Seorang lelaki yang jalan kaki dari England ke Arab Saudi sejak tahun lepas untuk menunaikan ibadah haji telah selamat tiba di Mekah baru-baru ini, lapor Saudi Gazette.

Lelaki berkenaan, Adam Muhammad, 52, menempuh perjalanan mencabar sejauh 6,437 kilometer dari rumahnya di England ke tanah suci itu selama 11 bulan dengan berjalan kaki dan menolak troli.

Bagi Adam, kini impian seumur hidupnya telah menjadi kenyataan walaupun pada awalnya, ramai yang menganggap dia tidak boleh mencapai cita-cita tersebut.

“Haji merupakan impian paling agung yang dicintai saya,” katanya selepas menunaikan umrah di kota tersebut dan banyak menghabiskan masanya di sekitar Kaabah.

Merujuk Saudi Gazzette, segalanya bermula selepas dia mendapat inspirasi untuk ke Mekah hanya dengan berjalan kaki daripada sebuah mimpi satu ketika dahulu.

Menurut Adam, “Sejak perintah berkurung (lockdown) dilaksanakan ekoran penularan wabak COVID-19 dahulu, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca dan memahami terjemahan al-Quran.

Ads

“Dan selepas setahun setengah memahami kitab suci itu, saya bangun dari tidur pada suatu hari dan terdetik hati untuk menyuruh saya berjalan kaki ke Mekah,” katanya.

Lelaki Tolak Troli Seberat 250kg Jalan Kaki Dari England Untuk Mengerjakan Haji Selamat Tiba Di Mekah!

Imbas kembali, Adam memulakan perjalanan dari rumahnya di Wolverhampton, Britain pada 1 Ogos tahun lalu dengan hanya berjalan kaki sambil menolak troli roda tiga.

Walaupun terpaksa menolak troli besar dan melalui jalan yang begitu jauh, namun kata Adam, dia tidak menghadapi sebarang cabaran besar sepanjang 11 bulan perjalanan.

“Tiada cabaran besar kecuali pertanyaan ringkas dari pihak berkuasa di beberapa sempadan negara kerana menyoal latar belakang saya, namun setelah itu mereka terkejut dengan misi unik saya,” ucap Adam.

Ads

Dia yang berusia separuh abad itu memaklumkan bahawa persiapan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu hanya mengambil masa selama dua bulan.

“Ramai orang membantu saya dalam perjalanan, tetapi saya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa,” katanya sambil menegaskan bahawa apa yang dilakukannya adalah kerana Allah.

Difahamkan, ketika baru tiba di sana, sebilangan penduduk dan jemaah Mekah yang hadir di Masjid Ayesha di Al-Taneem di sana turut tumpang gembira dengan ketibaannya.

Dia berterima kasih kepada rakyat Arab Saudi disebabkan kemurahan hati mereka sejak kedatangannya. Kini, dia telah mempersiapkan diri untuk menunaikan rukun Islam terakhir itu selepas seminggu tiba di Mekah.

Ads

Terdahulu, kisahnya yang mahu berjalan kaki ke Mekah dari England mendapat liputan luas di media termasuklah dilaporkan dalam Birmingham Mail.

Difahamkan, menurut laporan terdahulu, ayah kepada dua anak itu membina sebuah troli besi seberat kira-kira 250 kilogram yang digunakan sebagai tempat berehat, tidur dan makan.

Ketika itu, langkahnya mungkin agak mencabar di mana dia perlu sentiasa menolak troli tersebut di semua lokasi, sama ada di jalan raya, jalan tanah, laluan bandar dan sebagainya.

Bagi menaikkan semangatnya, Adam turut menggantung bendera kain putih sebagai simbolik pakaian ihram bagi ibadah haji yang bakal dijalaninya apabila sudah tiba di Mekah kini.

Troli besi tiga roda itu dipasang pelekat yang tertulis, “Perjalanan yang aman dari UK ke Mekah dengan jalan kaki”, disusuli gambar bendera England, Arab Saudi dan Ka’abah.

Sumber: Saudi Gazette

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI