat sunat. Namun andai terasa tidak mampu untuk mengerjakannya cukuplah sekurang-kurangnya membaca sepotong doa ini.
Berikut perkongsian daripada puan Farhana Muhammad yang boleh dijadikan info buat kita semua.
Duhai ibu, jangan disia-siakan saat anak kecil ‘mengejutkan’ si ibu pada waktu malam!
Apabila bergelar ibu, lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak-anak kecil, pasti pada waktu malam si kecil ‘mengejutkan’ ibunya. Mungkin kerana lapar atau mungkin kerana lampin basah.
Jadi, jangan biarkan ‘aktiviti di tengah-tengah malam’ berlalu begitu sahaja tanpa si ibu memanfaatkannya sambil-sambil menyusukan anak atau menukar lampin yang basah.
Apa kata usai menukar lampin atau ketika menyusukan anak, si ibu berdoa sebegini;
“Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan untukNya segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kemudian diucapkan: “Ya Allah ampunilah aku” atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya.” (HR: Muslim)
Doa ini diajar oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam salah satu kuliahnya di Masjid Hulu Kelang. Kata ustazah, apabila kita terjaga di tengah malam, seeloknya baca doa demikian dan disusuli dengan doa yang kita sendiri hajatkan. InshaaAllah, doa tersebut akan dimaqbulkan. Lebih elok lagi sekiranya kita mampu bangun menunaikan solat selepas membaca doa tersebut.
Mungkin bagi si ibu yang anaknya suka mengempeng, bangun menunaikan solat di tengah malam satu mujahadah yang cukup besar. Ditambah lagi dengan rasa kantuk, bersengkang mata dengan karenah si kecil memang menjadi bertambah sukar. Setidak-tidaknya, ibu boleh memanfaatkan berjaga malam itu dengan membaca doa sedemikian.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.