Lelaki Ni Kongsikan Resipi Roti Goreng Simple Tapi Sedap. Buat Sendiri Lagi Jimat & Puas Makan!

Share

Nak menu simple tapi sedap, apa kata cuba buat Roti Goreng ini. Bukan sahaja menyelerakan malah puas dapat makan.  Buat sendiri lagi jimat. Boleh dijadikan menu untuk sarapan pagi mahupun minum petang seisi keluarga.

Resipi Roti Goreng ini dikongsikan oleh saudara Ahmad Salehuddin Amirwan.

Roti Goreng Kasihnya Abg..

Kalau beli sebijik Rm3.. jadi abg buat je lah sendiri lebih jimat dan puas makan utk mak dan adik2..

Buat makan pagi dan makan petang boleh je.. sgt sedap..

Okay sbb kan ramai sgt nk resepi abg sertakan sekali..

Cara membuat:

Mula2 buat isi dalam dia dulu. Tumis bawang besar dan bawang putih yang di potong dadu. Dah kekuningan masukkan daging Berger Ramli tu..

Tumis sampai masak daging tu. Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan bancuhan tu ke dalam kuali tadi. Perasakan ( seeloknya bg masin sikit biar sedap sbb roti tu tawar)

Nak tambah kentang potong dadu pun boleh, tambah daun kali pun boleh supaya wangi kari tu. Dah masak ketepikan ye..

Belah tepi roti dan masukkan inti td tu.. letak lebih supaya lebih sedap… Tambah sos cili kt dalam inti tulepas tu bungkus pakai kulit popiah.. buat bancuhan tepung gandum dgn air suam.. rendam roti dalam bancuhan tepung td lepas tu boleh lah balut. Siap balut boleh lah terus goreng dan siap utk dihidangkan.

Kalau inti tu ada lebih boleh tambah telur olah jadikan roti John. Buat tu biar lah lebih boleh kongsi dgn saudara dan jiran2 terdekat. Tidak akan miskin org yg selalu kongsi rezeki dgn saudara dan jiran2nya..

Selamat mencuba..

Ikhlas dari abg❤️

 

IKLAN